Skip to content
Toksik
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Cerpen > Toksik
Toksik
Cerpen

Toksik

  • Aileen Clare
  • 5 Jun 2024
  • DBP Cawangan Sarawak
  • 99
  • 4.1

“SAYA  gagal  bertahan  lama  di  sana , bekerja  dengan  pekerja  yang  toksik. Majikan  pun  langsung  tidak  menjaga  kebajikan  pekerja. Selama  dua  tahun  saya  bekerja  di  syarikat  yang  berbeza, saya  sendiri  tidak  tahu  apa  kekuatan  dan  kelemahan  saya. Saya  langsung  tidak  berkembang, saya  hanya  bekerja  mengikut  arahan  sahaja.” Bertubi – tubi  Halique  memburuk – burukkan  tempat  kerja  lamanya.

Puan  Haliza  dan  Encik  Halim  saling  berpandangan. Puan  Haliza  mengangguk  tanda  faham, ekspresi  wajah  Halique  penuh  dengan  pengharapan.

“Jadi  mengapa  Encik  Halique  memilih  untuk  bekerja  di  syarikat  kami? ” Encik  Halim  menyoal.

“Saya  nak  cuba  nasib  saya  di  sini, lagipun  saya  percaya  yang  syarikat  ini  dapat  memberi  peluang  kepada  saya  untuk  menjadi  pekerja  yang  lebih  baik  daripada  pekerja  lain. Tuan  dan  puan  jangan  risau  dengan  disiplin  saya, saya  seorang  yang  sangat  menepati  masa  dan  saya  juga  langsung  tidak  pernah  ponteng  kerja.”

“Oh  begitu, saya  sangat  kagum  dengan  keyakinan  Encik  Halique. Di  dalam  resume  Encik  Halique, dalam  masa  dua  tahun  Encik  Halique  telah  bekerja  untuk  enam  buah  syarikat  yang  berbeza. Saya  yakin  Encik  Halique  sangat  berpengalaman  walaupun  dalam  jangka  masa  dua  tahun  saja.”

Tangan  Puan  Haliza  meneliti  resume  Halique, Halique  tersengih – sengih  seperti  kerang  busuk.

“Encik  Halique, terima  kasih  kerana  sudi  datang  untuk  temu  duga  ini. Saya  akan  menghubungi  Encik  Halique  semula  dalam  masa  kurang  dua  minggu …”

“Adakah  saya  akan  dapat  kerja  ini? Bagaimana  pula  dengan  gaji  saya, adakah  setimpal  dengan  skop  kerja  saya? ”

Encik  Halim  mengerutkan  kening , dia  sedikit  marah. Tindakan  Halique  tadi  sangatlah  tidak  sopan  baginya.

“Encik  Halique, mengenai  gaji  dan  skop  kerja  akan  kami  maklumkan  sekiranya  Encik  Halique  diterima  bekerja  di  syarikat  ini. Kurang  dalam  masa  dua  minggu  akan  kami  maklumkan  kepada  Encik  Halique,  tidak  kiralah  sama  ada  Encik  Halique  lulus  atau  gagal  untuk  temu  duga  ini.”

Halique  terdiam , dia  berasa  tertampar. Halique  mengucapkan  terima  kasih  lalu  pergi. Pintu  dikuak, kelihatan  ada  beberapa  calon  yang  menunggu  giliran  untuk  ditemu  duga. Mereka  semua  memandangnya, Halique  merengus  dan  berjalan  keluar.

“Halique , kau  sudah  berjaya? ”

Pintu  kereta  ditutup  kasar, Halique  meraup  kasar  wajahnya. Damil  tahu  akan  jawapannya.

Halique  meluahkan  rasa  kecewanya, dia  berasa  sangat  marah  dengan  Puan  Haliza  dan  Encik  Halim. Dia  memburuk – burukkan  dua  orang  penemu  duga  itu. Damil  hanya  mampu  menadah  telinga.

“Kalau  kau  berjaya, ini  syarikat  yang  ketujuh  untuk  kau.”

“Kau  pun  tahu  dengan  nasib  aku. Tempat  kerja  dulu  memang  tak  sesuai  untuk  aku. Pekerja  semuanya  teruk. Pengurusan  pun  teruk  sangat.”

“Pengurusan  teruk ? Aku  kenal  kau  bukan  sehari. Kita  berkawan  sejak  kecil. Aku  nak  nasihatkan  kau, lebih  baik  kau  berubah  sikap. Kau  pergi  cari  tempat  kerja  yang  lain  sekalipun, kalau  kau tetap  bawa  perangai  begini,  takkan  ada yang  berbeza.”

“Senang  kau  mengutuk  aku. Kau  tak  berada  di  tempat  aku. Kau  apa  tahu, kau  tak  pernah  kerja. Maklumlah  anak  orang  kaya, setiap  hari  dapat  duit.”

Damil  tersenyum  sinis .

“Anak  orang  kaya inilah  tempat  kau  meminjam  wang, meminjam  sehingga  bertahun- tahun  tanpa dibayar   balik. Anak  orang  kaya  seperti  akulah yang  selalu  disusahkan  oleh  kau. Nak  berjudi  cari  aku , nak  berfoya- foya  cari  aku , nak  pergi  temu  duga  pun  cari  aku.”

Halique  tiba – tiba  rasa  bersalah .

“Damil, janganlah  marah. Aku  minta  maaf. Aku  tahu  aku  tak  sepatutnya  marah  kau. Aku  minta  maaf. Aku  serabut. Aku  memang  berharap  sangat  dapat  bekerja  di  syarikat  tadi. Kalau  aku  tak  dapat  kerja  dalam  masa  terdekat,  aku rasa seperti tak  dapat  hidup. Kau  pun  tahu  aku  banyak  tanggungan.” Halique  mengeluh .

 “Aku  tahu  komitmen  kau  tinggi. Seperti  yang  aku  kata,  kau  kena  berubah  sikap. Kau  mesti  berubah  Halique. Jaga  disiplin  kerja. Jangan  selalu  cari  masalah  di  tempat  kerja.”

Setibanya  di  rumah, Halique  membersihkan  dirinya . Telefon  pintar  dibuka, aplikasi  Gmail  diteroka. Sepi. E-mel  minggu  lepas  dibelek  seketika, semuanya  mengenai  permohonan  kerjanya yang  ditolak. Halique  buntu. Rumah  sewa  ini  sudah  dua  bulan  tidak  dibayar. Walaupun  dia  anak  bongsu  daripada  lima  orang  adik-beradik, dia  tidak  mahu  menyusahkan  ahli  keluarganya.

Fikirannya  menerawang, dia terkenang  akan  situasinya  di  tempat  kerja  lama. Halique  langsung  tidak  suka  bekerja  dengan  mereka. Baginya  pekerja-pekerja  di  sentiasa  mencari  masalah  dengannya. Majikannya yang  sebelum  ini  juga  kerap  memarahinya  kerana dianggap  tidak  pernah  serius  dalam  pekerjaan  dan  hanya  bercakap  besar.

Halique  seorang  yang  tidak  suka  diarah. Baginya  dia  hanyalah  seorang  pekerja,  bukannya  hamba. Dia  juga  seorang  yang  mementingkan  pangkat. Dia  inginkan  kenaikan  pangkat  secepat  yang  mungkin. Halique  pernah  sabotaj  kerja  rakan- rakannya  demi  kenaikan  pangkat. Perbuatan  jahat  itu  akhirnya  terbongkar  dan  menyebabkan  dia  dibuang  kerja. Apabila  disoal  untuk  temu  duga, Halique  hanya  memburukkan  syarikat  itu  demi  kepentingan  sendiri.

Dua  minggu  berlalu , Halique  masih  menunggu  sebarang  panggilan. Dia  hampa. 

“Damil , mereka  langsung  tidak  hubungi  aku . Aku  perlukan  kerja  sekarang, sekiranya  kau  ada  terjumpa  atau  ternampak  iklan  kerja  kosong, segera  maklumkan  kepada  aku.”

