Berlayar di lautan ilmu,
saat arah kabur,
nafas hampir tenggelam.
Kompas setia di sisi,
menunjuk luas laut terbuka.
Ribut sekadar hembusan,
ombak hanya hujan yang singgah.
Kini kompas memilih haluan baharu,
berlayar bersama kapal lain,
menyuluh arah buat pelayar seterusnya.
Semoga jarumnya tidak goyah,
terus menunjuk jalan,
membentuk insan
yang kelak memimpin insan lain.
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
