Skip to content
Latu Purnama
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Latu Purnama
Latu Purnama
Puisi

Latu Purnama

  • Ismail Rashid
  • 5 Februari 2024
  • DBP Cawangan Sarawak
  • 44
  • 2

Oh purnama

nur yang menerangi malam gelita

ditatap sejuk di jagat

ditatap hangat di kalbu.

 

Ciptaan Allah sepanjang era

berpanjangan di hati tak kira sangkala

senantiasa disanjung oleh insan

dari Rasulullah ke mutakhir

senantiasa menjadi pilihan yang terulung.

 

Ibarat mengapai lengkara

tingginya tak terbatas

senantiasa direbut si lanang

takat kini tiada tandingan.

 

Oh latu

membatinkan animo di kalbu

ingin purnama yang tak terbatas

hasratnya seolah mustahil

dek tinggi purnama tak terjangkau

dari China hingga ke Borneo

berazam ke cakerawala buat kali pertama.

 

Niat tak kesampaian

ciptaan Allah jauh langkahnya

hasrat banal terpaksa dilepaskan

hasrat Si Latu masih digenggam

apakah daya latu di darat.

 

Usaha si latu selaku koloni semut

ingin menggapai permaisuri purnama

walaupun mustahil di mata lain

betapa sebuah letupan boleh mempesonakan si purnama

tetapi di mata si latu

itulah satu cabaran yang perlu ditempuhi

untuk bersama si purnama hingga Yaumul Qiyamah.

 

Oh latu

walaupun di darat

tapi sanggup menjenguk ke langit untuk mencongak si purnama

meskipun kecil

letupan yang seluas mata

meskipun jauh

usaha seakan sejengkal

Meskipun tak kesampaian

bara masih bersinar.

 

Oh purnama

sedar akan kehangatan Latu

seolah menyapa dengan kasih

letupan latu disangka amaran

padahal letupan latu membawa hantaran

seolah lukisan bunga di atas kanvas kegelapan

heterogen warna menyoroti malam gelita.

 

Tatkala gelap latu menyinari

dengan ikhtiar sebagai semangat

seolah jodoh di siang hari

hanya latu purnama di malam hari

disaksikan insan sejagat alam

keindahan pada malam yang latar

umpama menonton pernikahan si raja.

 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #dbpselatan (12) #karyasastera (14) #komsas (2) #penulis (4) #penulisbaharu (14) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (13) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Seimbas Tentang Hati Mawarku
Bicara Sastera

Seimbas Tentang Hati Mawarku

  • 20 Ogos 2024
  • 121
  • 5
Di Persimpangan Takdir, Aku Menggenap Rindu
Cerpen

Di Persimpangan Takdir, Aku Menggenap Rindu

  • 5 September 2024
  • 801
  • 4.7
Retak Pertujuh
Cerpen

Retak Pertujuh

  • 19 April 2024
  • 218
  • 5
Syair Dialog Puncak
Puisi

Syair Dialog Puncak

  • 5 Disember 2023
  • 112
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP