Skip to content
Melur Wajar Menjadi Ikon Bunga Negeri Kelantan
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Sejarah dan Budaya > Melur Wajar Menjadi Ikon Bunga Negeri Kelantan
Melur Wajar Menjadi Ikon Bunga Negeri Kelantan
Sejarah dan Budaya

Melur Wajar Menjadi Ikon Bunga Negeri Kelantan

  • Ramzan A.Firdausi
  • 17 Januari 2024
  • DBP Wilayah Timur
  • 432
  • 4

Ruangan ini pernah menyiarkan artikel menarik bertajuk “Hikayat Seri Kelantan: Naskhah Sastera Sejarah Kelantan,” ditulis oleh Pendeta Alam pada 20 Oktober 2023. Tulisan beliau mengingatkan penulis pada satu saranan khusus berkaitan hikayat ini yang pernah dikemukakan oleh Sasterawan Negeri Kelantan, Rosli K. Matari sejak empat tahun lalu.

Rosli K. Matari pada ketika itu mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan mengambil langkah menjadikan Hikayat Seri Kelantan (HSK) sebagai Ikon Sastera Melayu Tradisional Kelantan. Beliau turut mencadangkan supaya bunga melur dijadikan sebagai Ikon Bunga bagi negeri ini. 

“Sudah tibalah masanya untuk kerajaan negeri mengambil langkah dengan memasyhurkan atau mengisytiharkan karya historiografi Melayu Kelantan, iaitu HSK sebagai Ikon Sastera Melayu Tradisional bagi negeri ini,” ujar beliau dalam Majlis Penyampaian Anugerah Sastera Negeri Kelantan 2019/2020 yang  berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim pada 24 Disember 2020 yang lalu.

HSK merupakan salah satu karya yang bernilai dan amat penting kerana ianya terdiri dari kelompok genre sastera sejarah dalam warisan khazanah persuratan Kelantan dan kesusasteraan Melayu tradisional di Nusantara.

HSK ialah karya yang paling sesuai dan menepati ciri-ciri jika karya ini dijadikan ikon seperti yang disarankan oleh Sasterawan Negeri Kelantan. Hal ini kerana HSK merupakan warisan historiografi yang menumpukan kepada sejarah, hal-hal diraja, peristiwa perang pada masa lampau, sosiobudaya dan sebagainya yang berkaitan dengan negeri Kelantan.

Tambahan pula, beberapa orang sarjana dan pengkaji telah melakukan kajian tesis pada peringkat universiti berkaitan dengan HSK meliputi pelbagai aspek termasuklah kepentingan dan signifikan yang disumbangkan oleh hikayat tersebut. Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Mohd Taib Osman pada tahun 1961 bagi keperluan tesis sarjana beliau, dan kemudiannya telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2004 dalam Siri Warisan Sastera Klasik.

Memang tidak dinafikan bahawa sebilangan besar rakyat Kelantan kurang sedar tentang kewujudan HSK, apatah lagi membacanya. Maka, inisiatif dan langkah memasyhurkan HSK ini amat penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, khususnya oghe Kelate dalam menghargai karya tersebut. Isi kandungannya boleh dijadikan sebagai iktibar dalam hidup, meskipun pada era moden.

Di samping itu, Rosli K. Matari juga menyarankan supaya bunga melur dimasyhurkan sebagai Ikon Bunga Tradisional Kelantan. Hal ini kerana, pada zaman dahulu, bunga melur merupakan pelengkap keperluan diri dalam berpakaian dan bau wanginya digemari oleh wanita Kelantan. Bunga melur dipakai oleh semua golongan, tidak mengira usia dan tempat, bermula dengan wanita peraih atau penjaja ikan sehinggalah ke dayang istana, bahkan Raja Perempuan turut memakainya. Bunga ini juga dikatakan sinonim dengan budaya hidup masyarakat Peranakan Siam dan Cina Kelantan, selain bunga teratai. Jadi, tidak hairanlah jika bunga melur dianggap sebahagian daripada budaya di negeri Kelantan.

Sebagai rumusannya, langkah memasyhurkan Hikayat Seri Kelantan dan juga bunga melur sebagai ikonik negeri adalah amat wajar demi mengekalkan warisan kebudayaan kerana kedua-dua unsur tersebut merupakan lambang keharmonian sesebuah masyarakat di negeri Kelantan.

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #dbpselatan (12) #karyasastera (14) #komsas (2) #penulis (4) #penulisbaharu (14) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (13) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Ayah, Nak Naik Lagi
Cerpen

Ayah, Nak Naik Lagi

  • 14 Jun 2023
  • 296
  • 4.5
کلوڤق کمرديکاءن
Puisi Moden

کلوڤق کمرديکاءن

  • 5 Ogos 2024
Cahaya yang Hilang
Puisi

Cahaya yang Hilang

  • 5 November 2024
  • 37
  • 3.7
Bahasa dan Pemikiran dalam Peribahasa Melayu Sarawak
Bicara Bahasa

Bahasa dan Pemikiran dalam Peribahasa Melayu Sarawak

  • 21 Januari 2024
  • 453
  • 3

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP