Skip to content
HSPM 2021/2022: Tujuh Penulis Kelantan, Terengganu Buktikan Keunggulan Pemikiran, Kreativiti
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Bicara Bahasa dan Sastera > Bicara Sastera > HSPM 2021/2022: Tujuh Penulis Kelantan, Terengganu Buktikan Keunggulan Pemikiran, Kreativiti
HSPM 2021/2022: Tujuh Penulis Kelantan, Terengganu Buktikan Keunggulan Pemikiran, Kreativiti
Bicara Sastera

HSPM 2021/2022: Tujuh Penulis Kelantan, Terengganu Buktikan Keunggulan Pemikiran, Kreativiti

  • Ilham Budiman
  • 20 Julai 2025
  • DBP Wilayah Timur
  • 107
  • 3.3

Seramai tujuh orang penulis Kelantan dan Terengganu berjaya menggondol kemenangan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2021/2021 yang berlangsung pada 10 Julai 2025. Tiga pemenang berasal dari Kelantan dan empat orang lagi berasal dari Terengganu. Mereka ialah Prasert Eh Chai, Rudi Mahmood, Mohd Fauzi Abdullah, Azhar Wahid, Abdul Mubin Ismail, Ahmad Muziru Idham Adnan dan Mat Rawi Hamat (Nawawee Mohammad). Empat karya mereka telah terpilih sebagai pemenang kategori utama, iaitu buku bagi genre esei/kritikan sastera, novel, kumpulan puisi dan sastera remaja.

“Kemenangan ini membuktikan kreativiti dan hasil kepengarangan barisan penulis Pantai Timur bagi kategori buku dan karya eceran. Karya mereka ini merupakan sumbangan kepada tanah air dan berkemampuan untuk mencapai tahap tertinggi dalam bidang penulisan serta layak memenangi HSPM. Justeru, pemenang HSPM menjulang citra dan berwibawa besar kerana karya mereka memiliki keunggulan pemikiran, kreativiti dan siginifikan dalam bidang sastera, terutamanya sastera di Pantai Timur,” ujar Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Puan Ariza Che Ismail ketika ditemui selepas selesai majlis.

Majlis Penyampaian Hadiah HSPM 2021/2022 diadakan di Hotel Zenith, Putrajaya dan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

Prasert Eh Chai, penulis Siam Kelantan yang berasal dari Tumpat telah berjaya memenangi hadiah Kategori Buku/Kumpulan Karya melalui novelnya yang berjudul Phensi (DBP, 2022). Kejayaan novel beliau sangat mengagumkan dan agak menggemparkan dunia penulisan sastera tanah air kerana beliau bukanlah pengarang prolifik dan jarang-jarang dikenali berbanding dengan kebanyakan novelis mapan terkenal yang lain. 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Nilai tinggi hasil kepengarangannya itu benar-benar melayakkan beliau untuk menang dalam HSPM pada kali ini. Novel Phensi mengisahkan watak utamanya, Phensi, seorang gadis buta yang meminati seni menora. Phensi ingin belajar menari dan memiliki kemahiran mengenai seni warisan masyarakat Siamnya itu. Namun, bagaimana orang buta seperti dirinya akan dapat mempelajari dan menguasai kemahiran warisan tradisi itu? Isu ini mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui kesudahannya.

Rudi Mahmood pula, penulis dari Kelantan, merupakan antara penyair terkenal dan berkemampuan mendinamikkan citra negeri Kelantan. Negeri ini agak masyhur dan mendapat gelaran ‘Lubuk Puisi’ dalam dunia sastera  mutakhir.

Kumpulan puisi beliau, Bara Hujan (Kata-Pilar, 2022), ketika diterbitkan dahulu sudah dijangka awal oleh ramai peminat puisi dan khalayak sastera akan terpilih memenangi HSPM. Hal ini kerana beliau memiliki kekuatan gaya dan pengucapan tersendiri terhadap kepenyairannya.

Sebelum ini, Bara Hujan pernah terpilih sebagai Buku Kumpulan Puisi Terbaik oleh panel Anugerah Sastera Negeri Kelantan (ASNK) yang menilai karya penulis Kelantan bagi tahun 2021-2022.

Azhar Wahid dari Terengganu, merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan telah memenangi Kategori Buku/Kumpulan Karya Kajian Sastera bertajuk Hegemoni Kepengarangan A. Samad Ismail (DBP, 2022).

Selain itu, Nawawee Mohammad, penyair terkenal Terengganu berjaya muncul sebagai pemenang bagi Kategori Buku Sastera Remaja, Kumpulan Puisi Remaja Bulan di Langit Malam (DBP, 2022) dan membawa pulang hadiah bernilai RM5,000.

Prasert Eh Chai, Rudi Mahmood dan Azhar Wahid pula memenangi hadiah bernilai RM10,000 bagi Kategori Buku/Kumpulan Karya untuk genre novel, kumpulan puisi dan kajian sastera. Tiga pemenang lagi berjaya memenangi hadiah Kategori Karya Eceran.

Abdul Mubin Ismail, yang juga merupakan Ketua II Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) terpilih memenangi Kategori Puisi Eceran melalui karyanya yang berjudul “Penjual Doa” (Dewan Sastera, Jun 2021).

Di samping itu, Mohd Fauzi Abdullah turut memenangi Kategori Esei/Kritikan Sastera Eceran (Makalah Ilmiah). Esei kajian beliau yang menang berjudul “Seloka sebagai Bentuk Puisi Sisipan dalam Cerita Jenaka Melayu: Analisis Tekstual dan Kontekstual” (Monograf Persuratan Melayu 2021, IPG Kampus Bahasa Melayu, 2021). Beliau merupakan seorang penulis yang berasal dari Kelantan dan kemudian berpindah ke Pahang. Sebelum bersara, beliau bertugas di Kuala Lumpur. 

Pemenang terakhir ialah Ahmad Muziru Idham Adnan yang memenangi Kategori Esei/Kritikan Sastera Eceran (Makalah Separa Ilmiah) melalui esei pemikiran kritikannya berjudul “Kerancuan dalam Gagasan Persuratan Baru: Suatu Penilaian Kritis” (Dewan Sastera, Oktober – Disember 2021).

Nilai hadiah pemenang bagi kategori karya eceran ialah RM2,000. Sejumlah 50 hadiah disediakan untuk HSPM 2021/2022. Lebih 3,500 karya mencakupi semua genre sastera dari tahun 2021-2022 telah dinilai oleh 21 orang panel.

HSPM dilaksanakan setiap dua tahun sekali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menilai dan memilih karya sastera kreatif dan penulisan sastera deskriptif terbaik yang dihasilkan oleh penulis di negara ini.

Tuntasnya, HSPM merupakan hadiah sastera paling berprestij dalam negara, selain Anugerah Sastera Negara, Anugerah Sastera Negeri dan Anugerah S.E.A. Write kurniaan kerajaan Thailand kepada penulis dari negara-negara Asia Tenggara.

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #cerpenkehidupan (2) #dbpselatan (14) #karyasastera (15) #komsas (2) #penulis (5) #penulisbaharu (16) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (5) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (15) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (6) dbpcawangansarawak (17) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (24) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) ramadhan (2) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Menyusun Aksara Perjuangan
Puisi

Menyusun Aksara Perjuangan

  • 20 September 2023
  • 201
  • 5
Nelayan Terakhir
Cerpen

Nelayan Terakhir

  • 20 Mei 2024
  • 319
  • 4.3
Kota Kemanusiaan
Puisi

Kota Kemanusiaan

  • 19 Disember 2023
  • 45
  • 4.7
Kalah, Terlihat Indah!
Cerpen

Kalah, Terlihat Indah!

  • 5 November 2024
  • 145
  • 4.7

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP