Skip to content
Naratif Ogonshoto Refleksi Sosial yang Difantasikan
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Bicara Bahasa dan Sastera > Bicara Sastera > Naratif Ogonshoto Refleksi Sosial yang Difantasikan
Naratif Ogonshoto Refleksi Sosial yang Difantasikan
Bicara Sastera

Naratif Ogonshoto Refleksi Sosial yang Difantasikan

  • Nadiy
  • 5 Oktober 2025
  • DBP Cawangan Sabah
  • 4.8

Dalam dunia yang terlalu mempercayai fakta, kadangkala fiksyen menjadi jalan yang lebih jujur untuk berkata benar. Novel Naratif Ogonshoto karya Sasterawan Negara (SN) Dato’ Anwar Ridhwan bukan sekadar naratif alternatif bahkan yang membongkar kemunafikan negara moden, berselindung di sebalik pembangunan peradaban. Dalam konteks ini, karya agung ini lahir bukan untuk memberikan hiburan semata-mata. Namun, sebaliknya untuk menggugat kekuasaan dan menggali semula lubang sejarah yang telah ditimbus dengan naratif rasmi. Tatkala pelbagai bentuk penapisan dan kekeliruan antara kebenaran dan kesetiaan, novel ini tampil seperti seniman jalanan yang melukis di tembok larangan hanya untuk menzahirkan satu soalan ringkas, iaitu siapakah kita sebenarnya dalam negara yang telah menghapuskan makna asalnya?

SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan menulis bukan sebagai penglipur lara. Akan tetapi, beliau juga bukan sasterawan yang berselindung di sebalik metafora tanpa arah. Beliau dilahirkan di Sungai Besar pada tahun 1949. Anak seorang petani ini membesar dalam dunia yang tidak menyediakan kemewahan bahasa tetapi membentuk kedalaman makna. Hal ini dapat dibuktikan melalui karya seperti Hari Hari Terakhir Seorang Seniman dan Arus Anwar telah pun memberikan amaran awal bahawa negara bukan semata-mata institusi undang-undang tetapi sebagai medan pertempuran antara kuasa dan suara. Anwar bukan sekadar menulis cerita tetapi mencipta medan untuk rakyat melihat diri mereka yang selama ini dikaburkan oleh sejarah rasmi.

Naratif Ogonshoto bukanlah novel yang boleh dianggap sebagai cerita fiksyen dari pulau misteri. Namun, karya tersebut merupakan alegori politik yang terang dan tegas. Ogonshoto ialah negara rekaan tetapi wataknya hidup dalam dunia nyata, seperti Malaysia. Ogonshoto merupakan negara yang mahu kelihatan aman namun berhadapan dengan kekerasan yang disusun rapi. Mereka hidup bukan dalam sejarah tetapi dalam ingatan yang telah disunting oleh kekuasaan. Dalam novel ini sejarah tidak dipertikai kerana alur ceritanya tidak terlalu jelas. Menerusi novel ini, kebenaran tidak dicari kerana telah digantikan dengan naratif rasmi yang dijulang sebagai satu-satunya kebenaran.

Novel ini menolak gagasan bahawa sejarah ialah linear dan objektif. Sebaliknya, sejarah dibentuk oleh siapa yang menulis dan siapa yang memiliki kuasa untuk mengulangnya. Dalam Naratif Ogonshoto, sejarah bukanlah ilmu tetapi alat kawalan. Dalam konteks ini, rakyat tidak diminta untuk faham tetapi diperintah untuk taat. Bahkan, dalam dunia sedemikian manusia bukan lagi warganegara tetapi objek pentadbiran. Mereka menjadi statistik dan watak bisu yang hanya muncul ketika pilihan raya dan hilang selepas itu. Secara keseluruhannya, novel ini tidak menawarkan watak wira yang bangkit melawan kerana dalam dunia sebenar tiada keajaiban seumpama itu, yang ada hanya rakyat biasa yang dibungkam dengan gaji yang cukup untuk hidup tetapi tidak cukup untuk bertanya.

Sebagai sebuah kritikan esei sastera, kita harus mengukuhkan pemahaman konvensional tentang politik identiti dan kebenaran. Anwar tidak menggunakan teori asing atau istilah akademik untuk melawan kekuasaan. Beliau menggunakan karya kreatif yang kaya dengan nilai estetika. Dalam hal ini, Naratif Ogonshota dipenuhi dengan simbolisme yang keras dan tidak berselindung. Selain itu, laras bahasa Dato’ Dr. Anwar Ridhwan yang tegas itulah diperlukan untuk menyedarkan masyarakat yang telah lama disuap dengan bahasa gembira. Dalam sastera Melayu, jarang ada karya yang berani mengangkat tema seperti penghapusan sejarah dan penguasaan naratif. Naratif Ogonshoto ialah karya yang menjadikan sastera sebagai alat untuk mempersoalkan kedaulatan sebuah negara.

Pada pandangan penulis, amanat novel ini tidak semata-mata tentang fiksyen. Namun, hakikatnya tentang negara kita sendiri. Malaysia hari ini sedang berada dalam kegelisahan identiti. Sebenarnya, kita tidak tahu siapakah sebenarnya pahlawan kita kerana sejarah telah dipolitikkan. Kita tidak pasti siapa yang layak disebut pengkhianat kerana pengkhianatan telah dinormalisasi, sungguh mengelirukan. Dalam dunia yang kian berevolusi menuju teknologi yang luar biasa, rakyat semakin dikelirukan dengan pelbagai versi kebenaran yang bertembung antara media rasmi media sosial dan cerita orang tua yang tidak pernah dicatat. Dalam keadaan ini, novel seperti Naratif Ogonshoto muncul sebagai suara yang mengajak kita kembali bertanya bukan percaya. Penulis ingin tegaskan, bertanyalah!

Novel ini memberikan amaran bahawa apabila rakyat berhenti mengenang sejarah. Maka, negara tidak lagi wujud sebagai entiti bermakna. Hal ini menyebabkan wujudnya persepsi mesin pentadbiran tanpa jiwa. Di samping itu, apabila negara hilang jiwanya yang tinggal hanyalah undang-undang dan kuasa. Dalam suasana ini, sastera perlu kembali memainkan peranan asalnya, iaitu sebagai suara yang menegakkan kebenaran. Suara yang tidak tunduk kepada apa-apa kecuali kebenaran.

Naratif Ogonshoto mengingatkan kita bahawa dalam negara yang menolak ingatan rakyat menjadi mangsa kekeliruan, mereka hidup tanpa arah dan tanpa akar menjadi pelarian dalam negara sendiri. Novel ini menolak sastera yang hanya menyanyi tentang cinta dan keindahan alam sedangkan dunia sebenar sedang terbakar. Sasterawan ulung negara itu menyeru pembaca untuk kembali membaca sejarah bukan sebagai bahan hafalan, tetapi sebagai tapak untuk memahami kenapa kita menjadi begini. Sastera dalam tangan beliau bukanlah alat hiburan. Namun, sebagai alat perlawanan yang melawan bukan dengan slogan tetapi dengan cerita.

 

# #penulis# dbpcawangansabah
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (4) #cerpenkehidupan (3) #dbpselatan (15) #karyasastera (17) #komsas (2) #penulis (6) #penulisbaharu (18) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (16) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (3) #wadahdbp (5) abuyon (3) adie abd gani (3) bengkel (2) budaya (2) cerpen (11) dbpcawangansabah (8) dbpcawangansarawak (21) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (10) puisi (27) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) Rasulullah (2) rindu (3) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Madani
Puisi

Madani

  • 16 Januari 2024
  • 281
  • 4
بوندا
Puisi Moden

بوندا

  • 20 Januari 2025
  • 4.8
Bahasa Abadi di Jiwaku
Puisi

Bahasa Abadi di Jiwaku

  • 20 Jun 2025
  • 66
  • 4.2
داترن مدني
Puisi Moden

داترن مدني

  • 7 November 2023
  • 3.8

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP