Skip to content
Ketokohan Kesultanan Johor-Riau Melalui Puteri Negeri Rindu Karya Rahimah Muda
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Bicara Bahasa dan Sastera > Bicara Sastera > Ketokohan Kesultanan Johor-Riau Melalui Puteri Negeri Rindu Karya Rahimah Muda
Ketokohan Kesultanan Johor-Riau Melalui Puteri Negeri Rindu Karya Rahimah Muda
Bicara Sastera

Ketokohan Kesultanan Johor-Riau Melalui Puteri Negeri Rindu Karya Rahimah Muda

  • Mohamad Suhaizi Suhaimi
  • 5 Oktober 2025
  • DBP Wilayah Selatan

Kesultanan Johor-Riau merupakan pewaris kegemilangan Kesultanan Melaka selepas ditawan Portugis pada tahun 1511. Sejarah mencatatkan bahawa Johor-Riau bukan sahaja menjadi pusat perdagangan, malah sebagai pusat penyebaran budaya, agama, dan politik di Alam Melayu. Tokoh yang muncul daripada kesultanan ini termasuklah sultan, pembesar dan kerabat diraja yang memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan kerajaan. Namun demikian, peranan wanita dalam sejarah sering diketepikan, walhal mereka turut menyumbang dalam bidang diplomasi, kesinambungan keturunan, dan penyatuan politik. Dalam hal ini, Rahimah Muda melalui novel Puteri Negeri Rindu telah mengangkat ketokohan wanita bangsawan dengan menggabungkan unsur sejarah Johor-Riau dalam penceritaan fiksyen. Watak seperti Puteri Delina dan Tengku Tengah bukan sekadar rekaan, malah melambangkan tokoh sebenar dalam sejarah Johor, sekali gus memperlihatkan ketokohan Kesultanan Johor-Riau.

Sehubungan dengan itu, watak Puteri Delina digambarkan sebagai seorang puteri yang cantik, lemah lembut, namun pada masa yang sama memiliki jiwa yang tabah dan berani. Beliau sanggup mengorbankan kepentingan peribadi demi mempertahankan maruah serta keselamatan Negeri Rindu. Sikap ini menggambarkan wanita bangsawan yang bukan sekadar simbol hiasan istana, tetapi juga berperanan besar dalam memelihara kedaulatan negeri. Tokoh ini menyerupai Tengku Tengah, iaitu puteri Johor yang terkenal dalam sejarah. Perkahwinan Tengku Tengah dengan Sultan Abdul Jalilul Akbar dari Brunei, misalnya telah mewujudkan ikatan diplomatik antara Johor dengan Brunei. Hal ini menunjukkan bahawa wanita istana bukan sahaja mengisi peranan domestik, tetapi juga sebagai alat penyatuan politik dan diplomasi antarabangsa. Melalui watak Puteri Delina, Rahimah Muda berjaya menekankan bahawa wanita bangsawan Melayu mempunyai pengaruh besar dalam kestabilan politik Johor-Riau.

Sementara itu, novel ini turut menampilkan watak Tengku Tengah sebagai seorang bangsawan berwibawa yang menjadi penasihat kepada raja dan pelindung kepada Puteri Delina. Beliau digambarkan sebagai seorang lelaki yang tegas, bijaksana, dan setia dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Watak ini selari dengan fungsi kerabat diraja Johor-Riau yang sering memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan negari. Dalam sejarah, kerabat diraja Johor sering berperanan sebagai penasihat utama yang membantu sultan membuat keputusan strategik dalam menghadapi ancaman luar seperti Portugis, Belanda, dan Bugis. Peranan ini jelas dipaparkan dalam novel apabila Negeri Rindu berdepan konflik perebutan kuasa yang menguji kebijaksanaan pemimpin. Rahimah Muda menonjolkan keteguhan Tengku Tengah sebagai simbol kekuatan bangsawan yang sanggup menjadi benteng pertahanan negeri.

Salah satu aspek penting yang ditonjolkan dalam novel ialah nilai kesetiaan rakyat dan pembesar kepada negeri. Rakyat Negeri Rindu mempunyai nilai taat setia kepada raja yang tinggi dan mereka sanggup berganding bahu mempertahankan negeri walaupun berdepan ancaman musuh. Nilai ini mencerminkan bahawa, rakyat dan pembesar Johor-Riau tetap teguh menyokong sultan meskipun menghadapi cabaran getir daripada penjajah. Sebagai contoh, dalam sejarah, rakyat Johor-Riau sering bangkit menentang Portugis di Melaka, Belanda di Riau, dan ancaman Bugis yang cuba menguasai takhta. Kesetiaan dan pengorbanan rakyat inilah yang membolehkan Johor-Riau bertahan lama sebagai kuasa politik dan ekonomi yang disegani di Nusantara. Melalui novel ini, Rahimah Muda berjaya menghidupkan semula semangat pengorbanan tersebut sebagai teladan kepada generasi muda pada hari ini.

Secara keseluruhannya, Puteri Negeri Rindu bukan sekadar sebuah kisah fiksyen, tetapi berfungsi sebagai cerminan sejarah yang memperlihatkan keunggulan Kesultanan Johor-Riau. Melalui teknik penceritaan yang menarik, Rahimah Muda berjaya menyuntik unsur sejarah dalam karya kreatif agar lebih dekat dengan pembaca. Generasi muda boleh meneladani keberanian Puteri Delina, kebijaksanaan Tengku Tengah, dan kesetiaan rakyat Negeri Rindu sebagai simbol jati diri bangsa. Hal ini membuktikan bahawa karya sastera mampu menjadi jambatan untuk menghubungkan sejarah dengan dunia moden. Dengan cara ini, pengarang telah berjaya mengangkat semula warisan ketokohan Kesultanan Johor-Riau supaya terus dikenang sepanjang zaman.

Novel ini dinamakan Puteri Negeri Rindu kerana kisahnya berpusat pada watak Puteri Delina, seorang puteri diraja yang tabah, berani dan sanggup berkorban demi mempertahankan maruah negeri. Gelaran “Puteri” sesuai kerana beliau menjadi lambang kekuatan wanita bangsawan yang berperanan besar dalam menjaga kedaulatan negeri. Selain itu, Negeri Rindu ialah latar tempat utama dalam novel yang melambangkan negeri yang indah tetapi berdepan dengan pelbagai konflik. Perkataan “Rindu” membawa maksud simbolik iaitu kerinduan rakyat terhadap keamanan, kerinduan seorang puteri terhadap keluarga dan tanah air, serta kerinduan generasi kini terhadap kegemilangan sejarah bangsa.

Kesimpulannya, novel Puteri Negeri Rindu karya Rahimah Muda memperlihatkan ketokohan Kesultanan Johor-Riau melalui penggambaran watak, peristiwa, dan nilai yang digarap. Puteri Delina digambarkan sebagai wanita bangsawan yang tabah dan berpengaruh, manakala Tengku Tengah pula melambangkan kebijaksanaan dan kesetiaan seorang kerabat diraja. Rakyat dan pembesar Negeri Rindu turut ditonjolkan sebagai simbol kesetiaan dan pengorbanan yang menjadi tunjang kekuatan kerajaan. Oleh hal yang demikian, karya ini wajar dijadikan bacaan kerana bukan sahaja mengangkat nilai sejarah, malah menyemai semangat keberanian, pengorbanan, dan kecintaan terhadap tanah air. Dengan menggabungkan unsur sejarah dan sastera, Rahimah Muda telah berjaya menghidupkan kembali ketokohan Kesultanan Johor-Riau agar terus menjadi teladan sepanjang zaman.

*Penulis merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pagoh. 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (4) #cerpenkehidupan (3) #dbpselatan (15) #karyasastera (17) #komsas (2) #penulis (6) #penulisbaharu (18) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (16) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (3) #wadahdbp (5) abuyon (3) adie abd gani (3) bengkel (2) budaya (2) cerpen (11) dbpcawangansabah (8) dbpcawangansarawak (21) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (10) puisi (27) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) Rasulullah (2) rindu (3) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Emping dan Ringgi: Makanan Tradisonal Masyarakat Pesawah di Negeri Kedah
Kearifan Tempatan

Emping dan Ringgi: Makanan Tradisonal Masyarakat Pesawah di Negeri Kedah

  • 20 Julai 2025
  • 43
  • 5
Kali Kung
Puisi

Kali Kung

  • 5 Januari 2025
  • 85
  • 4.6
Madani
Puisi

Madani

  • 16 Januari 2024
  • 281
  • 4
تڠݢ رمضان
Puisi Moden

تڠݢ رمضان

  • 5 Mac 2025
  • 2

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP