i.
Telah lama segumpal malu
meronta dalam sakuku.
Sering kuraba
namun yang kurasa
hanya perih kulit pehaku.
Kurindui jua kasih-Nya
meski pedih melekat
cinta-Nya selalu tercium dekatnya.
ii.
Masih adakah lagi
segumpal rindu dalam sakuku
ingin sering kugenggam.
Kugenggam
meski luka jariku?
Ghazali Sulong
Rantau Panjang, Kelantan
23 Jun 2021
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.