Skip to content
Tembikai Merah
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Puisi > Tembikai Merah
Tembikai Merah
Puisi

Tembikai Merah

  • Arief
  • 5 Julai 2024
  • DBP Wilayah Utara
  • 70
  • 4.2

Pilunya hati anak itu
melihat tanah tumpah darahnya dijarah
diambil tanpa rasa belas kasihan
bangkit bersama-sama panji tembikai merah
walaupun dihina syaitan dunia
mereka terus bersabar
perjuangkan tanah tumpahnya darah
sungguh, mereka semulia- mulia manusia.

Jika dibandingkan
mereka ini dengan manusia paling kuat di bumi
pasti, mereka inilah paling perkasa
walaupun hanya tinggal  rangka tulang putih
terus teguh mempertahan tanah pertiwi.

Kuasa yang hanya fana
penyebab dirobek kemanusiaan mereka
negara “Selendang Dunia”
tapi hanyalah penakut yang bersembunyi di belakang kuasa
sungguh, dijanjikan yang paling bawah bagi mereka
dilaknat Tuhan dan alam semesta.

Bukalah mata wahai insan hina,
tidakkah kau sedar mereka ini mangsa?
matikah rasa bila melihat wajah mereka?
sedarlah wahai insan hina
walaupun kita melihat langit yang sama
tapi pemandangan mereka berbeza
walaupun kita menghirup udara yang sama
tapi tiap hembusan mereka tak sama
kita berarak bangga akan panji kita
mereka berarak membanggakan panji mereka
panji tembikai merah yang diuji Tuhan yang Esa.

# gaza# palestin# puisi# sajak# tembikai
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #dbpselatan (12) #karyasastera (14) #komsas (2) #penulis (4) #penulisbaharu (14) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (13) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (4) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

روايت
Puisi Moden

روايت

  • 20 Jun 2024
  • 5
Rumah Kita
Puisi

Rumah Kita

  • 15 Disember 2023
  • 175
  • 4.6
Madani
Puisi

Madani

  • 16 Januari 2024
  • 251
  • 4
مڠينجق اوسيا
Puisi Moden

مڠينجق اوسيا

  • 5 Julai 2024
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP