Teratak ini
kata orang orang
sudah terlalu usang
tidak sebanding
putih batu di kanan
dan putih batu di kiri
Usangnya teratak ini
ada satu rahasia
yang tidak mereka tahu
teratak ini sebenarnya
terlimpah
dengan rindu.
14 November 2016
Nurhayatty Mahmoda
Kulai, Johor
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.