Skip to content
Puteri Porselin yang Kehilangan Mahkotanya
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Puteri Porselin yang Kehilangan Mahkotanya
Puteri Porselin yang Kehilangan Mahkotanya
Puisi

Puteri Porselin yang Kehilangan Mahkotanya

  • Diviya Devaraj
  • 5 September 2026
  • DBP Wilayah Utara
  • 37
  • 5

Aku pernah menjadi puteri porselin,
dipamerkan di para pujian,
lesung pipitku memetik cahaya,
rambutku mahkota paling sempurna,
sedang kata-kata manusia
menenun takhta di kepalaku.

Namun masa ialah pemahat
yang tangannya tidak mengenal belas;
sedikit demi sedikit dikikisnya
kemegahan yang kupinjam daripada cermin,
hingga kecantikan yang kusangka abadi
menemui musim gugurnya sendiri.

Pada suatu pagi yang bisu,
helaian hitam memenuhi bantal,
lantai dan celah jemariku;
aku mengutipnya satu demi satu,
seperti mengutip cebisan langit
yang runtuh tanpa suara.

Bersama mahkota yang luruh,
gugur keberanian dari dadaku,
cermin menjelma wajah orang asing,
simpati terasa lebih tajam daripada hinaan,
lalu kesunyian duduk di sisiku
dan menghafal setiap tangisanku.

Kepada bulan aku bertanya,
“Tanpa mahkota, siapakah aku?”
bulan tidak memberikan jawapan,
hanya cahaya menyentuh kepalaku,
seolah-olah mahu mengingatkan
bahawa sinar tidak memerlukan rambut.

Kini aku bukan porselin
yang menunggu pujian manusia;
mahkotaku mungkin telah tiada,
namun kepalaku masih tegak—
kerana daripada segala yang gugur,
aku menemukan diriku yang sebenar.

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#baimbad (3) #cerpendbp (14) #cerpenkehidupan (8) #dbpselatan (17) #karyasastera (32) #kedah (4) #komsas (3) #penulis (9) #penulisbaharu (36) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (6) #puisijawi (7) #puisimoden (25) #sasteramelayu (11) #sasteramoden (4) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (17) abuyon (5) adie abd gani (6) anak (3) bahasa (3) cerpen (17) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (31) dbpsarawak (4) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (6) Esei (5) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (7) palestin (3) penulis sarawak (16) puisi (35) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (13) rindu (3) sajak (12) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (4) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

ڤويسيکو
Puisi Moden

ڤويسيکو

  • 5 Oktober 2023
  • 21
  • 5
Pemerkasaan dan Kearifan Wanita Kelantan dalam Bidang Perniagaan: Suatu Analisis Sejarah dan Kontemporari
Kearifan Tempatan

Pemerkasaan dan Kearifan Wanita Kelantan dalam Bidang Perniagaan: Suatu Analisis Sejarah dan Kontemporari

  • 20 Mac 2025
  • 269
  • 4.8
Kalah, Terlihat Indah!
Cerpen

Kalah, Terlihat Indah!

  • 5 November 2024
  • 209
  • 4.8
Secangkir Duka Sepinggan Sengsara
Cerpen

Secangkir Duka Sepinggan Sengsara

  • 20 Februari 2025
  • 178
  • 4.5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP