Skip to content
Doaku Bermaskumambang di Batu Nisan
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Doaku Bermaskumambang di Batu Nisan
Doaku Bermaskumambang di Batu Nisan
Puisi

Doaku Bermaskumambang di Batu Nisan

  • KIMS DIWA
  • 20 Julai 2026
  • DBP Cawangan Sabah
  • 27
  • 4.6

Setiap kali aku duduk di sisimu

tidak terhitung aksara kaucantum

luahan bersulam keluhan

lewat senja nan remang

matamu basah hati gelisah.

 

Tika bicaramu bersenandung

tangkai jantungku dijentik hiba

bergetar seiring bunyi seruling

bak buluh perindu berlagu duka

saat engkau semakin tidak berdaya

semua ingin melepas rasa.

 

Setiap kali warta tak kunjung sua

berharap bertemu  di rumah putih

kerjaya dan jarak jadi penghalang

aku ingin memimpinmu

melewati batas-batas waktu

kusandarkan pada saudara

masa menghalang rindu

meski itu aku tidak ingin patah.

 

Kususun satu per satu batu-batu itu

tiada jambatan putus yang kujelang

akan kutebas segala rintangan perjalanan

agar baktiku sampai di rambutmu memutih

kutitipkan bahagia menuju purna

sebelum kau berhijrah ke dunia abadi

doaku bermaskumambang di batu nisan.

 

KIMS DIWA

Telupid, Sabah

24 April 2023

 

Glosari

maskumambang – Istilah dalam bahasa Jawa yang bermaksud melukiskan kisah sedih atau keprihatinan yang mendalam.

purna – lengkap atau selesai dalam bahasa Sanskrit

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (12) #cerpenkehidupan (6) #dbpselatan (17) #karyasastera (27) #kedah (3) #komsas (3) #penulis (8) #penulisbaharu (30) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (4) #puisijawi (7) #puisimoden (23) #sasteramelayu (9) #sasteramoden (3) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (12) abuyon (4) adie abd gani (4) anak (3) bengkel (2) cerpen (13) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (27) dbpsarawak (3) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (5) Esei (4) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (6) palestin (3) penulis sarawak (13) puisi (33) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (12) Puisi Tradisional (3) rindu (3) sajak (11) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (3) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Kasih Yang Menyatu
Cerpen

Kasih Yang Menyatu

  • 7 Mei 2026
  • 11
  • 5
Peranan dan Cabaran Persatuan Penulis Memartabatkan Sastera di Bumi Daksina
Bicara Sastera

Peranan dan Cabaran Persatuan Penulis Memartabatkan Sastera di Bumi Daksina

  • 5 Mac 2024
  • 773
  • 4.8
Tompok
Puisi

Tompok

  • 5 April 2026
  • 146
  • 5
Untuk Dipanggil Rumah
Cerpen

Untuk Dipanggil Rumah

  • 19 Februari 2024
  • 304
  • 4.8

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP