Skip to content
Ada Sesuatu tentang Gaza
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Ada Sesuatu tentang Gaza
Ada Sesuatu tentang Gaza
Puisi

Ada Sesuatu tentang Gaza

  • Wan Mohd Sharafi bin Wan Mustaffa
  • 5 Februari 2026
  • DBP Wilayah Timur
  • 94
  • 3.3

“Dan Allah tetap menguasai urusan-Nya,
Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”

 

Ada sesuatu tentang Gaza

tak mampu difahami oleh logik dunia

lebur berkecai

namun daripada serpihan duka

tumbuh kembali membekas kehidupan dunia.

 

Dari bawah runtuhan masjid dan universiti

dari sisa rumah-rumah kecil yang sepi

dari lidah anak-anak yang menghafal ayat-ayat Allah

belum kering darah ibu dan ayah.

 

Bumi kecil itu menanggung beban seluruh alam

senjata paling moden mengepung siang dan malam

keangkuhan kuasa besar membakar

justeru dikhianati sahabat seagama  masih membisu dan liar.

 

Gaza tetap bernyawa

Gaza tetap bermaya

Gaza tetap bernama

di sana subur dengan kesabaran

nadi yang mengalir ada detik getir dan getar

dalam tubuh manusia batin dan zahir, sedar.

 

Salam sejahtera ke atas para syuhada

para ibu yang menemani anak-anak

para doktor yang bekerja tanpa lelap di hospital yang gelap

menyelamatkan nyawa di tengah gerbang maut yang Maha dahsyat

telah pergi dengan senyuman yang bahagia, penuh syafaat.

 

Salam selingkung fajar baru buat para guru di bawah khemah yang buntu

menulis di papan lusuh dengan kapur yang patah,

kapur  barus yang basah

menyalakan ilmu berperang dengan peperangan

mengajar harapan di tengah kepungan yang garang.

 

Dan salam buat mujahid yang mempertahankan tanah jihad

meski dunia menudingnya pengganas

hanya kerana mempertahankan setiap bucu maruah haknya tak akan biar dirampas.

 

Nun, fajar baru melingkung di wajah Abu Ubaidah

menjadi saksi ketabahan mampu menewaskan bahasa besi

bahawa ilmu yang teguh tak akan kalah dan bertangguh lagi.

 

Kita dari jauh bersama jejak Yahya Sinwar

melalui doa yang khusuk

melalui derma yang ikhlas

melalui solidariti yang membekas.

 

Ya, ada sesuatu tentang Gaza

di sebalik Gaza, ya, ada janji Allah yang tak tersasar arah.

 

Green River View Hotel, Kota Bharu

10 Jamadilawal 1447 Hijrah/1 November 2025

Mursyid Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia .

 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (12) #cerpenkehidupan (6) #dbpselatan (17) #karyasastera (27) #kedah (3) #komsas (3) #penulis (8) #penulisbaharu (30) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (4) #puisijawi (7) #puisimoden (23) #sasteramelayu (9) #sasteramoden (3) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (12) abuyon (4) adie abd gani (4) anak (3) bengkel (2) cerpen (13) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (27) dbpsarawak (3) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (5) Esei (4) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (6) palestin (3) penulis sarawak (13) puisi (33) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (12) Puisi Tradisional (3) rindu (3) sajak (11) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (3) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

ميمڤي سأورڠ ڤمبورو
Puisi Moden

ميمڤي سأورڠ ڤمبورو

  • 6 Februari 2024
  • 3.6
Utuskan Ketenangan
Puisi

Utuskan Ketenangan

  • 20 Oktober 2025
  • 84
  • 1
Mencecap Lelah
Puisi

Mencecap Lelah

  • 26 Jun 2026
Langit yang Menjauh
Cerpen

Langit yang Menjauh

  • 20 Mei 2024
  • 423
  • 4.8

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP