Skip to content
Alamak Raya Lagi!: Pandangan dari Sudut Penerapan Nilai
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Bicara Bahasa dan Sastera > Bicara Bahasa > Alamak Raya Lagi!: Pandangan dari Sudut Penerapan Nilai
Alamak Raya Lagi!: Pandangan dari Sudut Penerapan Nilai
Bicara Bahasa

Alamak Raya Lagi!: Pandangan dari Sudut Penerapan Nilai

  • Muhammad Che Majid
  • 20 Jun 2024
  • DBP Wilayah Timur
  • 107
  • 4.8

Alhamdulillah, bulan Syawal berlalu pergi dan Zulhijah kini menjelang tiba. Pada bulan ini, umat Islam sinonimnya menyambut Hari Raya Aidiladha. Meninggalkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini, satu fenomena baharu raya telah menjadi sohor kini (trending) dan tular di salah satu platform media sosial, iaitu TikTok. Lagu raya berjudul “Alamak Raya Lagi!” telah menjadi fenomena dan buah mulut di dalam dan luar negara.

Pertama kali mendengarkan lagu ini, penulis berasa terpaku. Menarik (catchy), gedik, enak, lunak dan dengan mudahnya lagu ini melekat dalam fikiran serta menjadi halwa telinga masyarakat. Banyak pihak telah mengulas tentang lagu nyanyian Kumpulan De Fam ini, termasuklah agamawan dan mereka yang sealiran. 

Maksud nilai dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah darjat, kualiti, serta sifat ketinggian merangkumi pemikiran, agama, kemasyarakatan dan sebagainya, manakala murni pula bermaksud sangat bersih, suci dan tulen. Oleh itu, maksud nilai murni boleh ditakrifkan sebagai sifat ketinggian yang tulen ataupun nilai-nilai yang tidak mempunyai unsur-unsur asing yang boleh mencemarkan sikap seseorang.

Bagi penulis, apa yang ingin dikupas tentang lagu “Alamak Raya Lagi!” adalah dari segi penggunaan bahasa dalam penulisan lirik lagunya. Bahasa merupakan cerminan kepada masyarakat dan bangsa. Oleh hal yang demikian, kita perlu meneliti bahasa yang digunakan dalam lirik lagu ini. Penulis menekankan nilai dan pengajaran yang dapat dipetik dan dijadikan pedoman dalam kehidupan masyarakat. Hal ini kerana, kehidupan kita sentiasa dipagar oleh nilai yang menjadi benteng, norma dan peraturan hidup.

Pada baris awal lirik lagu, penulis teruja melihat penggunaan wacana yang menarik, iaitu:

Sebulan sebelum raya

Baru tahu esok puasa

Pencipta lirik pandai menggunakan perkataan dengan tidak menjuruskan bahawa pada hari itu hari melihat anak bulan dan pengumuman puasa. Cantik! Namun, apabila masuk pada baris ketiga perenggan, rasa keliru berlaku, iaitu:

Terlupa niat Google cepat

Hal ini menjelaskan bahawa Google itu boleh menggantikan ibu bapa, penjaga, ustaz, ustazah, adik-beradik, lebai, ulama, kadi, mufti dan seumpamanya yang wajib kita rujuk. Adakah ini petanda awal bahawa kita bakal melupakan para ulama dengan kehadiran Google yang menjadi tempat rujukan generasi baharu? 

Nilai kecuaian dan berlengah juga diselitkan dalam lirik lagu, iaitu:

Masa berlalu begitu cepat

Sedar-sedar malam 24

Aktiviti apakah yang mereka laksanakan selama 23 hari sehingga mereka alpa hari raya kian hampir? Kita tahu bahawa sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara kelam-kabut akan mendatangkan hasil yang kurang memuaskan. Dan ini hasilnya:

Nak beli tiket dah tak sempat

Nak sewa kereta dah terlambat

NilaI sebeginikah yang kita mahu hidangkan kepada generasi muda? Selain itu, tiga perkara atau aktiviti yang menunjukkan kepakaran wanita telah diberi nilai negatif. Pembuatan kuih raya, anyaman ketupat dan memasak rendang. Jika diteliti liriknya, kaum wanita menjadi cuai, lalai dan bukan lagi pakar memasak atas kesilapan mereka sendiri. Tidak mustahil jika suatu hari nanti keenakan air tangan ibu bertukar menjadi juadah dan air tangan bapa, malah menjadi juadah utama keluarga di hari raya. 

Maksud nilai hemah tinggi ialah beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Nilai tersebut mengajarkan kepada kita untuk sentiasa bersopan santun dalam bertutur mahupun perbuatan. Mari kita teliti lirik seterusnya:

Samping abah dah kena sorok

Gambaran ini menceritakan bahawa pada malam hari raya, perbuatan tersebut menjadi kebiasaan buat kita semua. Amat tidak elok nilai yang ingin disampaikan. Seharusnya, setiap ahli keluarga saling menolong dan memainkan peranan masing-masing untuk meringankan beban kerja pada malam tersebut. Kita boleh lihat bahawa terdapat pembahagian kerja yang tidak berjaya diuruskan, iaitu:

Nak masak rendang tok

Mama pula sibuk baju belum gosok oh oh

Kuih terbakar tak ada orang tengok

Pada hemat penulis, situasi ini menunjukkan kegagalan dan tidak ada sikap kerjasama antara ahli keluarga. Parah jadinya!

Nilai buruk terakhir yang dapat dilihat ialah maki hamun. Menurut kamus, perkataan maki bermaksud kata yang kasar dan keji. Pada baris akhir, perkataan ‘ba’ walaupun tidak terlalu jelas ditulis dan disebut, membawa maksud binatang yang berkaki pendek dan diharamkan bagi orang Islam. Niat sekadar ingin bergurau namun salah pada tempat dan masanya. Adakah pada hari kemenangan umat Islam, kita letakkan makian itu sebagai buah mulut masyarakat?  

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #dbpselatan (12) #karyasastera (14) #komsas (2) #penulis (4) #penulisbaharu (14) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (13) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

جيوا
Puisi Moden

جيوا

  • 20 April 2024
  • 4
Ikhlas Untuk Lia
Cerpen

Ikhlas Untuk Lia

  • 20 Julai 2024
  • 346
  • 4.7
Di Persimpangan Takdir, Aku Menggenap Rindu
Cerpen

Di Persimpangan Takdir, Aku Menggenap Rindu

  • 5 September 2024
  • 801
  • 4.7
هودهود دان ورقه دري مسجد نوري اا
Puisi Moden

هودهود دان ورقه دري مسجد نوري اا

  • 5 Mac 2024
  • 4.8

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP