secawan mocha Pakopi kuhirup
meliarlincahkan fikiran
bertapa di awangan ilham
sesudah tenggelam
dalam kepenatan
merenyah beban kemodenan
lantas, kutumpahkan
titis demi titis makna
di atas sepiring puisi.
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
