Di dalam almari rindu
foto keluarga enggan berbicara
hanya bingkai berdebu menyapa
menceritakan kisah silam
detik-detik bersamamu meluru ke minda
gumpalan memori sukar dipadam
membungkam rindu yang tidak terlontar
terasa kelopak mata mula berkaca
tangisan melarut bersama takdir
melemaskanku di lautan kenangan
berenang penuh kesayuan
ke pesisir doa dan harapan
dan dada berombak kencang
aku rangkul bingkai itu
agar kembali tenang.
Rawjie
09/12/2022
Matu
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.