Kabus kelabu merayap di kaki gunung
memeluk Kundasang yang kedinginan
pohon-pohon bergeming di bawah beban kabut
seolah-olah alam berkisah
pada kelabunya yang gemilang.
Gunung Kinabalu tertutup rahsia
dalam kabut tebal mengundang misteri
di puncak-puncaknya
suasana dingin merambah hingga ke hati
Kundasang bagai panggung puisi kabut yang merayap.
Desa-desa kecil tenggelam dalam hening malam
lentera-lentera bercahaya menyinar
denai-denai tanpa rerumput melambai
kabus kelabu penari di bawah sinar rembulan
mengukir kesunyian menciptakan kisah di Kundasang.
Dalam kelabunya yang lembut
alam berbisik cerita mistik dan pesona tersembunyi
Kundasang dipeluk kelabu yang hangat
merupakan puisi alam yang terukir abadi.
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.