Kami duduk di kerusi batu
melihat langit petang sayu
tersenyum walau ada beban di bahu
bersama-sama sahabatku
berkongsi tawa memori terindah.
Sahabatku
kaulah pelengkap diriku
di kala aku jatuh tersungkur
kau menarikku kembali ke jalan
menolakku maju ke hadapan
engkaulah pendengar setia
walau akalmu penuh tekanan.
Sahabatku
maafkan diri ini jika menyakitimu
maafkanlah diri ini jika membebanimu
sungguh, hati ini ikhlas menyayangimu
aku ingin bersama-samamu hingga hujungnya
namun, aku lupa
semuanya tidak kekal
lalu diri ini sakit kerana seksa kerinduan.
Jangan risau sahabatku
kutulis surat ini untukmu
demi mengubati memori bersama-samamu
walau kita sudah jauh di mata
kuharap kita melihat langit petang yang sama.
Baim Bad
Padang IPGKSAH, 2023