Terengganu dan Siak bersaudara ia, Sama Melayu akan bangsanya, Kasih sultan kepada saudara, Dikirim seorang pandai songketnya. Wan Siti binti Wan Karim itu namanya. Sangat terampil tidak terkira. Belayar ke negeri terlalu eloknya. Siak Sri Inderapura mashyur namanya. Sultan bernama Sayid Ali, Terlalu suka menerima dia, Diminta ajar akan kerabatnya, Tenun nan indah dan halus pula. Satu abad pergi berlalu, Muncul permaisuri cerdik terlalu, Nama aslinya Tengku Maharatu, Sangat tahu apa dimahu. Mahulah baginda songket sendiri, Diadun benang sedemikian rupa, Hingga terlalu cantiknya ia, Songket Siak akan namanya. Maslina Ngadiman PPJ, Kota Tinggi Sumber: Sejarah Tenun Songket sampai ke Tanah Melayu Siak: Dibawa Orang dari Kerajaan Terengganu, Dikembangkan oleh Tengku Maharatu (https://www.potretnews.com/artikel/potret-riau/2016/11/19/sejarah-tenun-songket-sampai-ke-tanah-melayu-siak-dibawa-orang-dari-kerajaan-terengganu/) Sejarah Kerajinan Tenun Songket Siak Laman Balai Pelestarian Kebudayaan Wilayah IV Provinsi Kepulauan Riau dan Riau (https://kebudayaan.kemdikbud.go.id/bpnbkepri/sejarah-kerajinan-tenun-songket-siak/)
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.