“Semalam  aku  pergi  membeli  barang  di  satu  pasar raya , aku  ada  ternampak  iklan  kerja  di  sana. Kalau  kau  berminat, kau  boleh  cuba.” 

“Pasar raya? Kau  ingat  aku  budak  lepasan  sekolah? Jatuhlah  maruah  aku  nak  bekerja  di  sana, tak  ada  kerja  lain?”

“Terpulanglah  Halique , kalau  begitu  kau  cari  sendiri. Aku  tengah  sibuk, nanti  kita  berborak  lagi  ya.”

Panggilan  dimatikan. Halique  termenung  seketika, masih  berkira – kira  sama  ada  mahu  pergi  atau  tidak. Akhirnya  dia  membuat  kata  putus, dia  pergi  ke  pasar raya  itu. Halique  menegur  salah  seorang  pekerja, mereka  kelihatan  muda  dan  rata-ratanya  lepasan  sekolah .

Halique  dibawa  berjumpa  dengan  pengurus. Halique  memandang  pekerja  itu  dari  atas  ke  bawah  dan  membayangkan  dia  akan  bekerja  seperti  dia . Pengurus  dan  Halique  berbincang  mengenai  jawatan  yang  ditawarkan. Halique  ditawarkan  menjadi  kerani, kebetulan  kerani  sebelum  ini  telah  meletak  jawatan.Halique  bersetuju  dan  dia  akan  memulakan  tugasnya  secepat  yang  mungkin.

Halique  duduk  berehat  di  beranda  rumah, sambil  menemani  malam  yang  pekat  dingin. Kopi  panas  menjadi  penemannya  pada  malam  itu, dua  hari  lagi  dia  bakal  bekerja  di  pasar raya  itu .

Di  matanya, semua  pekerja  pasar raya itu  nampak  naif,  termasuk  pekerja-pekerja  di  pejabat  juga . Halique  tersenyum  sinis. Inilah  peluangnya  untuk  naik  pangkat. Dia  berkira-kira  sendiri. Dia  yakin  dengan  mudahnya  dia  akan dapat  menjatuhkan  orang  lain.

Inilah  kali  pertama  dia  bekerja  di  sebuah  pasar raya, walaupun  hanya  sebagai  kerani . Pekerja  di  sana  sangat  peramah, mereka  menyambut  kedatangan  Halique  dengan  mesra. Halique  memulakan  tugasnya  dengan  baik. 

Seminggu  sudah  berlalu , kerja  Halique  semakin  baik  dan  prestasinya  juga  amat  memberangsangkan. Halique  datang  ke  pejabat  seperti  biasa. Dua  orang  wanita  sedang  berbisik  sesama  sendiri  sambil  memandang  ke  arahnya. Mereka  kemudian  tersenyum. Halique  menjeling  tajam  dari  jauh .

‘Ada  lagi  perangai  toksik. Ada  yang  tidak  puas  hati  dengan  aku ke? Tunggu  aku  naik  pangkat, aku  pecat  kau.’ Desis  hati  Halique .

Maria  dan  Naveeta  berbisik  sesama  sendiri, mereka  kagum  dengan  prestasi  kerja  Halique  walaupun  belum  sampai  satu  bulan .

“Halique  memang  rajin, saya  suka  cara  dia  bekerja. Sangat  berdedikasi.” Bisik  Naveeta  perlahan.

Tindakan  Halique  menjeling  mereka  menghentikan  perbicaraan  mereka, dan  mereka  menyambung  kerja  masing-masing . Nazmi  tiba  dan  duduk  bersebelahan Halique .

“Selamat  pagi  Nazmi, cemberutnya  muka  kau.” Halique  berseloroh.

Nazmi  tidak  menjawab, riak  wajahnya  sangat  sedih  dan  risau.

‘Kenapa  dengan  Nazmi? Semua  orang  nampak  pelik. Aku  ada  buat  salahkah? Atau Nazmi mahu menunjuk lagaknya padaku? Setakat  kerja  pasar raya, apalah yang hendak dibesar-besarkan.  Lainlah  aku, sudah banyak kerja yang aku rasa . Kerja  aku juga bagus  daripada  mereka  semua . Pekerja  sini  memang  teruk , tak  layak  dijadikan  kawan.’ Halique  bermonolog  sendiri , membuat  andaian  sendiri .

Halique  langsung  tidak  bertegur  sapa  dengan  semua  pekerja  selain  pengurus. Dia  berasa  tercabar  dan  menganggap  mereka  toksik. Egonya  meninggi  dan  Halique  memandang  mereka  sebagai  orang  bawahan. Pekerja  yang  mengajaknya  makan  tengah hari  juga  ditolak  kasar. Mereka  semua  terkilan  dengan  Halique.

Halique  dipanggil  masuk  ke  bilik  pejabat  pengurus. Halique  terus  ke sana. Dia berangan-angan  ditawarkan  kenaikan  pangkat.

“Silakan  duduk  Encik  Halique.”

Kerusi  ditarik , Halique  tenang .

“Tujuan  saya  panggil  Encik  Halique  ke  mari , saya  nak  mengucapkan  tahniah  atas  prestasi  kerja  Encik  Halique  yang  sangat  baik. Encik  Halique  sangat  cekap  dan  komited  dalam  kerja. Encik  ada  sebarang  masalah  selama  bekerja  di  sini?”

‘Inilah  masanya’ desis  hati  Halique .

Halique  mula  mengadu  domba. Dia  menghasut  pengurusnya  dan  memburukkan  rakan  sekerja  yang  lain. Bukan  itu  sahaja, malah  dia  memberi  cadangan  kepada  pengurusnya  supaya  mengeluarkan  surat  amaran  kepada  pekerja  yang  tidak  disukainya. Halique  juga  mereka-reka  cerita  untuk  meraih  kepercayaan  pengurus.

 Pengurus  hanya  mendengar  tanpa  membalas  apa-apa. Dia  merasakan  ada  yang  tidak  kena  dengan  Halique. Pengurus  meminta  Halique  keluar  dari  biliknya  dan  dia  mengatakan  bahawa  dia  akan  menyelesaikan  masalah  itu.

Halique  tersenyum  puas, pemikiran  jahatnya  memaparkan  wajah  bengis  pengurus  terhadap  pekerja  lain. Dia  membayangkan  surat  amaran  melayang  menuju  mereka.

“Halique, kami  semua  nak  makan  malam  bersama-sama. Marilah  ikut  bersama, semakin  ramai  semakin  meriah.” Ajak  Naveeta .

“Aku  tak  nak  makan  bersama -sama  dengan  kamu  semua.” Jawab  Halique  dengan  sombong.

“Eh, kenapa  pula? Marilah  ikut  sekali, bukan  selalu. Lagipun  dapatlah  kita  berkenalan  dengan  lebih  rapat.”

“Pandainya  kamu  semua  berlakon  depan  aku. Aku  tidak  perlukan  kamu  semua. Aku  takkan  berkawan  dengan  orang  talam  dua  muka.”

“Apa  maksud  kamu? Kamu  ada  masalah  dengan  kami? Kalau  tindakan  kami  ada  menyinggung  perasaan  kamu, kami  minta  maaf.” Naveeta   bingung .

 Mereka  semua  saling  berpandangan. Masing -masing  kehairanan. Halique  meninggalkan  mereka  semua  dan  terus  balik. Halique  balik  menggunakan  bas  awam. Dia  duduk  di  kerusi belakang  sekali. Hatinya  masih  membara. Dia  mahu  rakan  sekerjanya  segera  ditukar  dengan  pekerja  baru .

Halique  melelapkan  matanya. Semakin  lama  semakin  lena  dan dia  tidak  sedar  bahawa  dia  telah  terlepas perhentian. Bas  awam  membawa  Halique  jauh  dari  tempat  tinggalnya.

Apabila  Halique  tersedar, di  dalam  bas itu hanya  ada  tiga  orang  penumpang  termasuk  dirinya. Bas  berhenti  dan  dua  orang  penumpang  itu  turun. Halique  mengikuti  mereka  dari  belakang. Dia  masih  dalam  keadaan  mamai. Jam  menunjukkan  pukul  7:30  malam.

Dia  duduk  di  stesen  bas  itu. Jalan  agak  lengang  dan  sunyi. Halique  cuba  menghubungi  Damil  namun  gagal. Halique  berasa  takut. Dia  langsung  tidak  tahu  di  mana  dia  berada. Dia  memarahi  dirinya  sendiri  kerana  tertidur  di  dalam  bas.

Perutnya  berbunyi  minta  diisi. Halique  bangun  dan  berjalan  tanpa  tujuan. Sekelilingnya  hutan  tetapi  tempat  itu  bukanlah  kawasan  perkampungan. Sebuah  kereta  yang sedang menuju ke arahnya tiba-tiba  menyalakan lampu  tinggi  dan  berhenti.

Halique  cuak. Dia  berasa  gementar. Di  fikirannya,  dia  bakal  menjadi  mangsa  rompakan pada  malam  itu. Dia  berundur  perlahan- lahan.

“Halique, kau  buat  apa  di  sini? ”

Halique  mengecilkan  matanya  untuk  melihat  dengan  lebih  jelas. Nazmi!

Tanpa  menunggu  diajak  masuk, Halique  terus  berlari  dan  masuk  ke  dalam  kereta. Halique  menceritakan  bagaimana  dia  sampai  ke  sini. Nazmi  membawa  Halique  ke  kedai  makan. Mereka  makan  bersama-sama  pada  malam  itu.

Keesokkan  paginya, Halique  datang  kepada  mereka  dan  meminta  maaf. Inilah  pertama  kali  Halique  meminta  maaf  dengan  penuh  ikhlas. Dia  insaf  dan  akui  kesalahan  diri  sendiri .

Selama  ini  bukan  rakan  sekerjanya  yang  toksik. Mereka  semua  tidak  bersalah. Halique  akhirnya  sedar. Dia  kerap  bertukar  kerja  bukan  kerana  rakan  sekerja  lamanya. Dialah  yang  sentiasa  menimbulkan  masalah  sesama  pekerja. Dia  akui  dirinya  sangat  sombong  dan  ego. Halique  sentiasa  merasakan  mereka  semua  ingin  bersaing  dengannya, dia  sentiasa  memandang  hina  kepada  mereka.

Nazmi  dah  rakan-rakan  lain  memaafkannya. Mereka  langsung  tidak  mengambil  hati. Bagi  Nazmi  itu  adalah  perkara  biasa  di  alam  pekerjaan. Damil  juga  senang  hati  melihat  perubahan  Halique. Halique  tidak  lagi  memburukkan  nama  syarikat  dan  rakan  sekerjanya  malah  dia  sangat  gembira  bekerja  di  sana.

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #dbpselatan (12) #karyasastera (14) #komsas (2) #penulis (4) #penulisbaharu (14) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (13) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Balaisah Tiang Nibung
Cerpen

Balaisah Tiang Nibung

  • 14 Jun 2023
  • 311
  • 4.3
فاتامورݢان
Puisi Moden

فاتامورݢان

  • 20 September 2024
  • 4.8
Seni dan Budaya di Kelantan: Peranan Sastera Sebagai Perantara
Sejarah dan Budaya

Seni dan Budaya di Kelantan: Peranan Sastera Sebagai Perantara

  • 20 September 2023
  • 253
  • 4
Ornitologi: Perlambangan Cara Hidup Masyarakat Melayu Menerusi Pantun Tradisional
Kearifan Tempatan

Ornitologi: Perlambangan Cara Hidup Masyarakat Melayu Menerusi Pantun Tradisional

  • 19 September 2024
  • 235
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP