Skip to content
Faktor Perkembangan Tulisan Jawi di Tanah Melayu
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Sejarah dan Budaya > Faktor Perkembangan Tulisan Jawi di Tanah Melayu
Faktor Perkembangan Tulisan Jawi di Tanah Melayu
Sejarah dan Budaya

Faktor Perkembangan Tulisan Jawi di Tanah Melayu

  • Muhammad Che Majid
  • 20 Jun 2025
  • DBP Wilayah Timur
  • 34
  • 5

Tulisan Jawi mempunyai peranan penting dalam sejarah Melayu. Walaupun tulisan Rumi lebih mendominasi pada masa kini, tulisan Jawi masih mempunyai nilai budaya dan sejarah tersendiri. Usaha memulihara tulisan Jawi perlu dilaksanakan supaya tulisan warisan ini terus hidup dan terpelihara. Keong Kyoung Seock (1990) menyatakan bahawa zaman kesusasteraan dahulu merupakan wahana masyhur bagi tulisan Jawi. Nilai tulisan Jawi sangat bernilai dan harus dipelihara oleh setiap orang. Sistem tulisan Jawi merupakan suatu proses adaptasi yang diubah suai daripada sistem tulisan Arab (Hamdan, 1992).

Perkembangan tulisan Jawi telah mendorong tulisan ini tumbuh dengan melata di Tanah Melayu, iaitu pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai, Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Kesultanan Melayu Johor dan tulisan Jawi yang ditemui pada Batu Bersurat Terengganu.

Melihat kepada perkembangan pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai, tulisan Jawi mengalami perkembangan pesat seiring dengan penyebaran Islam di Nusantara pada abad ke-13. Zaman kesultanan ini merupakan zaman kerajaan Melayu Islam pertama di Kepulauan Melayu dan berperanan penting dalam merumus serta mencipta aksara Jawi, iaitu tulisan Arab yang disesuaikan dengan bahasa Melayu. Tulisan Jawi digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang, termasuklah penulisan kitab agama dan urusan pentadbiran seperti tafsir “al-Baidawi”. Merujuk kepada pendapat Amat Johari Moain (1996), tulisan Melayu telah digunakan oleh orang Melayu dalam pelbagai lapangan dan kegiatan penulisan. Faktor inilah yang menjadikan tulisan Jawi kian berkembang.

Pada zaman keagungan  Kesultanan Melayu Melaka pula, yakni pada abad ke-15, tulisan Jawi mencapai kemuncak penggunaannya sebagai medium utama penulisan dan digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam yang penting di rantau ini, Melaka memainkan peranan utama dalam mempopularkan tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan secara meluas dalam pelbagai urusan seperti pentadbiran, surat-menyurat diraja, penulisan karya sastera dan penyebaran ilmu agama. Sebagai contoh, surat-surat diraja akan ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat menggunakan tulisan Jawi. Selain itu, karya-karya sastera seperti Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Raja-raja Pasai juga ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini menunjukkan peranan penting tulisan tersebut dalam dokumentasi sejarah dan sastera Melayu. Penggunaan tulisan Jawi pada masa ini bukan sahaja memudahkan penyebaran ilmu dan komunikasi, tetapi juga memperkukuh identiti budaya dan tamadun Melayu.

Pada zaman Kesultanan Melayu Johor, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu. Tulisan Jawi digunakan secara meluas dalam urusan pentadbiran, perundangan dan hubungan diplomatik. Hukum Kanun Johor pula merupakan kod undang-undang negeri yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan Jawi. Pada tahun 1719, Sultan Abdul Jalil IV mengutuskan surat dalam tulisan Jawi kepada Raja Louis XV dari Perancis, dan ini menunjukkan bahawa penggunaan tulisan Jawi merentas hubungan antarabangsa. Penggunaan tulisan Jawi yang meluas ini telah membantu memperkukuh identiti budaya.  

Salah satu faktor perkembangan tulisan Jawi ialah penemuan Batu Bersurat Terengganu, bertarikh sekitar 1303 Masihi dan merupakan bukti tertua penggunaan tulisan Jawi dalam dunia Melayu. Hal ini turut menjelaskan soal perkembangan awal tulisan Jawi dalam urusan pentadbiran dan agama Islam. Batu bersurat ini mengandungi teks yang ditulis dalam tulisan Jawi dengan pengaruh Arab. Sistem tulisan ini telah berkembang dan berperanan  merakamkan hukum Islam dan undang-undang yang diamalkan pada zaman itu. Inskripsi pada Batu Bersurat Terengganu membuktikan bahawa Islam telah bertapak kukuh di Tanah Melayu lebih awal daripada yang dianggarkan sebelum ini,  menurut kata Ahmat (1992).

Faktor-faktor yang disebutkan di atas menjadi penyebab kepada berkembangnya tulisan Jawi di tanah air. Ketika ini, tulisan Jawi kurang digunakan namun masih bertahan. Siapakah yang harus mempertahankan tulisan Jawi? Semestinya, kita! Kita harus bersedia dan bertanggungjawab untuk memperkembangkan penggunaan tulisan Jawi di tanah air.

 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #cerpenkehidupan (2) #dbpselatan (14) #karyasastera (15) #penulis (5) #penulisbaharu (16) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (5) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (15) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (5) dbpcawangansarawak (17) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) ramadhan (2) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

دكامڤوڠ دان دكوتا
Puisi Moden

دكامڤوڠ دان دكوتا

  • 20 Ogos 2023
  • 80
  • 4
Kemajuan Holistik Johor Lahir daripada Pemikir Hebat
Bicara Bahasa

Kemajuan Holistik Johor Lahir daripada Pemikir Hebat

  • 4 November 2023
  • 187
  • 3.8
ڤنتون: هرڬاءي ماس
Puisi Tradisional

ڤنتون: هرڬاءي ماس

  • 10 Ogos 2023
  • 75
  • 3.3
Bahasa Melayu: Tekal Dijunjung Erat
Bicara Bahasa

Bahasa Melayu: Tekal Dijunjung Erat

  • 13 Jun 2023
  • 146
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP