Skip to content
Lelaki dari Eropah (Dedikasi khas buat Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh)
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Lelaki dari Eropah (Dedikasi khas buat Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh)
Lelaki dari Eropah (Dedikasi khas buat Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh)
Puisi

Lelaki dari Eropah (Dedikasi khas buat Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh)

  • MOHD HASSANY HASHIM
  • 1 Februari 2024
  • DBP Wilayah Timur
  • 89
  • 5

Di atas pentas itu dia tekuni

bercerita pengisahan kehidupan puisinya

yang dikendong dalam akal fikirnya

sekian lama, bertahun dan berkurun.

Pengalaman dikutip dari tanah Eropah dan bumi sejuk Amerika Utara

hingga ke benua Asia dan tanah leluhur nusantara.

 

Lelaki itu ialah mahaguru puisi intelektual

yang mengangkat makna sejarah bangsanya

ke alam sejagat manusia

bercerita kisah Perjalanan Si Tanggang ke bumi asing

hingga dia mengucapkan salam Selamat Tinggal Eropah.

 

Dia,

lelaki itu yang sering menyusun aksara

menyulam dan mengait akal fikirnya

menjahit pakaian kehidupan melindungi tubuh tuanya.

Dia menelusuri kepahitan hidup kemanusiaan

dan tamadun sejarah bangsa.

 

Lelaki itu ialah pengembara Si Tanggang

yang telah kembali ke tanah leluhurnya sendiri

membawa muatan akal ilmu

untuk memandaikan anak kampung,

kota bangsanya

dan dia bangga meninggalkan tanah Eropah itu

yang penuh dengan cerita duka

bobroknya manusia.

 

Mohd Hassany Hashim

19 November 2023

# muhammadhajisalleh
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #dbpselatan (12) #karyasastera (14) #komsas (2) #penulis (4) #penulisbaharu (14) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (13) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (4) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP