Skip to content
Harapan di Hujung Rindu
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Harapan di Hujung Rindu
Harapan di Hujung Rindu
Puisi

Harapan di Hujung Rindu

  • Luqman
  • 20 Mac 2026
  • DBP Wilayah Tengah
  • 194
  • 4.4

Di satu sudut hati yang diam

Terlintas wajah-wajah lama, penuh kenangan

Ramadan dulu, betapa indah suasananya

Takbir bergema, dapur ibu berasap wangi juadah

 

Pagi Syawal, tangan bersalaman

Tersenyum dalam peluk mesra sanak saudara

Sekejap sungguh masa berlalu

Yang tinggal kini, hanya bayang-bayang rindu

 

Kukilas semula album kenangan

Ada kita, duduk bersila makan kurma

Riuh tawa, baju raya baharu

Kini semua jadi cerita, jadi rasa dalam jiwa

 

Waktu, oh waktu… tak pernah mahu menunggu

Ramadan datang, Syawal menyapa, lalu pergi

Tapi memori itu, kekal setia

Terpahat dalam hati, tak luntur dimakan usia

 

Malam takbir, lampu kelip berkerdipan

Anak kecil berlari, suara merdu bersahutan

Ramah mesra saudara jauh, tetamu datang bertamu

Oh, rindu itu makin dalam… makin syahdu

 

Dalam bening rindu yang perlahan menyapa

Aku titipkan doa, sepenuh jiwa

Moga sempat kujejak Ramadan sekali lagi

Moga dapat kucium harum Aidilfitri

 

Biar tahun terus bergilir

Biar rambut pun mula beruban

Doaku tetap sama, takkan luntur

Agar diberi peluang…

Menjadi tetamu Ramadan yang akan datang

 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (13) #cerpenkehidupan (8) #dbpselatan (17) #karyasastera (30) #kedah (4) #komsas (3) #penulis (9) #penulisbaharu (33) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (4) #puisijawi (7) #puisimoden (24) #sasteramelayu (10) #sasteramoden (4) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (15) abuyon (4) adie abd gani (5) anak (3) bahasa (3) cerpen (14) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (28) dbpsarawak (3) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (6) Esei (5) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (6) palestin (3) penulis sarawak (14) puisi (34) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (13) Puisi Tradisional (3) rindu (3) sajak (11) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (3) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Malam
Puisi

Malam

  • 5 Jun 2024
  • 99
  • 3.5
Senjata Segenggam: Warisan, Fungsi dan Akal Budi Orang Melayu
Kearifan Tempatan

Senjata Segenggam: Warisan, Fungsi dan Akal Budi Orang Melayu

  • 20 Mei 2025
  • 859
  • 5
Kisah Musang dan Tangisan pada Suatu Malam
Cerpen

Kisah Musang dan Tangisan pada Suatu Malam

  • 3 Disember 2023
  • 997
  • 4.2
Naskhah Melayu Klasik Khazanah Berharga Bangsa Melayu
Sejarah dan Budaya

Naskhah Melayu Klasik Khazanah Berharga Bangsa Melayu

  • 5 Ogos 2023
  • 1112
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP