Skip to content
Mahkamah Belantara
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Cerpen > Mahkamah Belantara
Mahkamah Belantara
Cerpen

Mahkamah Belantara

  • Arief
  • 5 Oktober 2026
  • DBP Wilayah Utara
  • 31
  • 5

PAGI ITU, Hutan Belantara yang biasanya tenang bergema dengan suara riuh-rendah. Burung-burung terbang berkicauan tanpa arah. Beberapa ekor anak rusa terbaring cedera, pondok-pondok musnah dan bahan tanaman bertaburan merata–rata. Seluruh haiwan Hutan Belantara berkumpul. Suasana hutan kecoh. Kampung Rusa telah diserang malam tadi. Saksi yang terselamat mengatakan mereka melihat susuk besar berbelang menyerang di sebalik kelamnya malam. Beberapa orang penduduk kampung menuduh Si Belang, satu-satunya harimau di hutan itu, yang telah menyerang Kampung Rusa.

Kini, satu perbicaraan diadakan di Mahkamah Hutan Belantara, sebuah kawasan lapang di bawah pohon besar tua yang dijadikan tempat menyelesaikan pertikaian antara haiwan sejak turun-temurun. Di situ, semua haiwan telah berkumpul bagi menyaksikan perbicaraan Sang Belang sebagai yang tertuduh. Hakim Pungguk, seekor Burung Hantu yang sudah lama tinggal di Hutan Belantara menjadi hakim bagi perbicaraan itu.

“Saya akan mulakan perbicaraan kita pada hari ini. Bawa masuk yang tertuduh!” kata Hakim Pungguk sambil mengetuk batang kayu sebanyak tiga kali.

Sang Belang masuk diiringi dua ekor pengawal serigala. Semua haiwan di situ mula memaki dan menghina Sang Belang. Sang Belang hanya menundukkan kepalanya. Hakim Pungguk mengetuk kayu beberapa kali.

 “Semua bertenang! Murai, sila mulakan.” arah Hakim Pungguk.

“Baik, Yang Arif.” Si Murai datang ke hadapan. “Buat pengetahuan Yang Arif dan semua penghuni Hutan Belantara, berkumpulnya kita di sini kerana malam tadi, Kampung Rusa telah diserang. Banyak tanaman telah musnah dan penghuni cedera. Saksi menyatakan bahawa mereka melihat sosok berbelang hitam yang menyerang.” Jelas Si Murai.

Sang Kancil melangkah yakin ke hadapan.

“Yang Arif, siapa lagi yang berkemampuan menyerang dengan buas dan pantas kalau bukan Si Belang?” katanya dengan suara lantang.

“Tidak, Yang Arif. Saya tidak melakukan semua itu!” bantah Sang Belang.

Mahkamah riuh-rendah dengan suara hiruk-pikuk daripada penonton majlis bersahut-sahutan. Si Belang hanya tunduk dan menggeleng lemah. 

“Apa lagi, memang Si Belanglah tu!” jerit seekor ayam.

 “Tak selamat Hutan Belantara kalau Sang Belang terlepas!”  Seekor arnab muda menyahut.

Tok! Tok! Tok!

“Semua bertenang! Mahkamah belum selesai.” arah Hakim Pungguk. “Teruskan, Kancil.”

“Baik, Yang Arif. Saya minta izin mahkamah untuk memanggil ketua kampung ke hadapan.” Kata Sang Kancil.

Seekor rusa tua muncul ke hadapan. Beliau ialah Tok Roe, ketua kampung bagi Perkampungan Rusa.

“Tok Roe, boleh Tok ceritakan semula kejadian yang terjadi pada malam tersebut?” tanya Sang Kancil.

“Pada malam kejadian, saya sedang berjalan–jalan seperti biasa untuk menjaga keselamatan di sekitar kebun jagung di belakang kampung. Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dahan patah dan daun bergesel kuat, Apabila saya berpaling, saya nampak susuk tubuh besar, berbelang dengan mata merah menyala melompat ke arah pagar kayu kampung kami. Tanaman dilanggarnya, anak-anak rusa lari bertempiaran. Akibat dari kejutan itu, saya terjatuh ke arah parit dan kaki saya luka.” Jelas Tok Roe sambil menunjukkan balutan lukanya.

Tok Roe berhenti sejenak. Nafasnya tersekat-sekat tetapi suaranya cuba dikuatkan.

“Saya sempat lihat susuk tubuh haiwan itu. Berbelang dan besar. Tak silap saya, saya kenal cara dia berjalan. Cara jalannya seperi Sang Belang!” tuduh Tok Roe.

Penonton mula berbisik-bisik. Ada yang kelihatan marah dan ada yang ragu-ragu. Si Belang masih duduk diam di tempatnya, namun matanya kini tajam memerhati Tok Roe.

Sang Kancil memandang Hakim Pungguk.

“Tiada lagi soalan. Keterangan Tok Roe jelas menunjukkan Si Belang sebagai pelaku, Yang Arif.” kata Kancil.

“Terima kasih, Kancil. Si Belang, kamu ada apa–apa pembelaan?”

Si Belang hanya tertunduk. Dia tidak ada apa-apa bukti untuk menentang dakwaan ke atas dirinya. Dia memandang ke arah semua penghuni hutan yang menonton perbicaraan itu.

“Semua penghuni hutan pula, ada yang hendak membela Belang?” tanya Hakim Pungguk.

Malangnya, semua penghuni Hutan Belantara tidak mahu membela Si Belang. Mereka semua berfikir bahawa Si Belanglah dalang di sebalik kejadian Kampung Rusa.

“Kalau begitu, saya akan jatuhkan hukuman kepada Si Belang.”

“Nanti!” nada jeritan muncul dari kawasan penonton. “Tunggu, Yang Arif. Saya akan membela dia.”

Seekor musang berjubah hitam melangkah ke hadapan. Musang itu bernama Pak Mus, musang tua yang terkenal dengan kepetahannya berbahas dan kepintarannya dalam menyelamatkan haiwan daripada pelbagai kesusahan undang-undang.

“Yang Arif, saya mohon izin untuk menjadi peguam bela bagi Si Belang,” ujar Pak Mus sambil tunduk hormat.

Riuh-rendah dalam kalangan penghuni Hutan Belantara. Semua penghuni Hutan Belantara tidak berpuas hati dengan keputusan Pak Mus.

“Kenapa bela pemangsa?”

“Dia itu ganas!”

“Jangan bela pemangsa!”

Hakim Pungguk mengetuk kayunya.

“Mahkamah ini adil. Siapa pun berhak dibela. Permohonan diterima.”

Di seberang gelanggang, Sang Kancil hanya merenung Pak Mus dengan sinis. Pak Mus memulakan bicaranya.

“Yang Arif, berdirinya saya di sini untuk membela Si Belang yang sebenarnya telah difitnah oleh penghuni Hutan Belantara. Mahkamah ini telah menghukum Si Belang tanpa bukti!” petah Pak Mus berkata-kata.

“Bukti? Bulu Si Belang ditemui di lokasi kejadian dan jejak kaki yang besar juga dijumpai ketika menuju ke arah kampung. Selain itu juga, ada saksi haiwan yang telah melihat kejadian itu!” pantas Sang Kancil memintas kenyataan Pak Mus.

“Yang Arif, jika diizinkan minta Sang Kancil bawa masuk saksi kejadian untuk disoal.” pinta Pak Mus.

Hakim Pungguk berfikir sejenak.

“Baiklah. Kancil, bawa masuk saksi ke mahkamah.”

Saksi dipanggil masuk. Saksi pertama adalah Si Jang, seekor kijang muda yang tinggal berdekatan dengan Kampung Rusa.

“Er… saya nampak Si Belang keluar dari hutan menuju Kampung Rusa malam itu.”

Pak Mus mendekati Si Jang.

 “Kamu nampak dari mana?”

“Dari… atas pokok,” jawabnya cepat.

Pak Mus senyum nipis.

“Kijang tak boleh panjat pokok melainkan kau seekor kijang bertanduk monyet?”

Suasana meletus dengan ketawa di dalam mahkamah. Sang Kancil bangun marah.

“Ini penghinaan kepada saksi saya!”

“Ini bukan penghinaan. Tapi ini pembohongan yang terbongkar.” Pak Mus membalas.

Si Jang terkedu. Mahkamah hening seketika. Hakim Pungguk mengerutkan kening, mencatat sesuatu di dalam buku catatannya. Penghuni Hutan Belantara berbisik–bisik sesama sendiri membuat spekulasi mengenai kata–kata Pak Mus sebentar tadi. Pak Mus memandang Hakim Pungguk semula.

“Yang Arif, jelas bahawa keterangan Si Jang adalah tidak benar. Kata–katanya hanyalah sebagai umpan untuk mengelakkan  pelaku sebenar daripada ditangkap.” jelas Pak Mus. “Saya mohon untuk memanggil saksi kedua ke hadapan, Yang Arif.” sambung Pak Mus.

Hakim Pungguk mengangguk. Dia memanggil saksi kedua ke hadapan. Seekor tupai tua perlahan-lahan melompat dari dahan ke dahan dan akhirnya mendarat di bangku saksi. Bulunya sudah kusam, ekornya tidak selebat dulu, namun matanya masih terang bersinar.

“Boleh kamu ceritakan kepada mahkamah, apa yang kamu lihat pada malam kejadian?” tanya Pak Mus.

“Malam itu sunyi. Masa itu saya sedang membaca buku sambil duduk di beranda rumah saya di atas pokok. Tiba-tiba, saya ternampak sinar cahaya dari arah Kampung Rusa.”

Dia berhenti seketika, menelan air liur. Semua mata tertumpu kepadanya.

“Saya hanya melihat dari atas. Apa yang saya nampak bukanlah seekor harimau. Bukan juga seekor kucing hutan, Yang Arif. Tetapi, saya nampak suatu susuk tubuh yang kecil, lebih rendah daripada Belang. Badannya ditutup jubah dan mukanya bertopeng. Dia menyelinap masuk ke dalam gudang rumput dari belakang kampung, bukan dari arah hutan.” Jelas Tupai.

Mahkamah gempar. Bisikan bergema semula dalam kalangan penghuni Hutan Belantara. Si Belang juga terkejut mendengarnya.

Pak Mus mencelah, “Kamu pasti, ia bukan Si Belang?”

“Saya pasti,” jawab Si Tupai lantang. “Saya sudah hidup lebih 50 tahun lamanya. Saya tahu beza antara lenggok harimau dan rusa. Langkah makhluk itu lebih ringan, lebih cepat, tetapi bukan rakus seperti pemangsa. Dan yang paling penting, bulunya tidak belang.” Jelas Si Tupai lagi.

Sang Kancil cepat-cepat berdiri.

“Yang Arif, kenyataan ini terlalu kabur! Tupai ini sudah tua, mungkin dia tersalah lihat? Mungkin cahaya bulan mengaburkan penglihatannya.” Sang Kancil petah mencantas kenyataan Si Tupai.

 Pak Mus memandang Sang Kancil.

“Saya tidak menyalahkan kamu, Sang Kancil. Tetapi tidak semua yang tua itu kabur penglihatannya. Kadangkala, penglihatan kami lebih tajam daripada haiwan muda.

Mahkamah senyap. Hakim Pungguk hanya mengangguk dan menulis sesuatu dengan cakar sayapnya. Wajah Tok Roe yang sejak tadi kelihatan tenang mula berubah pucat.

“Yang Arif, saya percaya serangan ini dirancang. Tujuannya bukan semata-mata untuk memusnahkan Kampung Rusa, tetapi menghapuskan harimau terakhir di Hutan Belantara ini kerana takut akan keadilannya dalam menjaga sempadan.” Bicara Pak Mus.

“Saya mohon agar Tok Roe disoal semula, Yang Arif.” ujar Pak Mus.

Sang Kancil hanya mengecilkan matanya.

“Aku sudah menang banyak kes sebelum ini. Kau fikir kau boleh mengubah keputusan semua haiwan dengan sekadar main logik dan telahan?” kata Sang Kancil angkuh.

 Pak Mus tidak membalas. Sebaliknya, dia berpaling semula kepada Hakim Pungguk.      

“Saya mohon agar Tok Roe disoal semula dan Sang Arnab dipanggil untuk memeriksa luka Tok Roe secara profesional.”

Tok Roe mula resah. Matanya meliar ke sana sini. Kakinya digesel-gesel ke lantai seolah-olah ingin menyorokkan sesuatu. Hujung ekornya bergoyang tidak keruan.   

Sang Arnab datang memeriksa dengan teliti luka Tok Roe. Sang Arnab membuka balutan daun di kaki Tok Roe dan menghela nafas yang panjang.

“Yang Arif, malangnya luka di kaki Tok Roe adalah luka yang telah lama terjadi. Seingat saya, ini luka bulan lepas. Bukan luka disebabkan kejadian semalan. Jika luka semalam, sepatutnya luka ini tidak kering dan belum berparut.” 

Hakim Pungguk hanya mengangguk. Dia memandang Tok Roe.

“Tok Roe, adakah benar kamu terjatuh dan tidak sedarkan diri ketika serangan berlaku?” tanya Hakim Pungguk dengan tegas.

Tok Roe mula tergagap. Nafasnya pendek.

“S-saya… saya cuma… saya ingat…”

“Kalau begitu,” tekan Pak Mus. “Bagaimana kamu pasti yang menyerang itu Si Belang?” sambung Pak Mus.

Wajah Tok Roe berubah pucat. Mata semua penghuni kini tertumpu kepadanya. Pak Mus mengeluarkan semula bukti bulu belang sebentar tadi.

“Bulu ini dikatakan bukti Si Belang berada di tempat kejadian. Tapi….” Pak Mus memandang tepat ke arah Si Jang. “Sebenarnya bulu ini diambil dari Si Belang ketika dia sedang tidur semalam, betul tak, Si Jang?” tegas Pak Mus.

Si Jang pucat.

“Saya… saya hanya ikut arahan Tok Roe! Dia janji bagi saya gudang rumput baru!”

Semua penghuni terkejut. Hakim Pungguk hanya menggelengkan kepalanya. Tok Roe pula sudah tidak mampu menyembunyikan kegelisahannya. Dia cuba berdiri dan  berpaling ke arah pintu belakang mahkamah. Secara senyap–senyap dia cuba untuk melarikan diri. Namun, dua beruang pengawal yang gagah telah menghalang Tok Roe dari terus melangkah. Salah seekor beruang mencengkam bahunya. Tok Roe terkejut lalu terduduk, lututnya menggigil.

“Sebenarnya, Tok Roe arahkan saya untuk menjadi saksi palsu dan mengambil bulu Si Belang ketika tidur untuk ditinggalkan di tempat kejadian. Dia juga pura-pura cedera dengan melemparkan dirinya ke dalam semak dan mencipta kisah palsu tentang “bayang-bayang Belang” yang menyerang.” Si Jang berkata sambil menggigil.

 “Kemudian, siapa yang menyerang Kampung Rusa itu?” soal Hakim Pungguk.

“Tok Roe mengupah sekumpulan serigala untuk menyelinap masuk ke gudang melalui jalan belakang. Mereka sengaja memusnahkan simpanan rumput rusa agar dapat menyalahkan Si Belang.” Ujar Si Jang.

Tok Roe mula meraung.

“Tidak! Aku hanya mahu dihormati! Aku ketua kampung tapi semua haiwan lebih percayakan harimau itu! Aku cuma mahu kekal berkuasa!”

Tok Roe ditahan oleh beruang keselamatan. Dia memukul-mukul tanah dengan kakinya. Muka Tok Roe merah padam lalu berpaling ke arah Si Jang.

“Kau janji takkan cakap apa-apa, Jang! Siap kau lepas ini!” jeritnya penuh marah dan kecewa.

Namun, semua haiwan sudah melihat wajah sebenar Tok Roe, seekor pengkhianat bertopengkan pemimpin. Pak Mus pula hanya berdiri tanpa berkata apa-apa, membiarkan kebenaran itu sendiri yang menampar wajah Tok Roe. Hakim Pungguk bangkit dari tempat duduknya.

“Berdasarkan soal siat tadi, mahkamah Hutan Belantara memutuskan bahawa Si Belang dibebaskan tanpa syarat kerana didapati tidak bersalah. Tok Roe pula akan dilucutkan jawatan dan dihalau dari Kampung Rusa kerana mengkhianati kepercayaan seluruh Hutan Belantara.” ujar Hakim Pungguk sambil mengetuk kayunya.

Mahkamah menjadi sunyi seketika. Si Belang memandang ke arah Pak Mus, air mata bergenang di hujung mata.

“Terima kasih Pak Mus kerana membela dan mempercayai saya,” katanya perlahan.

Pak Mus hanya tersenyum.

“Kebenaran tidak selalu kelihatan tetapi ia sentiasa menang kalau kita berani mencarinya.”            

Sang Kancil berjalan perlahan ke arah Pak Mus. Dia tertunduk malu.

 “Saya terlalu yakin dengan kehebatan berhujah hingga saya menjadi angkuh. Maaf, Pak Mus.”

Pak Mus menoleh, tersenyum nipis. “Tidak mengapa. Kamu juga mengejar kebenaran. Yang penting, semua sudah selesai.”

Tok Roe dibuang daripada jawatannya sebagai Ketua Kampung Rusa. Tempat Tok Roe pula diambil alih oleh seekor rusa muda yang dihormati. Sementara itu, Si Jang pula dihukum ringan dengan  menjalankan kerja-kerja kebajikan membina semula Kampung Rusa.

Semua haiwan kembali bersatu dan keamanan di Hutan Belantara bersinar semula. Dalam diam, kebenaran menunggu masa untuk bersinar. Dalam gelap pula, keadilan mencari kesempatan untuk bangkit. Penghuni Hutan Belantara pula mendapat satu pengajaran yang akan tersemat pada hati mereka selama-lamanya pada hari itu.

# #baimbad# cerpen# haiwan
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (14) #cerpenkehidupan (8) #dbpselatan (17) #karyasastera (31) #kedah (4) #komsas (3) #penulis (9) #penulisbaharu (35) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (4) #puisijawi (7) #puisimoden (24) #sasteramelayu (10) #sasteramoden (4) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (16) abuyon (5) adie abd gani (5) anak (3) bahasa (3) cerpen (17) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (29) dbpsarawak (3) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (6) Esei (5) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (7) palestin (3) penulis sarawak (14) puisi (34) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (13) Puisi Tradisional (3) rindu (3) sajak (11) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (3) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Afiyah
Cerpen

Afiyah

  • 20 Disember 2024
  • 237
  • 4.4
Mentol
Cerpen

Mentol

  • 11 Oktober 2025
  • 242
  • 4.8
Ganjaran
Cerpen

Ganjaran

  • 7 September 2026
  • 114
  • 4
Hero Yang Istimewa
Cerpen

Hero Yang Istimewa

  • 6 Februari 2024
  • 265
  • 3.8

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP