Skip to content
Nazam Sasterawan Jauhar (Dedikasi kepada Allahyarham SN Usman Awang)
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Nazam Sasterawan Jauhar (Dedikasi kepada Allahyarham SN Usman Awang)
Nazam Sasterawan Jauhar (Dedikasi kepada Allahyarham SN Usman Awang)
Puisi

Nazam Sasterawan Jauhar (Dedikasi kepada Allahyarham SN Usman Awang)

  • Mohd Rosli Bakir
  • 20 Julai 2026
  • DBP Wilayah Selatan
  • 1

Allah Allah Azzawajal Tuhan kami,
kami mohon ampun akan dosa kami.

Mulai nazam dengan lafaz awal basmallah,
puji-pujian kepada Allah dan Rasulullah.

Dengan nazam kisah tokoh kata ditinta,
Sasterawan Negara Usman Awang bagai permata.

Tokoh penulis di tanah selatan mulianya citra,
Diangkat dinobat dengan anugerah Pejuang Sastera.
 
Kuala Sedeli kampung nelayan tempat kelahiran,
biarpun terpencil hatinya cekal ikuti pelajaran.

Pengalaman hidup sejak kecil mengundang ilham,
bangkit semangat zahirkan karya di hujung kalam.

Suara tulus dengan sedar digalas amanah,
bersederhana pengucapannya bernada indah.

Dalam sorotan kemanusiaan menjadi garapan,
demikian tajam mencuit rasa penceritaan.

Berjiwa seni dekati rakyat cinta perdamaian,
persaudaraan dan keadilan jadi perjuangan.

Ke Makam Bonda, Duri dan Api, Gadis di Kuburan,
Salam Benua, itu semuanya puisi pilihan.

Uda dan Dara naskhah agung Usman Awang,
sehingga kini disebut ditatang semua orang.

Seracik kisah tokoh penulis tiba penghujung,
sumbangan besar Usman Awang sama disanjung.

Allah Allah Azzawajal Tuhan kami,
kami mohon ampun akan dosa kami.

Mohd Rosli Bakir
Pontian, Johor
5 Mei 2024

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (12) #cerpenkehidupan (6) #dbpselatan (17) #karyasastera (27) #kedah (3) #komsas (3) #penulis (8) #penulisbaharu (30) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (4) #puisijawi (7) #puisimoden (23) #sasteramelayu (9) #sasteramoden (3) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (12) abuyon (4) adie abd gani (4) anak (3) bengkel (2) cerpen (13) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (27) dbpsarawak (3) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (5) Esei (4) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (6) palestin (3) penulis sarawak (13) puisi (33) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (12) Puisi Tradisional (3) rindu (3) sajak (11) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (3) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

رواڠ برتنڠ
Puisi Moden

رواڠ برتنڠ

  • 5 Januari 2025
  • 4.7
Mudiknya Perahu Kertas
Puisi

Mudiknya Perahu Kertas

  • 20 Mac 2026
  • 76
  • 5
Polemik Sains dan Teknologi
Puisi

Polemik Sains dan Teknologi

  • 30 September 2024
  • 122
  • 5
Mendepa Adat
Cerpen

Mendepa Adat

  • 3 November 2023
  • 206
  • 4.8

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP