Hujan malam itu
seperti kau mengetuk pintu
dengan jari yang sudah lama lupa
cara menggenggam.
Lampu jalan gementar
pantulan gugup di atas aspal
seperti mengatakan sesuatu
tapi ditahan waktu yang beku.
Hujan malam itu
aku jadi tidak tidur bukan kerana mimpi
tapi kerana rintik ini
mengingatkan aku pada suara yang tak lagi pulang.
Aku masih di sini mendengar hujan yang sama
dari jendela yang tidak pernah kita tutup
pada malam yang kita janjikan tanpa kata.
18 Mei 2023 Kota SPP Warisan, Berangan Tumpat