Skip to content
Azam
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Azam
Azam
Puisi

Azam

  • Nurimas SN
  • 5 September 2024
  • DBP Wilayah Timur
  • 176
  • 4.3

Aksara azam tunasnya di hati,

Dianyam kemas sekian hari,

Baharu anggota mulakan aksi,

Mengikut laluan di peta strategi.

 

Siap siaga pelan tindakan,

Di atas kertas indah lakaran,

Segala usaha padu dihimpunkan,

Biar munasabah matlamat sasaran.

 

Mana yang cicir di musim lalu,

Eloklah dilihat satu persatu,

Usah dibiarkan tinggal begitu,

Kian bertambah beban di bahu.

 

Sudah lengkap tilik dan tuju,

Mulakan cermat tindak dan laku,

Usah ditangguh mana  dahulu,

Momen berdetik tiada menunggu.

 

Azam dinukil penuhi harapan,

Usaha tawakal jadikan pegangan,

Bukan semua mampu dizahirkan,

Namun iltizam kekal ditingkatkan.

 

Demikian aksara jadi bualan,

Setiap langkah awal perjalanan,

Semua insan perlu perancangan,

Segala kejadian ketentuan Tuhan.

 

Nurimas SN

Disember 2023

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (4) #cerpenkehidupan (3) #dbpselatan (15) #karyasastera (17) #komsas (2) #penulis (6) #penulisbaharu (19) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (16) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (4) #wadahdbp (5) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (11) dbpcawangansabah (8) dbpcawangansarawak (22) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Esei (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (10) puisi (27) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) Puisi Tradisional (2) rindu (3) sajak (8) Sarawak (3) stephaniejuanitaahlee (3) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Cam
Cerpen

Cam

  • 5 Disember 2024
  • 132
  • 4.5
Pesta Angin Timur: Menyulam Tradisi, Memartabat Warisan Negeri Perlis
Bicara Bahasa

Pesta Angin Timur: Menyulam Tradisi, Memartabat Warisan Negeri Perlis

  • 20 April 2025
  • 65
  • 5
ڬوريندم برسدرهاناله
Puisi Moden

ڬوريندم برسدرهاناله

  • 5 Disember 2023
  • 4
لستاري بومي
Puisi Moden

لستاري بومي

  • 18 Julai 2025
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP