Mendongak siling: kosong
menjeling lampu: suram
memandang dinding: kaku
angka empat puluhan permulaan
monolog sebuah kamar
Petanda menopaus mampir
simptom kewalangan menerpa
akur mendepang dada
menerima seadanya.
Bergelas-gelas kantuk diteguk
dahaganya tak hilang jua
alunan Iqra’ menyentuh kalbu
tahajud jadi tetamu
hajat taubat witir menyeru
menyelimut diri dalam ruh kalam.
Anugerah Rabb dipersia jangan
hargai ia saat kehadiran
alukan kedatangan
dengan baik persangkaan.
Kpg Semariang Batu
21 September 2023
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.