Skip to content
AKI
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Cerpen > AKI
AKI
Cerpen

AKI

  • SYLVIALYNA VANEESA ANAK CLIF
  • 5 Mac 2025
  • DBP Cawangan Sarawak
  • 72
  • 3.8

Masih terasa dalam hati,

saat kau pegang tangan ini,

lembut jarimu mengusap pipi,

ku menangis tanpa henti.

AKU menyanyi sambil  mengingat kembali memori terindah bersama datukku yang kugelar Aki. Aki seorang datuk yang sangat penyayang. Kasih sayangnya terhadap semua anak dan cucunya tak pernah terbahagi.

“Cucu Bibi, mari sini. Cucu nak beli apa? Mari Aki belikan.”

Meskipun di dalam dompetnya hanya berbaki RM26 ringgit dia sanggup belikan makanan ringan  kesukaan adikku. Demi kegembiraan cucunya, dia tidak berkira dalam apa-apa sahaja perkara.

Setiap kali Aki hendak  ke pekan, dia sentiasa kelihatan kemas walau hanya mengenakan kemeja-T  berkolar, seluar jean pendek paras lutut dan topi putih.Aki seorang yang murah senyuman. Dia sentiasa memberikan senyuman kepada semua orang sekelilingnya. Pernah sekali kubertanya Aki, mengapa dia memberikan senyuman meskipun kepada orang yang tidak dikenali.  Aki hanya menjawab “senyuman itu pun satu sedekah”. Sambil dia tersenyum.

Sewaktu perayaan,  dia yang paling teruja. Baginya perayaan mampu membuat keluarganya berkumpul semua. Selesai perayaan, dialah  pandai menyembunyikan kesedihan. Pada hari anak-anak dan cucunya akan berangkat  pulang ke bandar, dia akan pergi ke kebun untuk menghilangkan rasa sedihnya. Kami tidak pernah pulang dengan tangan kosong, ada saja makanan dan hasil-hasil hutan yang kami akan bawa pulang.

“Andai Aki sudah tiada nanti, mungkin kalian tidak akan menemui makanan dari hutan secara percuma lagi. Mungkin kalian juga tidak dapat merasa hasil kebun kita lagi”. Ucap Aki pada suatu kali.

Mendengarnya, kami sekeluarga terdiam. Aki mengalihkan percakapannya itu dengan gurauan yang membuat kami semua tertawa. Pada hari itu jugalah dia mengajak kami keluar makan di Pekan Engkelili.

Disember 2018 merupakan tarikh yang diingati penduduk Rumah Panjang Pentik. Tanah penduduk rumah panjang telah dibeli untuk dijadikan Lebuhraya Pan Borneo dan hari itu ialah hari terakhir kami di kampung, sebelum  berpindah ke rumah baharu di tanah masing-masing. Sebelum meninggalkan rumah panjang, Aki berkata “rumah ini rumah hasil titik peluh kami semua. Namun mungkin bukan takdirku untuk mati di sini.” 

Rumah kami dibina berdekatan dengan  kebun dan ladang getah Aki. Juga  berdekatan dengan rumah nenek moyang kami, ibu kepada Aki. Setiap kali pulang ke kampung, kami sekeluarga sering kali berkunjung ke sana.

“Rajin-rajinlah mengunjungi saudara kita, jangan sombong dengan orang tua, sikap yang baik  dapat menunjukkan cerminan diri kita” ajar Aki.

Setiap kali musim durian, aku, abang dan adik  sering membantu Aki mengambil buah durian di dusun. Pernah sekali, ketika sedang mengangkat buah durian ke bakul, aku tiba-tiba terjatuh. Abang yang melihatku ketawa terbahak-bahak. Adik yang membontoti Aki juga turut sama ketawa melihatku. Aki hanya tersenyum lalu menghulurkan tangan untuk membantu.

“Aki is better than both of u, orang sepatutnya tolong selamatkan bukan ketawa,” kataku dengan perasaan marah. Aku bangun lalu pulang ke rumah.

Aki memujukku dengan  berkata “ Umang Ina, jangan kuat sangat merajuk dan marah dengan adik beradik. Tak baik tau. Mereka tetap adik beradik meskipun kadangkala menyakitkan hati. Merekalah harta berharga kita selain daripada ibu bapa.” 

Terlalu banyak ajaran Aki. 

Aku ini sedikit malas orangnya, kadangkala apabila dipanggil oleh ibu untuk melakukan kerja-kerja dapur, aku mengeluh dengan nada kasar. Aki sering berpesan padaku bahawa seorang anak gadis memang sepatutnya membantu ibunya di dapur. Sejak itu, meskipun aku sering mengeluh tetapi aku tetap membantu orang lain. Mulutku memang  kuat membebel dan melawan namun aku tetap mengerjakan sesuatu perkara.

Kami sekeluarga  hendak pulang ke rumah kami di Kuching,  setiap kali pulang ke rumah kami di Kuching, kami sentiasa singgah dahulu di kampung. Jadi ketika ini kami singgah di kampung.  Aki dan Inek gembira dengan kehadiran kami meskipun kami hanya singgah sebentar sahaja. Sewaktu di ruai, kami sekeluarga bercerita, aku ke dapur utuk membancuh air kopi. Ketika aku siap membancuh kopi aku juga turut duduk di ruai. Aku duduk di sebelah Aki. Aku excited ketika Aki bercadang hendak belajar memandu. 

Aki seseorang yang bertekad. Aki seorang yang sangat teguh pendirian, sangat kuat dan kental, dan tidak patah semangat. Pada umur yang sudah lanjut, Aki telah menyuarakan hasratnya untuk belajar memandu. Kata Aki, dia bercadang untuk memiliki kereta sendiri supaya tidak menyusahkan orang lain. Meskipun terdapat segelintir penduduk kampung mempersendakan hasratnya, Aki tetap teruskan sehinggalah dia lulus ujian memandu dan akhirnya membeli sebuah kereta. Bahkan, walaupun belum genap setahun Aki memandu, Aki telah berjaya memandu selama 3-6 jam dari Kuching ke Sarikei dan dari Julau ke Kuching. Sifatnya yang sentiasa ingin mencuba, membuatkan dirinya sentiasa berjaya mencapai apa-apa yang dia inginkan.

Kalau soal makan, Aki lah yang paling cermat mengambil makanan. Dengan sedikit lauk sahaja pun dia dapat menghabiskan nasinya. Setiap kali aku memasak, dia akan menjenguk di ke dapur dan mencuba masakanku.

“Ketika usiaku semakin meningkat dan sifatku sudah berubah, jika aku sakit dan tidak dapat melakukan sesuatu, aku berharap semua cucuku tidak sombong denganku dan tidak mengeluh menjagaku,” ujar Aki di depan semua cucu pada suatu kali.

Aku berasa sebak mengenang kata-kata Aki. 

Kasih sayang Aki memang tak pernah  berbelah bahagi. Aki melayan semua menantunya dengan baik tanpa mengira status. Aki juga memperlakukan cucu-cucunya dengan adil.  Pernah sekali, adikku dan sepupuku bergaduh, mereka berdua berebut hendak duduk di pangkuan Aki. Aki menyelesaikan perbalahan itu dengan membiarkan kedua-duanya duduk di pangkuannya.

Tanggal 15 November 2020 merupakan tarikh tragedi yang menimpa kami sekeluarga apabila Aki telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Degupan jantung mula kencang saat mendapat berita tersebut. Salah seorang saudara kami memaklumkan tentang keadaan semasa Aki. Aki telah dibawa ke Klinik Kesihatan Engkelili dari tempat kejadian. Pegawai kesihatan di klinik tersebut hanya mengatakan dia hanya penat dan tertidur.

Beberapa jam kemudian, Inek menelefon dan memberitahu kami bahawa  Aki akan dibawa ke Hospital Simanggang (Sri Aman). Kami tidak tidur sepanjang malam  memikirkan tentang keadaan Aki. Hati siapa yang tidak risau apabila mendengar berita yang sedemikian. Inek menelefon sekali lagi  hanya untuk memberitahu mereka sudah sampai di Hospital Simanggang. Tidak sampai beberapa jam, Inek menelefon lagi mengabarkan keadaan Aki yang 50/50 dan pelu dibawa ke Hospital Umum Sarawak Kuching pada malam itu juga. Aku dan keluargaku tidak berhenti berdoa agar Aki tetap bertahan. Pada malam itu ku melihat air mata Mammy tidak berhenti mengalir sambil berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan Aki.

Pada awal pagi keesokannya, kami diberitahu bahawa Aki telah berada ke bilik Unit Rawatan Rapi(ICU), Hospital Umum Sarawak. Setelah menyelesaikan urusan cuti Daddy, kami sekeluarga berangkat dari Julau ke Kuching. Perjalanan selama lapan jam itu kami tempuhi tanpa singgah di mana-mana stesen rehat. 

Terdiam Mammy apabila doktor mengatakan Aki mengalami pendarahan otak. Sebab itulah Aki tidak sedarkan diri. Yang lebih parahnya lagi Aki dikatakan lumpuh disebabkan pendarahan tersebut.

Kesedihan dan keperitan yang kami alami hanya Tuhan sahaja yang tahu. Selama Aki berada di hospital, tanpa henti kuberdoa. Selang berapa hari doktor menelefon kami. Kami sangkakan Aki telah sedar dari komanya. Rupanya belum. Kami diminta untuk membawa Aki balik ke rumah. Seminggu lebih Aki dirawat  di rumah.

Aki, permintaanmu terhadapku telah kukabulkan. Ini aku cucumu. Aku telah merawatmu Aki. Aku telah menjagamu. Bangunlah Aki. 

Itu ucapku setiap kali merawat Aki sebelum Aki terkena jangkitan kuman. Ketika itu badan Aki bergetar. Suhu badan Aki panas. Daddy segera menelefon ambulans. Sejak itu,  Aki tidak sedarkan diri, malah kesihatannya juga semakin merosot.

“Mengapa? Mengapa Aki disuruh pulang ke rumah?” persoalan itu timbul di hatiku ketika melihat keadaan Aki  sedemikian.

Hampir sebulan Aki terlantar. Aku pegang tangannya semasa melawat di hospital. “Aku melawatmu Aki. Sedih hati ini melihat keadaanmu .  Aku rindu dengan  kata-katamu yang sentiasa memberikan semangat kepadaku”.

Saat itu, tiba-tiba Aki memberikan reaksi kepadaku. Kau genggam tanganku. Aku melihat air matamu mengalir namun kau tidak dapat membuka matamu. Aki, aku tahu ketika itu kau mendengar suaraku. Aku begitu berharap Aki cepat sadar dari tidurnya itu.

Pada 22 Februari 2021,  Aki telah meninggalkan kami. Lebih kurang pada jam empat pagi, doktor telah menelefon Mammy dan memberitahu Aki telah menghembuskan nafas terakhirnya. Seluruh ahli keluargaku menangis. Rumah dipenuhi suara tangisan kami. Mammy berkata, dia sudah tahu Aki akan meninggalkan kami kerana pada malam itu Mammy dan adikku tercium bau wangi di sekitar rumah. 

Aki telah pergi dalam tempoh kami sekeluarga sedang dikuarantin akibat COVID-19. Mammy menelefon sepupunya untuk mengabarkan berita kematian  Aki dan meminta bantuan daripada mereka untuk menguruskan  upacara pengebumian.  

Ya Tuhan. Sebaknya rasa di dada. Aki dikebumikan tanpa kami dapat memberikan khidmat yang terakhir kepadanya. Hanya abang yang ada untuk menguruskan pengebumiannya. Kami sangat besyukur ramai penduduk kampung kami datang membantu menguruskan upacara tersebut. Abang  membuat panggilan video call dengan kami.

“Aku melihat  wajahmu Aki. Aki,  tidakku sangka begitu cepat dirimu meninggalkan kami. We miss your voice, your smile, your eyes and all about you Aki.

Setiap kali pulang ke kampung,  dirimu seakan-akan ada di samping kami. Kenangan bersamamu membuatkan kami lupa bahawa dirimu telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Ada sekali, sebelum upacara adat Iban ngetas ulit, ketika aku sedang memasak lauk kegemaranmu aku merasakan dirimu ada di belakangku. Aku seolah-olah melihat dirimu sedang berjalan menuju tandas yang dekat dengan dapur. Aku tidak takut. Malah aku  sedih kerana setiap kali aku masak di kampung, Aki sentiasa  mencuba masakan ku.

Aku bermimpi juga tentangmu Aki. Aki, kau telah berpesan kepadaku  bahawa kami perlu kuat tanpamu. Engkau juga berkata dirimu sentiasa  ada bersama kami. Setiap kali mimpikan Aki, Aki sentiasa memberikan kata-kata motivasi seperti dia masih hidup dulu. Rupawan sungguh dirimu Aki. Berpakaian serba putih, senyuman yang manis, dan tidak berubah juga Aki masih lagi mengenakan topi putihnya. Aki dalam mimpiku bukan Aki yang sedang menyembunyikan kesakitannya. Aki, tidak ku sangka juga, engkau yang sentiasa terlihat bahagia dan sihat ternyata memendam rasa sakit. Aki mengapa kau tidak meluah kepada kami? Mengapa tidak meluah padaku? Mungkin jikalau Aki meluah rasa sakit yang Aki alami, Aki tidak akan mengalami kemalangan.

Tetapi ini adalah kehendak Tuhan.  Tuhan lebih sayangkan Aki. Kebaikan Aki sentiasa diingati  oleh kami dan penduduk kampung. Aki,  semua permintaanmu telah kuturuti satu persatu. Aki, engkau pernah meminta aku merawatmu, aku turuti. Aki, engkau telah meminta aku melanjutkan pelajaran, aku turuti juga. Engkau juga memintaku  mendapatkan pekerjaan yang akan menjamin masa depanku, itu juga akan pasti kuturuti. Namun satu permintaan yang tidak mampu kutunaikan, membawa dirimu jalan-jalan setelah kuberjaya nanti. Aki, kata-katamu yang dulu,kini menjadi pegangan dalam hidupku. Kini aku berjuang dengan kata-kata motivasi darimu.

Salam sayang daripada cucumu.”

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #cerpenkehidupan (2) #dbpselatan (14) #karyasastera (15) #penulis (5) #penulisbaharu (16) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (5) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (15) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (5) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) ramadhan (2) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Umang-umang Terbang Tinggi
Cerpen

Umang-umang Terbang Tinggi

  • 5 Julai 2024
  • 147
  • 4.9
Pejamlah Mata
Cerpen

Pejamlah Mata

  • 5 April 2024
  • 79
  • 4.3
Bukit Kwong
Cerpen

Bukit Kwong

  • 5 Mei 2024
  • 168
  • 5
دسباليق اون
Puisi Moden

دسباليق اون

  • 5 Oktober 2023
  • 28
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP