Detik waktu berjalan pergi,
meninggalkan jejak tidak berbunyi,
membawa cerita tidak dinukil,
menuju gelora tiada berpinta.
Setiap saat ibarat emas,
ada dihitung siang nan malam,
ada ditinggal subuh ke isyak,
secuit alpa melebur segala.
Waktu tetap berlari ke hadapan,
meninggalkan empunya pemilik cerita,
tidak berpaling memberi ruang,
tidak berpaling membuka jeda.
Demi kurnia yang dititipkan,
jagalah setiap detik tanpa disia,
kerana yang dihitung pada saat itu,
ialah setiap amal dan perlakuan.
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
