Kulihat buih di permukaan
dihempas ombak
tidak melawan, hilang suara
hanya mengikut arus yang mencipta.
Buih pantai tidak pernah bertanya
mengapa ia hilang dalam sekejap masa
diangkat tinggi, dihempas rendah
tetap tenang tanpa keluh kesah.
Meskipun lenyap ditelan pantai
tidak pernah ia merintih takut
kerana tahu di setiap alun
ada damai menanti di penghujung.
Seperti aku yang sering bertarung
dengan badai tidak pernah usang
buih pantai mengajarku diam
menerima takdir seikhlas alam.
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
