Skip to content
Puisi Buat Nenda
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Puisi Buat Nenda
Puisi Buat Nenda
Puisi

Puisi Buat Nenda

  • Renjana Sang Lirsari
  • 18 Mac 2024
  • DBP Cawangan Sabah
  • 60
  • 4

Bunga Raya

Harum baunya, bak bakawali mengembang di malam hari

Anggun warnanya, memikat si dara mengubat hati yang lara

Indah rupanya, menaikkan seri kediaman duniawi

 

Pasu berisi Bunga Raya itu ku tatapi dengan sayu

Angin mendayu membuai lagi perasaanku yang bergelora

Pelbagai emosi mulai timbul di lubuk hatiku

Satu per satu cuba ku amati 

Kekosongan

 

Album gambar masih terdedah isinya di atas mejaku

Bingkas ku bangun mengamati bunyian ombak di tepi tingkap

Masih segar dalam ingatanku keadaannya ketika itu

Mukanya pucat, badannya lemah, tangannya menggigil memanggilku

Umurku belum mencecah seabad namun telah ku ketahui masanya hampir tiba

Hanya esakan tangisan dari tubuh kecilku menjadi peneman ketika sakaratul maut mendedahkan dirinya

Sesalan

 

Belasan tahun berlalu namun hatiku masih meratapimu

Ingin ku putarkan masa, memelukmu erat buat kali terakhir

Ku dambakan senyuman manismu

Ku dambakan sentuhan lembutmu

Ku dambakan belaian kasihmu

Yang tidak pernah lokek mengajarku erti kasih sayang

Dari ku bertemu duniawi hinggalah ku meneroka segala pelosok bumi ini

Dambaan

 

Akan ku bawa memori bersamamu dalam ku menelusuri dasawarsa ini

Senantiasa ada bersamaku dalam setiap langkah kehidupan

Di setiap doa, akan ku selit namamu

Di setiap kejayaan, atas tunjuk ajarmu

Di setiap duka, terasa seakan ku didampingi olehmu

Walau masa memisahkan kita, tidak akan pernah sekalipun akan ku lupakan

 

Ke hadapan nendaku yang tercinta,

Bunga Raya

 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #dbpselatan (12) #karyasastera (14) #komsas (2) #penulis (4) #penulisbaharu (14) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (13) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Duka Lara dalam Syair Duka Nestapa
Bicara Bahasa dan Sastera

Duka Lara dalam Syair Duka Nestapa

  • 20 Ogos 2024
  • 170
  • 3
مڠتوق ڤينتو مولا
Puisi Moden

مڠتوق ڤينتو مولا

  • 20 Disember 2023
  • 212
  • 4.8
Menyusun Aksara Perjuangan
Puisi

Menyusun Aksara Perjuangan

  • 20 September 2023
  • 201
  • 5
Usah Biarkan Bahasa Melayu Ibarat Gantung Tidak Bertali
Bicara Bahasa

Usah Biarkan Bahasa Melayu Ibarat Gantung Tidak Bertali

  • 5 April 2024
  • 35
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP