Bertalu-talu beduk bergema
derapan telapak kaki berbunyi
memecah sunyi
Si ibu memimpin anak sembunyi
Lari ! Lari ! Selamatkan diri
Teriakan fobia penuhi dimensi.
Di ruang kota dan desa
kelikir batu dibalas peluru balistik
tanah dihujani bom dan mortar
tiada pelangi setelahnya
kabus berlabuh merendam malam
beraroma tengik kepulan hitam.
Disebalik konkrit menyembah bumi
tangisan si kecil ratapi dunia
Biarpun cahaya mendampingi
bersama-sama keramat mereka berdiri
bersama-sama bulat tiada rupa tiada suara.
Di ruang angkasa gelap
burung besi legar-legar
lengkap bersenjata meratah bangsa
paruh berbisa racun nuklear
dibantu cengkaman burung rahasia.
Bangkitlah pahlawan hijau
gugurmu tiada kekalahan,
Rebah dunia istana inderaloka.
Syazwan Hazmadi,
Pulau Pinang.
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.