Skip to content
12 Julai 1992
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Cerpen > 12 Julai 1992
12 Julai 1992
Cerpen

12 Julai 1992

  • Mohd Hafiz Bin Abdullah Saini
  • 20 Januari 2026
  • DBP Wilayah Tengah
  • 94
  • 4.7

TAHUN 2025, Kuala Lumpur.

Langit kelam. Kilat memancar dari kejauhan membelah langit seperti luka yang belum sembuh. Di dalam makmal rahsia bawah tanah milik kerajaan yang telah lama terbengkalai, seorang lelaki berdiri kaku di hadapan mesin yang berdesing perlahan, mesin hasil ciptaannya selama bertahun-tahun. Namanya, Aiman. berusia 43 tahun. Rambutnya sudah mula dipenuhi uban kendatipun masih muda dan mata coklatnya menyimpan seribu cerita.

Di telapak tangannya, sebuah gambar lama; dua beradik berdiri di tepi pantai. Senyum mereka seakan terbeku dalam kapsul masa. Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun, memeluk erat abangnya yang ketika itu baru berusia 10 tahun. Di belakang gambar itu tertulis tarikh 12 Julai 1992. Tarikh itu menghantui Aiman selama 43 tahun.

Hari itu, adiknya, Alya, telah diculik dan ditemui seminggu kemudian namun tidak bernyawa lagi. Kes itu diklasifikasikan sebagai penculikan berakhir Akta 302 Kanun Keseksaan  (Akta 574). Namun demikian, pihak polis masih gagal memburu pelakunya. Aiman menyaksikan bagaimana ibunya jatuh sakit akibat kesedihan yang melampau. Ayahnya pula mula menyendiri, dan dirinya pula dilanda rasa bersalah yang tidak pernah hilang.

Tapi kali ini, dia akan mengubah sejarahnya.

Mesin waktu yang dibinanya berdasarkan serpihan teori fizik kuantum dan algoritma neural masa kini akhirnya siap dibina. Mesin ini hanya membenarkan satu perjalanan untuk ke masa lalu. Satu lokasi, satu peluang. Aiman telah menetapkan koordinat: 2° 29′ 30.5″ N 101° 50′ 25.9″ E 292° 49’ 06.7” 5, 71050 Pantai Cahaya Negeri Port Dickson,12 Julai 1992.

Aiman menekan suis. Cahaya membias seperti air yang berkocak dalam gelas. Jantungnya berdegup laju. Dalam sekelip mata, dunia gelap gelita.

*******

12 Julai 1992, Pantai Cahaya Negeri Port Dickson.

Aiman terhumban di pasir basah. Bau laut memenuhi hidungnya. Suara kanak-kanak ketawa, penjual aiskrim menjerit “Aiskrim! Aiskrim!” dan alunan lagu dari radio lama mengisi ruang udara.

Aiman bingkas bangun perlahan-lahan. Melihat tubuhnya masih tubuh lelaki dewasa. Dia menarik jaket makmal yang menyembunyikan pistol kecil dan sebuah peranti pengesan yang diubah suai. Aiman tahu daripada rekod polis masa lalu, Alya diculik sekitar pukul 5.45 petang, ketika ibu mereka sedang membeli air kelapa. Aiman kecil pula sedang bermain jauh sedikit sekitar di gigi air.

Aiman memerhati dari jauh melihat dirinya yang berumur 10 tahun dan Alya duduk di atas tikar. Mereka sedang ketawa, namun tidak menyedari bahaya yang menanti. Bak kata pepatah “malang tidak berbau”. Perut Aiman menegang. Dia ingin menjerit, tetapi tahu tindakan itu akan mengganggu keseimbangan masa.

‘Pemerhatian. Itu langkah pertama.’ Desis Aiman dalam hati.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Dia menghidupkan peranti pengesan suhu dan gerakan yang sensitif terhadap perubahan tidak normal dalam radius 50 meter yang mampu mengesan manusia yang cuba menyembunyikan kehadiran. Dan betul, satu isyarat dikesan dari arah kawasan semak yang berdekatan.

Aiman menyelinap ke arah semak itu. Senjatanya sedia di tangan. Nafasnya ditahan. Di celah semak samun tersebut kelihatan seorang lelaki dalam jaket biru gelap sedang memerhati ke arah Alya dan Aiman kecil. Tangannya memegang sesuatu kemungkinan besar kain bertempek klorofom.

Aiman menelan liur. Itu dia. Rupa-rupanya itu pembunuh adiknya di masa lalu . Wajahnya masih samar, tapi cukup jelas untuk dikenali.

‘Ia bukan orang asing, ini… Pak Su Halim,’ desis Aiman.

Pak Su Halim merupakan adik kepada ibu mereka. Lelaki yang selama ini disangka baik, sering datang membawa buah tangan seperti gula-gula, coklat mahupun aiskrim ke rumah mereka saban minggu. Akan tetapi, rupa-rupanya beliau menyimpan niat yang amat jahat.

Aiman hampir menggigil. Dia masih ingat, selepas kematian Alya, Pak Su Halim tiba-tiba sahaja terus berpindah ke Sabah dan tidak pernah kembali lagi. Tiada siapa pernah mencurigainya kerana tiada bukti. Sekarang, Aiman tahu sebabnya. Beliaulah pelakunya.

Ketika Pak Su Halim ingin melangkah keluar dari belukar tersebut, Aiman bergerak pantas, menyergah dari belakang.

“Jangan bergerak!”

Pak Su Halim terkejut bukan kepalang, namun dia dengan tangkas menghunus pisau kecil dari dalam jaketnya. Mereka bergelut. Pisau itu mengenai bahu Aiman, tetapi dia menggenggam kuat pistolnya dan melepaskan tembakan ke udara.

Jeritan mula kedengaran. Orang ramai berlari ke arah mereka. Pak Su Halim cuba melarikan diri, tetapi Aiman menahannya lalu merempuhnya jatuh ke tanah.

“Engkau… siapa kau?!” teriak Pak Su Halim.

“Aku? Aku abang kepada budak yang kau nak bunuh.”

Pak Su Halim terdiam. Matanya membulat. Tampak keliru akan situasi tersebut.

Polis tiba tidak lama selepas itu. Dengan bantuan alat rakaman dari peranti Aiman, serta kain klorofom yang dijumpai, Pak Su Halim ditangkap di tempat kejadian. Dalam kekeliruan itu, Aiman sempat menyelinap pergi lalu menyorok di kawasan belukar.

********

Kuala Lumpur, Tahun 2025

Cahaya membutakan seketika. Kini, Aiman kembali ke makmal. Tetapi suasana kini berbeza. Tiada debu, tiada kebinasaan. Makmal itu bersih, seperti masih lagi digunakan. Di atas meja, terdapat gambar-gambar tiga orang beradik: Aiman, Alya, dan seorang lelaki muda lain yang dia tidak kenali.

Aiman berlari keluar dari makmal dan mendapati dunianya telah berubah. Sebuah kereta Hover meluncur di lebuh raya. Di telefon pintarnya yang masih mengesan sejarah memaparkan sepotong mesej baharu.

“Abang Aiman, jangan lupa makan malam di rumah mama malam ni. Alya masak laksa Johor. 🙂 ❤️“

Tangannya menggigil. Bibirnya mengukir senyuman buat pertama kali dalam bertahun-tahun.

Aiman akhirnya telah berjaya. Dia berjaya mengubah sejarah sekali gus merungkai misteri pembunuhan adiknya selama 33 tahun.

Namun demikian, jauh di sudut fikirannya, Aiman tahu, masa adalah sesuatu yang rapuh. Masa juga adalah seperti benang halus. Setiap sentuhan akan mengubah coraknya. Setiap perubahannya juga membawa kesan. Aiman tahu tindakannya mungkin mencetuskan riak lain dalam sejarah. Namun, jika diberi peluang seribu kali, dia akan tetap memilih untuk menyelamatkan Alya.

Kini, Aiman telah berjaya menyelamatkan Alya. Tetapi dunia dia pada hari ini bukan lagi dunia yang sama. Dirinya yang dulu mungkin sudah tiada kini digantikan dengan versi lain yang tidak dia kenali. Tetapi bagi Aiman, itu tidak penting. Yang penting, adiknya hidup. Keluarganya kembali bersatu semula. Dan itu, lebih daripada cukup,  kerana bagi Aiman, ada kesalahan yang tak mampu ditebus dengan penyesalan.

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (12) #cerpenkehidupan (6) #dbpselatan (17) #karyasastera (27) #kedah (3) #komsas (3) #penulis (8) #penulisbaharu (30) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (4) #puisijawi (7) #puisimoden (23) #sasteramelayu (9) #sasteramoden (3) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (12) abuyon (4) adie abd gani (4) anak (3) bengkel (2) cerpen (13) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (27) dbpsarawak (3) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (5) Esei (4) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (6) palestin (3) penulis sarawak (13) puisi (33) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (12) Puisi Tradisional (3) rindu (3) sajak (11) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (3) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Jeritan Membelah Deru Hujan
Cerpen

Jeritan Membelah Deru Hujan

  • 5 Mei 2026
  • 146
  • 5
كاكو
Puisi Moden

كاكو

  • 2 Januari 2026
Fungsi Bahasa Melayu Masa Kini
Bicara Bahasa

Fungsi Bahasa Melayu Masa Kini

  • 19 Jun 2023
  • 4752
  • 5
Biografi Tokoh IPM: Menjenguk di Luar Jendela
Bicara Bahasa

Biografi Tokoh IPM: Menjenguk di Luar Jendela

  • 5 April 2026
  • 90
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP