Skip to content
Syair Dialog Puncak
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Syair Dialog Puncak
Syair Dialog Puncak
Puisi

Syair Dialog Puncak

  • ILHAMI HISHAM
  • 5 Disember 2023
  • DBP Wilayah Utara
  • 112
  • 5

Bersempena dengan Dialog Puncak Karyawan ASASI Kedah 2023
Baling 17-18 November 2023

 

1

Dengan bismillah berkat dirafak,
Ke hadrat Ilahi penuh kehendak,
Berlangsung lancar Dialog Puncak,
Mohon riayah berpandu tindak.

2
Lokasi indah suasana hening,
Bertapak kita di bumi Baling,
Lelaki wanita bagai bersanding,
Berseri wajah berhati bening.

3
Meraikan semua kedatangan,
Moga mendapat bekal idaman,
Jauh dan dekat berdatangan,
Terbuka hati seluas lapangan.

4
Gembira hati bertemu teman,
Datang dengan ilham lumayan,
Menambahkan ilmu penulisan,
Dicambahkan bekalan karyawan.

5
Berkasih-sayang sesama kita,
Mengambil kebaikan terbina,
Meluncur ke masa hadapan,
Berbekalkan seribu nukilan.

6
Mengambil manfaat semaksima,
Buat bekalan suburkan minda,
Masa kini yang telah renta,
Hapuskan segala hasad sengketa.

Saat kita berkarya,
Saudara kita sedih tertimpa,
Namun mereka bahagia di sana,
Berusahalah kita ke gerbang jasa.

7
Kita hidup di akhir zaman,
Penuh segala ujian kehidupan,
Usahakan penulisan jadi amalan,
Agar membantu senang perjalanan.

8
Berharap dengan ini pertemuan,
Dapat tambah semangat perjuangan,
Andai habis dakwat jadi tulisan,
Gunakan segala maksima kebolehan.

9
Kebolehan ini Allah anugerah,
Manfaatkan pelbagai wadah,
Di mana dan pada bila masa,
Ke hujung usia tetap berkarya.

10  

Cukup dahulu pesan hamba,
Mohon anjurkan setinggi doa,
Moga kemudahan Allah kurnia,
Menjadi bekalan ke negara abadi.

 

Derang, Kedah
15 November 2023M/01 Jamadilawal 1445H

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #dbpselatan (12) #karyasastera (14) #komsas (2) #penulis (4) #penulisbaharu (14) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (13) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Lia
Cerpen

Lia

  • 20 Ogos 2024
  • 142
  • 4.9
Dampak Peranti Mudah Alih Terhadap Perkembangan Kesusasteraan Kanak-kanak
Bicara Bahasa

Dampak Peranti Mudah Alih Terhadap Perkembangan Kesusasteraan Kanak-kanak

  • 20 Mac 2024
  • 425
  • 4.6
Sebuah Pengharapan
Puisi

Sebuah Pengharapan

  • 17 Januari 2024
  • 105
  • 2.5
ڤنتون صحابت
Puisi Moden

ڤنتون صحابت

  • 20 Disember 2023
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP