Skip to content
Menghirup Rasa Manis Secawan Kopi Hangat di Laman Bonda
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Menghirup Rasa Manis Secawan Kopi Hangat di Laman Bonda
Menghirup Rasa Manis Secawan Kopi Hangat di Laman Bonda
Puisi

Menghirup Rasa Manis Secawan Kopi Hangat di Laman Bonda

  • Suzielah Rahmad
  • 20 Januari 2025
  • DBP Wilayah Selatan
  • 52
  • 4.8

Di bawah rembulan yang hampir lelap, di tengah-tengah sunyi yang kian merunduk, aku menghirup rasa manis secawan kopi hangat di laman bonda, yang menjadi teman di hujung malam yang mengabur. Angin malam berbisik halus di laman bonda dengan secangkir kopi hangat yang mengepul indah. Aroma hangatnya memeluk jiwa, setiap titis pahitnya yang tiba-tiba manis di hujungnya lembut membisikkan mantera, menyusup ke relung tubuh yang jerih, melipur jiwa yang rawan, menghapus lelah yang menyeksa sepanjang usia.

Seteguk kopi hangat, dingin membelah udara malam. Hadiah sunyi dari waktu yang mengalir syahdu. Kenangan surut dalam hirupan dan terkubur jauh di medan berdebu bersama dentum yang tinggal gema. Hanya doa yang kupeluk dalam gigil waktu yang terasa amat panjang. Biarkan aku tenggelam sejenak bersama hirupan yang merintis laluan yang membawa damai di hujung hari, menyirami hati yang kelontang dengan harapan-harapan yang tak pernah usai. 

Hening malam yang kian dalam dan aku sampaikan salam untukmu, wahai dunia tenang. Bersama tanah airku, cintaku, dan secangkir kopi hangatku. Aku pulang.

 

Suzielah Rahmad
Kuala Lumpur

 

 

 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (12) #cerpenkehidupan (6) #dbpselatan (17) #karyasastera (27) #kedah (3) #komsas (3) #penulis (8) #penulisbaharu (30) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (4) #puisijawi (7) #puisimoden (23) #sasteramelayu (9) #sasteramoden (3) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (12) abuyon (4) adie abd gani (4) anak (3) bengkel (2) cerpen (13) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (27) dbpsarawak (3) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (5) Esei (4) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (6) palestin (3) penulis sarawak (13) puisi (33) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (12) Puisi Tradisional (3) rindu (3) sajak (11) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (3) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Nasi Daging Air Asam
Cerpen

Nasi Daging Air Asam

  • 4 Januari 2024
  • 285
  • 4.4
Mendepa Adat
Cerpen

Mendepa Adat

  • 3 November 2023
  • 205
  • 4.8
Ketika Azan Berkumandang
Cerpen

Ketika Azan Berkumandang

  • 5 November 2024
  • 208
  • 4.6
Mitatabang dalam Etnik Dusun Kimaragang Memupuk Kesatuan Masyarakat Majmuk
Bicara Bahasa

Mitatabang dalam Etnik Dusun Kimaragang Memupuk Kesatuan Masyarakat Majmuk

  • 5 April 2025
  • 266
  • 4.4

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP