Skip to content
Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Bicara Bahasa dan Sastera > Bicara Bahasa > Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih
Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih
Bicara Bahasa

Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

  • ALEX LEONG JUN WEI
  • 5 Mei 2024
  • DBP Wilayah Tengah
  • 133
  • 4

Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi yang melambangkan identiti sesebuah negara. Hal ini bermakna bahawa antara perkara pertama yang akan dikenali oleh seseorang tentang sesebuah negara ialah bahasa kebangsaannya. Kebanyakan negara di seantero dunia amat menitikberatkan bahasa kebangsaan masing-masing. Sekiranya seseorang itu melawat negara Perancis, seseorang itu akan mendapati bahawa hampir semua papan tanda dan kebanyakan maklumat di tempat awam adalah dalam bahasa Perancis.  Begitulah juga jika seseorang itu melawat Seoul, Korea, seseorang itu akan menghadapi kesukaran sekiranya tidak memahami bahasa Korea dan hanya bergantung pada terjemahannya dalam bahasa Inggeris.

Begitu jugalah keadaan di Jepun dan banyak negara yang lain, penggunaan bahasa kebangsaan masing-masing amat diutamakan, sehingga membentuk satu lambang dan budaya yang secara tidak langsung menjadikan martabat bahasa kebangsaan negara-negara tersebut begitu disanjung tinggi.

Hal ini bermakna bahawa banyak negara di seantero dunia yang sesungguhnya sangat mengagung-agungkan bahasa kebangsaan sendiri walaupun pada masa yang sama, tidak mengabaikan bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa kebangsaan mereka di tempat awam menjadi perkara biasa dan pelancong asing yang berkunjung ke negara-negara tersebut perlu menghormati budaya tersebut. Maka, sepatutnya sudah tiba masanya kita lebih meyakini kemampuan bahasa kebangsaan kita di Malaysia, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan dengan seluas-luasnya mencakupi pelbagai ranah kehidupan.

Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Malangnya, keadaan seperti yang disebutkan itu belum lagi menjadi realiti di negara kita. Baru-baru ini, penulis berkesempatan untuk menjalankan lawatan di beberapa tempat di kawasan Lembah Klang. Perkara yang amat mendukacitakan ialah ciri-ciri kemalaysiaan yang paling mudah ditonjolkan melalui penggunaan bahasa Melayu tidak dapat dirasai dan dilihat kerana bahasa kebangsaan kita telah didominasi oleh bahasa-bahasa lain.

Antara lokasi yang dikunjungi ialah salah sebuah pusat membeli belah berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Sebenarnya tujuan penulis berkunjung ke sana bukan untuk membeli-belah, tetapi untuk memperhatikan tahap penggunaan bahasa kebangsaan di tempat tersebut. Walaupun mungkin sesetengah pihak berpendapat bahawa tempat tersebut merupakan tempat tumpuan pelancong asing dalam perjalanan ke atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sepatutnya bahasa Inggeris, iaitu bahasa antarabangsa yang dianggap dapat difahami oleh kebanyakan orang harus digunakan, pendapat seperti ini sesungguhnya kurang disetujui oleh penulis. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa tunggal di tempat awam seperti ini gagal menunjukkan identiti negara Malaysia.

Dari minit pertama penulis bertapak hinggalah minit terakhir penulis melangkah keluar dari pusat beli-belah tersebut, boleh dikatakan bahawa penggunaan bahasa Inggeris dari luar hingga ke dalam premis adalah hampir 100 peratus. Tidak ada sebarang kedai, notis, papan iklan dan seumpamanya yang menggunakan bahasa Melayu. Penulis hanya dapat melihat papan tanda umum dalam bahasa Melayu seperti “Keluar” dan “Masuk”, jenis aktiviti yang bersaiz tulisan kecil pada penjuru sebelah kiri atas papan tanda serta penggunaan dwibahasa pada mesin bayaran parkir. 

Sebenarnya, ketiadaan inisiatif untuk mengutamakan bahasa kebangsaan ini sering kali diberi alasan bahawa golongan sasaran yang mengunjungi sesuatu tempat itu adalah daripada golongan bukan Melayu secara majoriti. Alasan seperti ini tidak munasabah kerana selagi bahasa Melayu tidak digunakan seluas-luasnya sebagai wahana utama di tempat awam, maka selagi itulah bahasa Melayu akan dianggap sebagai bahasa yang tiada nilai komersialnya, kurang dihormati bukan sahaja oleh pelancong asing, malah yang lebih menyedihkan lagi ialah generasi muda atau sebilangan rakyat Malaysia sendiri turut meragui kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi. Kepincangan ini akan terus menyebabkan bahasa Melayu kehilangan martabatnya dan penjajahan minda dalam kalangan masyarakat akan terus berlaku.

Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Sesungguhnya, peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih amat bertepatan dengan konteks yang ingin dibincangkan ini, iaitu komitmen rakyat Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu berpokok pangkal daripada keikhlasan dan keinginan masing-masing. 

Berlainan pula hanya dengan sebuah pusat perabot dan kelengkapan rumah bertaraf antarabangsa dan berasal dari Sweden sejak lebih 80 tahun yang lalu, berpunca daripada komitmen perusahaan multinasional tersebut dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Hal ini dikatakan demikian kerana semua maklumat, baik pada papan tanda, perincian produk, notis atau maklumat di keseluruhan premis semuanya memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu yang diutamakan, iaitu dengan tulisan lebih besar, bercetak tebal dan berkedudukan di sebelah atas sebelum terjemahannya dalam bahasa Inggeris. Penulis tertanya-tanya, sedangkan syarikat antarabangsa seumpama ini dapat menunjukkan inisiatif dan penghormatan yang begitu terpuji pada bahasa kebangsaan kita, mengapakah kebanyakan premis perniagaan milik rakyat Malaysia sendiri pula sering kali menafikan keupayaan bahasa Melayu sebaliknya lebih mengagung-agungkan bahasa lain?

Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Kendatipun masih terdapat penggunaan bahasa Melayu yang kurang gramatis, kesalahan tersebut masih kurang ketara. Sekurang-kurangnya, sikap positif dan inisiatif yang ditunjukkan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang pada masa yang sama berupaya untuk meningkatkan nilai komersial dan mendidik rakyat tempatan dan pelancong asing tentang bahasa Melayu telah pun merupakan sesuatu yang patut dipuji dan diberi penghargaan. Kesalahan bahasa yang masih berlaku dapat dimurnikan. Penulis amat yakin bahawa penambahbaikan dapat dilaksanakan, terutamanya jika penulis cuba menghubungi pihak yang bertanggungjawab untuk tujuan tersebut.  

 

Nota: Penulis merupakan Munsyi Dewan (Bahasa) 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #cerpenkehidupan (2) #dbpselatan (13) #karyasastera (14) #komsas (2) #penulis (4) #penulisbaharu (15) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (14) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) ramadhan (2) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

سڬومڤل اون بربيسيق
Puisi Moden

سڬومڤل اون بربيسيق

  • 5 November 2023
  • 70
  • 5
کلوڤق کمرديکاءن
Puisi Moden

کلوڤق کمرديکاءن

  • 5 Ogos 2024
Waktu Melukis Wajah
Puisi

Waktu Melukis Wajah

  • 24 April 2025
  • 100
  • 4.8
KEPALA MEREKA: SEGI EMPAT
Cerpen

KEPALA MEREKA: SEGI EMPAT

  • 5 Januari 2025
  • 111
  • 4.7

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP