kau ingin mengubah dunia dengan lidahmu
ada orang melawan gilamu dengan pedang
di dada kanan pengagum Iqbal
kau menulis sajak-sajak memuja kesedihan
berkat meniru Chairil Anwar
masih kalah kau dengan penyair
yang berguru dengan maulana abad lampau
yang cuma menulis sebaris ayat
ditakdirkan bernafas beratus tahun
kau ingin menakluk dunia dengan prosa macam Marquez
di belahan dunia lain para pemburu fiksyen
membelah langit dengan Tongkat Musa
yang dipuja mereka dalam nostalgia
kau ingin jadi Kejora
sebelum mimpimu terwujud
di kitab purba ramai pendeta dibenci
kerana pernah terlalu terang.
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.