Tengkujuh menimba kembali,
mendung dan basah setiap hari,
suria bersembunyi di aksara,
ceria bertukar resah lagi,
datanglah ilham untuk berpuisi.
Kupandang langit saban hari,
hujan berganas lagi,
mengutip titisan air matamu,
menyapu sisa-sisa bencana,
menggores luka-luka bumi,
menghalau makhluk dan insan,
membeku sanubari dan memori,
dayuh dan sungkawa.
Kudengar hujan berteriak pilu,
melodi menari dengan sayu,
batinku termenung kelabu seketika,
merenung langit yang menangis,
sunyi mencari erti.
Akhirnya hujan berhenti,
aku mendaki Puncak Vista,
langit dijemput oleh pelangi,
mengira garis-garis pelangi,
kulambai senja di sisiran perdana,
dengan bisik sendiri.
Kun Jia Jie,
UUM, Sintok.
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.