Skip to content
Perjalanan Penulisan Melalui Pengalaman Yang Berharga
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Tokoh > Perjalanan Penulisan Melalui Pengalaman Yang Berharga
Perjalanan Penulisan Melalui Pengalaman Yang Berharga
Tokoh

Perjalanan Penulisan Melalui Pengalaman Yang Berharga

  • Ismail Hashim
  • 5 Mac 2025
  • DBP Wilayah Tengah
  • 40
  • 4.3

Penulis rasa terpanggil untuk menulis di ruangan ini kerana mahu berkongsi pengalaman ketika mula-mula berkecimpung dalam dunia penulisan. Mungkin pengalaman ini tidak sehebat penulis yang lain, namun boleh dijadikan pedoman untuk golongan penulis baharu yang ingin berkecimpung secara serius dalam dunia penulisan kreatif.

Keinginan untuk menulis dan berkarya bermula ketika penulis belajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima, di Sekolah Menengah Jasin. Pada ketika itu, minat penulis terarah pada penulisan puisi.

Kemudian, penulis melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Francis Xavier, namun tidak lama selepas itu penulis mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Ketika menuntut di Politeknik Ungku Omar, minat  dalam dunia penulisan tidak pudar kerana pada ketika itu penulis berjaya menghasilkan beberapa buah puisi dan mencuba nasib menghantar karya tersebut ke stesen radio RTM dalam rancangan “Bunga Bangsa”.

Bertitik tolak daripada itu, minat menulis dalam genre puisi semakin berkembang dan penulis sekali lagi memberanikan diri menghantar karya puisi dan cerpen ke radio Melaka FM dalam rancangan “Di Pinggir Selat Melaka”.

Walaupun penulis menerima bayaran sagu hati yang jumlahnya tidak seberapa ketika itu tetapi apabila tersiarnya karya yang penulis hasilkan, kejayaan itu telah menyuntik semangat penulis untuk terus  berkarya dan menghasilkan karya yang berkualiti dan memberikan kesan kepada masyarakat.

Semasa penulis memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya (JKR) Port Dickson, minat dalam dunia penulisan semakin berkembang. Penulis terus giat menghasilkan karya dalam genre puisi dan cerpen, dan pada masa yang sama penulis sempat menimba ilmu penulisan berita daripada Encik Mansor Ahmad menerusi penulisan berita melalui gaya pos.

Tidak terhenti di situ, penulis meneruskan langkah demi langkah dengan berjinak-jinak pula menghantar karya ke beberapa majalah seperti MASTIKA terbitan Kumpulan Utusan Melayu Sdn. Bhd. dan juga rencana kanak-kanak yang tersiar dalam akhbar Utusan Pelajar.

Pada ketika itu, akhbar dan majalah sedang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan menjadi medium utama masyarakat mendapatkan berita dan maklumat. Kebanyakan majalah dan akhbar juga menyediakan ruang penulisan kreatif bagi memberikan peluang kepada penulis tempatan berkarya dan menghantar karya mereka untuk disiarkan. Antara majalah yang menyediakan ruang penulisan kreatif seperti puisi pada ketika itu termasuklah majalah Jelita, Wanita, Harmoni dan Perempuan.

Selain itu, penulis juga turut menulis dalam majalah kanak-kanak seperti majalah Kuntum dan majalah Dewan Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis menggiatkan dan melebarkan sayap penulisan dengan memberanikan diri menghantar karya puisi dan cerpen ke akhbar Berita Minggu dan Mingguan Malaysia. Hasil kerja keras penulis yang diiringi rasa tanpa putus asa, beberapa  cerpen dan puisi hasil karya penulis berjaya disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Perjalanan dunia penulisan penulis melalui fasa demi fasa dalam menghasilkan pelbagai karya. Dalam dunia penulisan, penulis berjaya menerbitkan beberapa kumpulan cerpen dan puisi antaranya termasuklah Kumpulan Puisi: Menuai di Waktu Senja, Kumpulan Cerpen: Tapai Pulut Nenek, Kumpulan Puisi: Cuaca yang Tersihir, Kumpulan Cerpen Kanak-kanak: Kapal Terbang Kertas.

Kumpulan cerpen telah berjaya memenangi Anugerah Sastera Negeri Sembilan (Cerpen) dan novel penulis yang terbaharu ialah Naning-Naning yang Berterbangan.

Dalam usaha menempatkan diri dalam dunia penulisan, penulis juga mencuba nasib menyertai beberapa sayembara cerpen dan puisi. Menang atau kalah bukanlah menjadi pertaruhan penulis kerana sudah menjadi adat dalam pertandingan.

Begitulah ceritera dunia penulisan yang penulis lalui melalui pengalaman yang berharga. Kini, penulis berjinak-jinak pula dengan penulisan drama radio melalui Rancangan Purbawara RTM dan Rancangan Nurhikmah melalui Radio Institut Kefahaman Malaysia (IKIM).

Sepanjang berkecimpung dalam dunia penulisan, penulis telah menerima beberapa anugerah, antaranya termasuklah Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan pada tahun 2019 dalam kategori Kumpulan Cerpen  Kapal Terbang Kertas dan Tokoh Apresiasi Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPMM) 2023.

 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #dbpselatan (12) #karyasastera (14) #komsas (2) #penulis (4) #penulisbaharu (14) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (13) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (4) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Syair Dialog Puncak
Puisi

Syair Dialog Puncak

  • 5 Disember 2023
  • 112
  • 5
معمور ڤرتيويكو
Puisi Moden

معمور ڤرتيويكو

  • 20 Julai 2024
  • 36
  • 4.8
ڤويسيکو
Puisi Moden

ڤويسيکو

  • 5 Oktober 2023
  • 21
  • 5
KERANA DOMPET ITU
Cerpen

KERANA DOMPET ITU

  • 20 September 2024
  • 179
  • 1.8

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP