Skip to content
Kemerdekaan Ini
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Kemerdekaan Ini
Kemerdekaan Ini
Puisi

Kemerdekaan Ini

  • Salmiah Kasmuni
  • 20 September 2023
  • DBP Wilayah Selatan
  • 184
  • 4.7

Kemerdekaan ini
lahir dari titisan keringat
simbahan darah hanyir
dari susuk-susuk protagonis
yang mengekang tipu daya bangsa angkuh
akhirnya lemah terjungkir
dan kisah ini bukan legenda
tapi sejarah agung yang terukir indah
demi teguhnya sebuah bentala leluhur
hingga kini kekal makmur.

Kemerdekaan ini
memperlihat protagonis itu
menyandang pedang tanpa lelah
benteng dadanya dari terjahan peluru penjajah
walau tidak punya canggihnya senjata
namun jiwa terus membara
oleh semangat juangnya
lawan tetap lawan
mara tetap mara
merentas ranjau petualang
demi cinta kepada bentala warisan.

Kemerdekaan ini 
amanah dan wasiat kepada generasi bangsa
bebas menghela nafas merdeka
ayuh teruskan semangat juang para pratagonis bangsa
memperkukuh amanat yang ditinggalkan
gagah siaga menangkis fitnah tipu daya
agar bentala lelulur terus gah di mata dunia.

Kemerdekaan ini
bukan hanya untuk dilaung-laungkan
bukan juga untuk dipertontonkan
tapi untuk dipertahankan 
walau hanya dengan mata pena
tetap julang kedaulatan warisan
demi manisnya rasa sebuah keamanan
Merdeka!

Salmiah Kasmuni
Taman Perling, Johor
Ogos 2020

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (4) #cerpenkehidupan (3) #dbpselatan (15) #karyasastera (16) #komsas (2) #penulis (5) #penulisbaharu (18) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (5) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (15) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (3) #wadahdbp (5) abuyon (3) adie abd gani (3) bengkel (2) budaya (2) cerpen (10) dbpcawangansabah (7) dbpcawangansarawak (19) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Esei (2) Gurindam (4) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (10) puisi (27) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) Puisi Tradisional (2) Rasulullah (2) rindu (3) sajak (8) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Penulisan Kreatif Mencungkil Bakat Penulis Kanak-kanak
Bicara Sastera

Penulisan Kreatif Mencungkil Bakat Penulis Kanak-kanak

  • 5 Jun 2025
  • 101
  • 5
مڠهارڤ سيسا سينر
Puisi Moden

مڠهارڤ سيسا سينر

  • 20 Februari 2025
Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih
Bicara Bahasa

Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

  • 5 Mei 2024
  • 140
  • 4
Balang Hati
Cerpen

Balang Hati

  • 8 November 2023
  • 132
  • 4.4

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP