Tidak ada lebih berharga
melihat manuskrip
berubah jadi buku di tangan pembaca
ramai orang menyangka
duit dapat membeli segalanya
termasuklah sebuah kisah
dibukukan sebagai novel
hakikatnya
duit tidak dapat membeli
momen, tragedi dan inspirasi
di helaian setiap cerita
buat tauladan pembaca
ternyata
manuskrip lebih mahal
berbanding sekeping harga
Zulaikha Adam
Cheras, Kuala Lumpur
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.