Skip to content
Jejak Rasa dan Sastera di Bumi Lombok : Lawatan Muhibbah DPMP ke UNRAM
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Bicara Bahasa dan Sastera > Jejak Rasa dan Sastera di Bumi Lombok : Lawatan Muhibbah DPMP ke UNRAM
Jejak Rasa dan Sastera di Bumi Lombok : Lawatan Muhibbah DPMP ke UNRAM
Bicara Bahasa dan Sastera

Jejak Rasa dan Sastera di Bumi Lombok : Lawatan Muhibbah DPMP ke UNRAM

  • Ifa CM
  • 5 Januari 2025
  • DBP Wilayah Tengah
  • 83
  • 5

Mataram, Lombok – Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) telah menjejakkan kaki di bumi Lombok dalam rangka lawatan muhibbah ke Universitas Mataram (UNRAM) pada 4 November 2024.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan silaturahim dan berkongsi pengetahuan dalam bidang sastera dan budaya antara Malaysia dengan Indonesia.

Rombongan seramai 16 orang ahli DPMP yang diketuai oleh Presidennya, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Haji Mohd. Mansor bin Abdullah, disambut mesra oleh wakil Rektor UNRAM, Profesor Akmaludin, berserta barisan kepimpinan tertinggi UNRAM.

Ketiadaan Rektor UNRAM, Profesor Ir. Bambang Hari Kusumo, yang sedang dalam lawatan rasmi ke Australia tidak menghalang kedua-dua pihak menjalin kerjasama erat dalam bidang akademik dan kebudayaan.

Diskusi yang diadakan merangkumi pelbagai topik yang menarik, antaranya termasuklah perkembangan sastera dan budaya di kedua-dua negara, peranan dalam menangani cabaran globalisasi, dan usaha memupuk bakat pelapis muda dalam bidang kreatif. Kedua-dua pihak bersepakat untuk menganjurkan pertemuan susulan yang lebih fokus kepada aliran sastera dan budaya pada masa akan datang.

Selain diskusi akademik, rombongan DPMP turut menikmati keindahan alam dan budaya Lombok selama seminggu. Lawatan ke Desa Senaru yang memperlihatkan keunikan sistem pengairan sawah padi tradisional, tanaman strawberi, dan kebun bunga begitu memukau pandangan mata. Di Pantai Senggigi pula mereka menikmati panorama matahari terbenam yang meninggalkan kesan mendalam dalam sanubari setiap ahli DPMP.

Di Desa Sembalun, kesegaran air terjun serta keindahan flora dan fauna menciptakan suasana damai dan tenang. Rombongan DPMP juga berasa teruja berada di Litar Lumba Pantai Mandalika, mendengar deruman enjin dan melihat aksi kereta lumba yang mendebarkan perasaan.

Pengalaman gastronomi di Lombok juga tidak kurang hebatnya. Hidangan seperti ayam taliwang, plecing kangkung, beberuk terung, dan sayur bening berjaya menambat selera ahli DPMP. Keutuhan resipi serta keaslian pembuatan makanan tradisional yang disediakan oleh masyarakat Muslim memberikan keyakinan dan keselesaan untuk menjamu pelbagai menu tradisi yang disediakan oleh penduduk tempatan.

Lawatan ke Desa Sade, iaitu pusat pembuatan batik oleh masyarakat Suku Sasak dan sesi membeli-belah cenderamata mutiara di Mataram melengkapkan pengalaman budaya rombongan DPMP di bumi Lombok.

“Pengalaman menjelajahi pulau Lombok sungguh unik dan indah. Kami terpesona dengan keindahan alam, kekayaan budaya, dan keramahan penduduk setempat. Lawatan ini pastinya akan meninggalkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan,” kata Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hj. Mohd. Mansor bin Abdullah sebelum meninggalkan Lombok.

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #dbpselatan (13) #karyasastera (14) #penulis (4) #penulisbaharu (15) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (14) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) Puisi Tradisional (2) ramadhan (2) Rasulullah (2) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Okey, maklum
Cerpen

Okey, maklum

  • 18 Mac 2024
  • 110
  • 4.3
Cerita Rakyat: Modul Pendidikan Awal Kanak-kanak yang Ampuh
Bicara Sastera

Cerita Rakyat: Modul Pendidikan Awal Kanak-kanak yang Ampuh

  • 5 Februari 2025
  • 96
  • 5
Bicara Hati ke Hati
Puisi

Bicara Hati ke Hati

  • 20 November 2024
  • 353
  • 4.6
Tembaring Sungai Paitan
Cerpen

Tembaring Sungai Paitan

  • 20 Ogos 2024
  • 1236
  • 4.7

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP