Skip to content
Kesepaduan Sosial dalam Penyatuan Budaya Masyarakat di Malaysia
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Sejarah dan Budaya > Kesepaduan Sosial dalam Penyatuan Budaya Masyarakat di Malaysia
Kesepaduan Sosial dalam Penyatuan Budaya Masyarakat di Malaysia
Sejarah dan Budaya

Kesepaduan Sosial dalam Penyatuan Budaya Masyarakat di Malaysia

  • SITI AISYAH MAT SAAD
  • 5 Disember 2025
  • DBP Cawangan Sabah
  • 333

Oleh: Siti Aisyah Mat Saad dan Dr. Musirin Mosin

Pengenalan

Perpaduan merupakan idaman kerajaan dan segenap masyarakat Malaysia untuk dicapai dan dinikmati. Kesepaduan sosial merupakan salah satu daripada konsep perpaduan yang ingin dinikmati oleh kerajaan dan masyarakat Malaysia. Kesepaduan sosial membawa kemakmuran dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Demi melahirkan kesepaduan sosial, pelbagai usaha digembleng antaranya kefahaman terhadap budaya dan kemakmuran budaya masyarakat dalam Malaysia.

Kesepaduan sosial merupakan gambaran kepada situasi atau keadaan yang aman dan makmur yang memenuhi lima ciri utama, iaitu taraf kebendaan yang berkualiti, akses kemudahan yang menjamin kualiti hidup, aturan sosial yang aman dan stabil, interaktif aktif dan usaha positif yang melibatkan semua pihak (Shamsul Amri Baharuddin, 2014). Kesepaduan sosial memerlukan usaha kuat dan tolak ansur daripada semua pihak bagi mencapainya.

Masyarakat di Malaysia dikatakan telah mencapai tahap kesepaduan sosial, iaitu tahap perpaduan yang sederhana dan belum mencapai tahap perpaduan yang diingini (Shamsul Amri Baharuddin, 2014). Ini adalah kerana menurut Shamsul Amri Baharuddin (2014), perpaduan merupakan tahap yang tertinggi sebelum kesepaduan sosial dan penyatupaduan. Kesepaduan sosial memerlukan suasana dan usaha yang menggalakkan kesepaduan sosial antaranya tolak ansur, perundingan, toleransi, semangat akomodasi, keharmonian, ikatan sosial (Shamsul Amri Baharuddin, 2014).

Pelbagai usaha dalam mencapai kesepaduan sosial di Malaysia antaranya Pekeliling Pengurusan Perpaduan Negara Bilangan 1 dan 2 pada tahun 2011 dengan tertubuhnya sistem e-sepakat bagi mengesan isu perpaduan dalam kalangan masyarakat. Demikian juga program My Rukun Negara yang ditubuhkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan perpaduan dan kesepaduan sosial dapat dicapai daripada segenap pelosok negeri.

Masyarakat Malaysia dilihat telah menjalinkan hubungan kerjasama dalam konteks ikatan sosial, namun belum mencapai perpaduan yang sesungguhnya (Shamsul Amri Baharuddin, 2014). Masyarakat Malaysia berkongsi unsur budaya kaum masing-masing, menikmati ekonomi dan kualiti hidup yang sama sejak dulu.

Konsep Kesepaduan Sosial

Kesepaduan berasal daripada perkataan perpaduan, iaitu “padu” yang membawa maksud padat dan pejal. Dalam konteks kesepaduan sosial, kesepaduan membawa maksud sikap bersatu padu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum yang hidup dalam sebuah negara dalam keadaan harmoni dan aman. Umum mengetahui bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, demikian kesepaduan sosial amatlah penting untuk diterapkan dalam kalangan masyarakat demi memastikan keamanan dan keharmonian negara.

Menyentuh tentang konsep kesepaduan sosial, terdapat tiga konsep keramat tentang kesepaduan sosial yang telah dibincangkan sebelum ini oleh Shamsul Amri Baharuddin (2014), antaranya kesepaduan sosial menyentuh tentang perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Konsep perpaduan menurut Shamsul Amri Baharuddin (2014) belum wujud di Malaysia berdasarkan konsep perpaduan menurut beliau, iaitu kesamaan dan kesatuan yang mensyaratkan dalam sesebuah negara hanya satu bangsa, satu agama dan satu bahasa. Oleh demikian, menurut beliau konsep perpaduan hanyalah imaginasi kerajaan dan masyarakat yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Manakala kesepaduan menurut beliau telah dinikmati oleh sebilangan masyakat majmuk di dunia dan merupakan fenomena sosial yang digembleng bagi mendapatkan perpaduan dan kemudiannya menggalakkan masyarakat agar berusaha dalam mencapai perpaduan dalam pelbagai bentuk program. Usaha-usaha terhadap perpaduan ini kemudiannya telah membawa keamanan dan keharmonian dan kestabilan dalam masyakat. Namun kesepaduan sosial menurut beliau belum mencapai tahap perpaduan yang diinginkan.

Walau bagaimanapun, konsep kesepaduan sosial menurut Judith Maxwell (1996) merupakan proses yang melahirkan perasaan kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat. Perasaan kekitaan dan kebersamaan ini membawa maksud penyatuan dalam masyarakat melalui pelbagai aspek termasuklah dalam mempertahankan negara, ekonomi dan politik. Dalam konteks rakyat Malaysia, kesepaduan sosial itu wujud dalam kalangan masyarakat yang mempunyai pelbagai agama, budaya dan kaum. Kesepaduan sosial juga menyentuh tentang tolak ansur masyarakat dalam hidup bersama-sama di dalam sesebuah organisasi atau negara (Jane Jenson, 1998). Tolak ansur dan hidup bersama ini merangkumi semua aspek politik, sosial dan juga ekonomi.

Walaupun terdapat pertentangan pendapat tentang konsep kesepaduan sosial, penulis berpendapat bahawa kesepaduan sosial lahir daripada sikap tolak ansur dan memerlukan usaha demi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Konsep penting yang harus ada dalam kesepaduan sosial hubungan yang terikat, perasaan kebersamaan, memahami budaya antara masyarakat dan interaksi. Kesemua elemen ini sangat penting dalam mewujudkan kesepaduan sosial dalam organisasi masyarakat.

 Kesepaduan Sosial di Malaysia

Era perkembangan kesepaduan sosial di Malaysia telah pun dihuraikan oleh Shamsul Amri Baharuddin (2014) melalui Era Konflik (1945-1960), Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970) dan Era Kesepaduan Sosial (1971-2011). Namun apa yang terpenting sekali adalah peristiwa-peristiwa yang membawa kepada frasa-frasa ini dan menyebabkan usaha-usaha yang dibuat demi mencapai kesepaduan sosial, antaranya adalah peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa 13 Mei bermula apabila berlakunya rusuhan antara kaum Cina dan Melayu yang membawa peristiwa berdarah kepada negara pada ketika itu. Peristiwa tersebut berlaku ketika kempen pilihan raya pada tahun 1969, parti perikatan telah gagal memperoleh dua pertiga kerusi di parlimen dan telah dipersoalkan oleh pihak pembangkang. Pihak pembangkang telah mempersoalkan hak-hak Melayu dan bahasa Melayu (Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. 2011: Chew Hock Thye, 1975). Oleh sebab itu, berlakunya perpecahan dan pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina akibat ketidakpuasan hati. Berlakulah peristiwa berdarah yang menyebabkan kerugian, gangguan keamanan dan pembunuhan secara besar-besaran. Pelbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan pada ketika itu bagi memulihkan keamanan antaranya Dasar Ekonomi Baru (Kassim Thukiman dan Zaliza Mohd. Nasir 2008), laporan-laporan pendidikan dan akta Bahasa kebangsaan.

Kesepaduan Sosial dalam Penyatuan Budaya Masyarakat

Usaha-usaha kesepaduan sosial boleh dilihat melalui penyatuan budaya. Dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum, kepelbagaian budaya tersebut boleh digubah menjadi satu kepelbagaian yang indah dengan mempelbagaikan dan menerima kesemua budaya masyarakat dan diterima pakai secara berkesan dalam budaya masyarakat. Misalnya budaya yang memberikan impak yang baik kepada negara dan pelancongan di Malaysia.

Penyatuan budaya dalam kepelbagaian budaya masyarakat juga boleh digubal dalam mewujudkan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat melalui tolak ansur dan penerimaan terhadap satu budaya yang disepakati oleh semua masyarakat di Malaysia. Misalnya pada waktu kini, pelbagai budaya berupa perayaan telah mula diterima oleh segenap masyarakat misalnya Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Kesepaduan sosial dalam penyatuan budaya juga boleh dicapai melalui sistem pendidikan negara. Jika sebelum ini sistem pendidikan dilihat kurang mengetengahkan kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan, maka ini ialah satu permulaan yang baik untuk memasukkan unsur kepelbagaian budaya penyatuan budaya dalam pembelajaran dan sistem pendidikan di Malaysia amnya. Ini telah pun diguna pakai oleh Amerika dan Kanada sejak berkurun yang lama bagi mencapai kesepaduan sosial. “Teori multicultural education”  yang diasaskan oleh James A. Bank (2002) ialah salah satu daripada kaedah dalam menyampaikan budaya dalam pembelajaran.

Kesepaduan sosial juga dapat digalakkan melalui penyatuan budaya melalui penggunaan bahasa yang sama. Penggunaan bahasa kebangsaan dan saling tolak ansur dalam mempelajari pelbagai bahasa, dapat memupuk kesepaduan antara masyarakat. Ini berlaku melalui interaksi berkesan antara masyarakat yang harus dipupuk agar kesepaduan sosial dan seterusnya perpaduan dapat dicapai dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Kesimpulan

Kesepaduan sosial di Malaysia merupakan perkara serius yang harus diambil perhatian oleh kerajaan dan segenap masyarakat. Kesepaduan sosial harus dicapai demi membolehkan negara mencapai keamanan dan kemakmuran bukan sahaja pada masa kini, tetapi juga pada masa akan datang. Kesepaduan sosial dan perpaduan negara tidak akan dapat diwarisi tetapi harus diusahakan oleh generasi ke generasi demi memastikan kelangsungan keamanan dan kemakmuran.

Pelbagai usaha telah dilakukan demi memastikan kesepaduan sosial bermula dari aspek ekonomi, sosial dan juga politik. Hal ini termasuklah pendidikan untuk generasi akan datang dan kesepaduan sosial dalam penyatuan budaya masyarakat Malaysia. Kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia harus digunakan sebaik yang mungkin dalam memupuk kebersamaan dan keharmonian masyarakat Malaysia.

 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (12) #cerpenkehidupan (6) #dbpselatan (17) #karyasastera (27) #kedah (3) #komsas (3) #penulis (8) #penulisbaharu (30) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (4) #puisijawi (7) #puisimoden (23) #sasteramelayu (9) #sasteramoden (3) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (12) abuyon (4) adie abd gani (4) anak (3) bengkel (2) cerpen (13) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (27) dbpsarawak (3) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (5) Esei (4) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (6) palestin (3) penulis sarawak (13) puisi (33) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (12) Puisi Tradisional (3) rindu (3) sajak (11) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (3) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

كاسيهمو ايبو
Puisi Moden

كاسيهمو ايبو

  • 21 Oktober 2024
  • 38
  • 3
Unsur Mistik dalam “Seri”: Eksplorasi Sensasi, Persepsi dan Emosi
Bicara Sastera

Unsur Mistik dalam “Seri”: Eksplorasi Sensasi, Persepsi dan Emosi

  • 24 Mac 2025
  • 137
  • 5
توبوه اين امانه
Puisi Moden

توبوه اين امانه

  • 5 Julai 2026
Sejarah Itu Warisan Bangsa
Puisi

Sejarah Itu Warisan Bangsa

  • 4 September 2023
  • 286
  • 4.6

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP