(Dedikasi buat YAB Menteri Besar Kelantan ke-15)
Budiman ini bukan sebarang gerangan
Dato’ Panglima Perang kelima kurniaan sultan
bukan calang-calang gelaran,
selepas 152 tahun tiada penyandang.
Dialah Singa Watan yang mengaum lantang
menjulang perpaduan demi reda Ilahi.
Mehnah dan tribulasi ibarat kemuncup uji
yang melekat di sepanjang jalan haraki.
Serunya jadilah kita umpama tangan yang saling menguatkan,
bukan telinga yang hanya mendengar namun tetap berjauhan.
ZANAZANZALY
Jalan Meranti, Pasir Mas.
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.