di bawah lindungan rumah ini
tempat berhimpunnya kita
dengan ceritera sendiri
dalam mirip roda pengkisahan
nan terbeza putarannya
di antara satu sama lain
di bawah naungan rumah ini
kepada Tuhan yang Ahad
luas berbumbungkan rahmah-Nya
utuh berumahkan mawla-Nya
santun berselimutkan latif-Nya
berkira tidak dalam ghaffar-Nya
di bawah payungan rumah ini, kita
merintih
menangis
meluah
mengkhabarkan
memanjatkan
segala pengungkapan butir doa mu
kepada Dia yang Ahad
walau sehalus mana bisikan mu
ya, Dia tetap dengar
dan sentiasa setia mendengar mu
tidak pernah jauh
tidak pernah jeda
tidak pernah berkira
Dia akan sentiasa ada
Dia lah nafasmu
Dahulu, kini dan selamanya
di rumah ini
Maha Kaya-nya Dia
menaungi sekalian makhluk
memayungi seluruh pengharapan
bagi pendambaan setiap insan
Masjid Negeri Sabah, 12.30 pm: 08 Januari 2021