Skip to content
Tetamu Pusara Cikgu Rahman
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Tetamu Pusara Cikgu Rahman
Tetamu Pusara Cikgu Rahman
Puisi

Tetamu Pusara Cikgu Rahman

  • Nur Firzanah
  • 5 Ogos 2026
  • DBP Wilayah Utara
  • 36
  • 4.7

Jumaat I

Bunga-bunga mawar bertaburan di pusara,
tanah merah masih basah disirami air.
Masih terasa hangatnya jejak seseorang
yang seolah-olah baru sahaja meninggalkan tempat ini.

Aku memandang ke kiri dan ke kanan,
mencari gerangan insan yang hadir sebelumku.
Siapakah dia?

Kosong.

Tiada satu pun petunjuk, mampu menjawab persoalan itu.
Hanya deruan angin yang menyapa lembut,
seakan menyembunyikan segala rahsia yang tersimpan.

Aku menghela nafas panjang lalu meneruskan tujuan utamaku.
Bacaan Yasin dan al-Fatihah aku sedekahkan,
buat penghuni pusara yang telah lama bersemadi.

Aku berbicara perlahan,
meluahkan segala yang terbuku di dada
kepada pusara tua yang setia membisu.

Hanya ada aku,
dan tanah yang menyimpan seribu cerita.

Jumaat II

Akhirnya tiba jua hari yang dinanti,
setelah sekian lama jejak dicari,
takdir mempertemukan kami
di sisi pusara sunyi.

Di hadapanku berdiri seorang jejaka,
wajahnya asing dimamah usia,
namun sorot matanya masih sama,
menyimpan kisah yang pernah ada.

Anak murid kepada penghuni pusara,
yang dahulu nakal mencabar bicara,
kini teguh melangkah dewasa,
menjadi insan penuh makna.

Aku mengukir senyuman  sederhana,
lalu salam kuhulurkan mesra,
angin berbisik di celah dedaunan tua,
menjadi saksi pertemuan yang tidak disangka.

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#baimbad (3) #cerpendbp (14) #cerpenkehidupan (8) #dbpselatan (17) #karyasastera (32) #kedah (4) #komsas (3) #penulis (9) #penulisbaharu (35) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (5) #puisijawi (7) #puisimoden (25) #sasteramelayu (11) #sasteramoden (4) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (16) abuyon (5) adie abd gani (6) anak (3) bahasa (3) cerpen (17) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (31) dbpsarawak (4) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (6) Esei (5) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (7) palestin (3) penulis sarawak (16) puisi (35) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (13) rindu (3) sajak (12) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (4) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Hanmanu
Cerpen

Hanmanu

  • 5 Jun 2024
  • 140
  • 4.6
Buya Hamka Gemilang Namamu
Puisi

Buya Hamka Gemilang Namamu

  • 20 Julai 2025
  • 117
  • 4.3
Aku Seorang Perindu
Puisi

Aku Seorang Perindu

  • 20 Disember 2024
  • 94
  • 4.8
Cahaya yang Hilang
Puisi

Cahaya yang Hilang

  • 5 November 2024
  • 52
  • 4

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP