Selembar kain,
dijahit daripada benang-benang perbezaan
setelah disatukan
lahirlah satu warna kebersamaan
merah keberanian
putih kesucian
biru perpaduan
kuning kedaulatan.
Selembar kain secalit dakwat
berkibar megah di langit perjuangan
menjadi saksi
tangan-tangan yang bersatu
bahu-bahu yang berdiri
demi tanah air tercinta.
Secalit dakwat
kecil pada hujung jari
namun besar makna yang tercalit
Secalit dakwat
kecil pada hujung jari
namun besar makna yang tercalit
daripadanya lahir sebuah suara
suara rakyat yang bersatu memilih
menentukan nasib bersama.
Selembar kain itu masih berkibar
secalit dakwat itu masih berbicara
mengajar kita bahawa
kemerdekaan merupakan amanah.
Selagi kain itu berkibar
selagi dakwat itu berbicara
selagi kita memilih untuk bersatu,
Malaysia akan terus berdiri
sebagai tanah air kita.
