Selamat malam cinta pertama
sebelum lelap menggantung nyawa
sudi kiranya untuk bertanya
menjawab rasa hairan di dada.
Tidak lelahkah menjadi manis
pada senyum yang menyambut salam
tika hari terasa hambar
hingga debar menyusul datang?
Tidak bosankah menjadi indah
pada kenangan yang terukir
dalam perjalanan menuju dewasa
meski puji tidak terungkap kata?
Tidak sesalkah menjadi ada
pada kisah yang tersirat
di balik rasa takut kehilangan
tetapi enggan meluah setia?
Selamat malam cinta pertama
nama yang sulit dihapus
pada nyata mahupun lena
rindu tetap mempertemukan jua.
Intan Zubaidah
Kampung Sourabaya Ulu, Kuching
12 Julai 2023
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.