Skip to content
Anak Tukang Kayu
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Lentera Kreatif > Cerpen > Anak Tukang Kayu
Anak Tukang Kayu
Cerpen

Anak Tukang Kayu

  • RABIATUL ADAWIYAH BINTI FARIDUL AMIN
  • 11 Mei 2025
  • DBP Wilayah Utara
  • 22
  • 4

DEWAN yang sedang berlangsungnya pameran seni itu dipenuhi orang ramai. Di satu sudut, dia berdiri dengan yakin di samping hasil seninya. Hasil seni yang berjaya menarik perhatian ramai. Kelihatan sekumpulan pelajar universiti sedang meneliti hasil seni yang dipersembahkannya. Berpatah-patah soalan yang dilontar kepadanya berkaitan hasil yang dipersembahkannya. Dia tersenyum senang dan menjawab satu persatu soalan yang diajukan kepadanya.

“Maafkan saya tuan. Awak orang Malaysia?” Seorang lelaki Eropah menyapanya. Mungkin seorang jurnalis, memandangkan terdapat sebuah kamera yang tergantung di lehernya .

 “Ya. Saya orang Malaysia.” Dia membalas sopan.

“Oh, saya Jacob daripada majalah X.” Tutur lelaki mat saleh itu dalam bahasa Melayu dengan pelat bahasa Inggeris.

“Saya Arjuna Rais.” Huluran tangan Jacob disambutnya. Seketika, dia pula yang kagum lelaki Eropah itu gigih berbahasa Melayu dengannya.

“Boleh tuan ceritakan bagaimana tuan boleh terfikir untuk membawa binaan tradisional ke pameran bertaraf dunia seperti ini?” Soalan itu membuatkan Arjuna Rais tersenyum.

***

“Arjuna, aku dengar bapa kau tukang kayu.” Suara seorang remaja lelaki yang tua dua tahun daripadanya itu kedengaran sinis. Kawan-kawannya juga ikut ketawa.

“Kenapa kau sekolah di sini eh? Bapa kau bukan mampu pun nak tanggung kau belajar dekat sini. Cuba kau tengok pakaian lusuh kau tu, menyakitkan mata tahu tak?” Bahunya ditolak-tolak oleh senior yang bertanda nama Faruq itu.

Arjuna malas melayan kata-kata mereka. Dia membuka langkah untuk pergi. Malas untuk melayan Faruq dan rakan-rakannya yang sering membuat ulah untuk bergaduh dengannya.

Buk! Sebuah pukulan melayang ke perutnya. Dia terduduk kesakitan.

“Aku belum habis bercakap, Arjuna,” mendengus Faruq apabila dia tidak dipedulikan oleh Arjuna. Dia memberi isyarat kepada kawan-kawannya untuk terus membelasah Arjuna.

“Patutlah mak kau mati awal. Mesti dia malu bersuami miskin macam bapa kau!”

Kata-kata itu membuatkan amarahnya mencanak naik. Umpama dirasuk setan, dia bangun lalu sebiji penumbuk diayunkan ke muka Faruq. Sebiji lagi penumbuk singgah di perut remaja lelaki tersebut.

Tumbukan itu membuatkan Faruq hilang kewarasan. Arjuna dibelasah olehnya sehingga lembik tak sedarkan diri.

Arjuna membuka mata. Pandangan di hadapannya serba putih. Dia toleh ke kiri. Wajah gelisah Pak Majid dan salah seorang rakan sekelasnya, Umar memenuhi pandangan. Dia mengeluh perlahan.

Umar yang melihatnya sudah sedar, bergegas keluar untuk memanggil doktor.

“Rais, kamu sudah sedar nak.” Suara bapak memecah keheningan.

Arjuna menangguk perlahan. Kepalanya yang berbalut dipegang oleh Pak Majid. Kelihatan kesal di wajahnya. Manakan tidak, Arjuna Rais satu-satunya anak yang dia ada setelah kematian isterinya sepuluh tahun lepas.

“Rais tak apa-apa. Kasihan bapa terpaksa datang melawat Rais.” Kesakitan cuba disembunyikan.

Bapanya menggeleng  tanda dia tidak apa-apa.

Umar datang kembali bersama-sama seorang doktor lelaki dan guru kelasnya, Cikgu Munirah. Jelas sekali kerisauan di wajah guru muda itu melihat keadaannya yang sebegitu rupa.

“Macam mana awak boleh jatuh tangga? Umar cakap dia jumpa awak terbaring berhampiran tangga.” Cikgu muda itu memulakan bicara.

“Cikgu, saya rasa cikgu patut biarkan pelajar cikgu berehat dahulu,” ujar doktor yang sedang memeriksa keadaannya.

Cikgu Munirah tidak melanjutkan pertanyaan.

Seminggu setelah kejadian itu berlalu, Arjuna dipanggil ke bilik pengetua untuk berbincang tentang kejadian tersebut.

“Duduk, Arjuna.” Suara pengetua bermisai lentik itu kedengaran tegas.

Arjuna duduk di kerusi bersebelahan dengan Cikgu Munirah, guru kelasnya. Seketika kemudian, Umar juga turut dipanggil.

“Awak dah sihat?” Pengetua mula berbasa basi.

Arjuna hanya mengangguk perlahan.

“Awak bergaduh, Arjuna?”

Soalan itu membuatkan dia terpengap. Entah kenapa dia merasakan ditujukan kepadanya seolah-olah dia pesalah.

“Kalau bergaduh pun Arjuna yang dibelasah teruk cikgu.” Umar cuba memberitahu pengetua.

“Diam, Umar! Saya soal Arjuna bukan kamu.” Suara pengetua kedengaran agak keras.

Cikgu Munirah juga menunduk di sebelahnya. Maklumlah guru kelasnya itu guru baharu.

“Senior-senior yang mulakan dulu, cikgu.” Dia membela diri.

“Kenapa kamu tak lapor kepada guru kelas kamu kalau mereka buli kamu sebelum ini?”

Soalan pengetua itu membuatkan dia panas hati.

“Kalau saya lapor, cikgu pasti mereka akan terima hukuman? Mak ayah mereka bukan sembarangan orang cikgu.” Dia buka suara.

Umar di sebelahnya mengangguk-angguk laju.

Soalan Arjuna membuatkan pengetua terdiam.

“Jaga tutur kamu, Arjuna. Jangan nak persoalkan kredibiliti saya!” mencerun mata pengetua memandangnya. “Disebabkan kamu bergaduh dan hampir menjadi kes polis, saya terpaksa bagi hukuman kepada kamu. Kamu digantung sekolah selama dua minggu.”

Kata-kata pengetua itu umpama batu besar yang menghempap bahunya. Umar disebelah memandangnya simpati.

“Tuan pengetua, Arjuna akan menghadapi peperiksaan PMR tidak lama lagi. Tempoh dua minggu itu terlalu lama.” Cikgu Munirah pula bersuara.

Sekali lagi, Umar mengangguk laju.

“Keputusan saya muktamad! Bukan Arjuna sahaja yang dihukum, senior-senior yang terlibat pun turut dihukum.” Kata-kata pengetua mematikan harapan yang tumbuh dengan permintaan Cikgu Munirah itu.

Arjuna keluar beriringan dengan Umar menuju ke kelas. Bahunya ditepuk Umar untuk memberi semangat kepadanya. Umar bukanlah sahabat baiknya, kerana dia selalu bersendirian di sekolah. Tapi, Umar selalu ada dengannya.

***

Seminggu sudah tempoh hukumannya berlangsung. Dia duduk di luar rumah memerhatikan bapanya yang sedang memotong kayu. Kayu-kayu yang diambil di hutan belakang rumah itu,  dipotong-potong untuk jadikan alang rumah menggantikan alang yang sudah reput.

Tiba-tiba telefon Nokia di kocek Pak Majid berdering. Setelah menjawab salam, dia memberikan telefon itu kepada anaknya. 

“Assalamualaikum,” ujarnya teragak-agak. Setelah mendengar suara Umar di sebelah sana, dia melepas nafas lega. Dia kira itu panggilan daripada pihak sekolah.

“Waalaikumussalam, Juna. Kau sihat?” Bersemangat sekali si Umar menyoal.

“Alhamdulillah, sihat,” balasnya bersahaja.

“Kau tahu tak, senior-senior tu dah datang ke sekolah tiga hari lepas. Hukuman mereka diringankan.” Kedengaran nada tidak puas hati dalam bicara Umar.

“Biarlah, Umar. Benda dah boleh diagak. Lagipun minggu depan aku dah boleh kembali ke sekolah.” Arjuna cuba berlagak tenang.

Umar mengeluh perlahan. “Nota-nota pelajaran selama kau tak datang ni, kau jangan bimbang. Aku dah siapkan untuk kau sekali.” Suara Umar kembali ceria. Dia berceloteh panjang sebelum menamatkan perbualan.

***

Setelah tamat tempoh hukumannya, dia kembali ke sekolah. Berbekalkan nasihat Pak Majid, dia berazam untuk tidak melayan tohmahan buruk terhadap dirinya.

Namun, siapa sangka dua minggu dia di rumah telah mengubah segalanya. Hanya Umar yang masih melayannya dengan baik. Hari-hari di sekolah Arjuna rasakan seperti di neraka. Ramai yang memandang serong terhadap dirinya. Dia dipandang seolah-olah dialah yang pembuli dan pembuat masalah di sekolah.

Seminggu dua dia abaikan segala cakap-cakap orang terhadap dirinya. Namun, setelah sebulan, dia mula merasa lelah. Sedikit sahaja salahnya, akan diperbesarkan. Walaupun Umar sering memberi sokongan kepadanya, jiwanya terlalu lelah untuk menghadapi semuanya.

Sebilah pisau lipat yang dipegangnya, menari-nari di pergelangan tangan. Darah merah membuak-buak keluar. Umar yang sedang menghampirinya menjerit ketakutan. Segera tali lehernya dilepaskan untuk menutup luka di pergelangan tangan Arjuna yang semakin tidak sedarkan diri.

Sekali lagi, pemandangan serba putih terhidang di depan matanya. Wajah risau bapak yang mula-mula menjengah matanya. Di samping Pak Majid, ada Umar yang bengkak matanya kerana menangis. Kali ini, Umar juga yang menjadi penyelamatnya.

***

Selepas kejadian itu, Pak Majid membawanya pulang ke rumah setelah dirujuk ke bahagian psikiatri. Arjuna ingin berhenti belajar di sekolah itu. Mungkin dia tidak layak untuk belajar di situ kerana statusnya sebagai anak tukang kayu. Dia masuk ke sekolah kerana tajaan biasiswa dan keputusan cemerlangnya.

“Rais nak makan apa? Bapa masakkan.” Pak Majid memulakan bicara setelah melihat anak bujangnya yang telah seminggu mengurungkan diri di dalam bilik. Tubuh Arjuna kelihatan semakin kurus.

“Rais tak ada selera nak makan.” Segelas air dicapai dan diteguk. Dia berkira-kira untuk kembali ke bilik, namun langkahnya terhenti sebelum sebuah persoalan dilontarkan.

“Bapa, Rais rasa tak nak sambung sekolah.”

Ungkapan Rais membuatkan jiwa tua Pak Majid memberat. Segunung rasa bersalah terpasung dalam hatinya.

“Kalau itu yang Rais rasa terbaik untuk diri Rais, aku ikutkan sahaja.” Bapa bernada mengalah, cuba memujuk hati sendiri.

Hari demi hari, Arjuna Rais hanya berkurung di dalam bilik. Sesekali Umar menelefon untuk bertanyakan khabar, namun dia abaikan sahaja.

Setelah berbulan-bulan dia mengasingkan diri, dia mula keluar rumah. Hari-harinya kini menghadap bapa dan kayu-kayan yang dibawa pulang dari hutan. Dia hanya memandang tanpa perasaan. Niatnya hanyalah untuk menemani bapanya setelah sekian lama berkurung di dalam bilik.

“Bapa sedang buat apa tu?” soalnya ingin tahu apabila pandangannya jatuh kepada bahagian-bahagian kayu yang sedang dipasang itu.

“Oh, inilah tanggam.” Pak Majid menjawab bersahaja. Sekian lama anaknya tidak bercakap dengannya, kini Arjuna mula menunjukkan minat dengan kerjanya. Dia bercerita dengan penuh bersemangat tentang seni tanggam yang diketahui dan diwarisinya.

Ruangan bilik Arjuna kini dipenuhi dengan lakaran-lakaran tanggam Pak Majid. Dia bersungguh-sungguh meneliti setiap sudut dan coretan di dalam lukisan tersebut. Dia sudah punya tujuan untuk masa depannya. Dia juga tidak lagi menyalahkan pekerjaan bapanya yang membuatkan hidupnya terumbang-ambing seketika.

“Bapa, Rais ingat nak masuk sekolah semula tahun hadapan.”

Kenyataan Arjuna itu membuatkan Pak Majid tak henti melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT. 

Keesokannya, awal-awal pagi lagi Pak Majid dengan penuh semangat hadir ke sekolah berhampiran untuk mendaftarkan Arjuna  masuk ke sekolah. Arjuna tersenyum girang melihat kegembiraan di wajah bapanya. Mendung sudah berlalu, kini matahari bersinar kembali.

***

Lima tahun telah berlalu. Dia berjaya menamatkan pelajaran di dalam bidang seni bina. Berbekalkan bakat dan tunjuk ajar yang diwarisi daripada Pak Majid, dia bercadang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beberapa bulan ketika dia sedang membuat persiapan berangkat ke kota London untuk menyambung pelajaran, Pak Majid  telah kembali kepada Ilahi. Pak Majid pergi saat anaknya ingin membawa cita-cita dan warisan keluarga untuk dikenali di seantero dunia.

Angin kota London yang dingin mencengkam tubuhnya  dibiarkan sahaja. Dia rindukan bapanya saat ini. Apatah lagi sekarang dia sudah berjaya mendapat gelaran doktor falsafah berkat doa dan ilmu yang diturunkan arwah Pak Majid.

***

Dari kejauhan, kelihatan susuk Umar di celahan sesak manusia yang sedang mengagumi hasil seninya. Umar mengangkat tangan kepadanya. “Dr. Arjuna, tahniah atas kejayaan kau. Bukan calang-calang orang yang dapat persembahkan hasil kerja di sini,” ucap Umar teruja.

“Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. Berkat doa dan sokongan bapa. Kau pun banyak bantu aku, Mar.” Dia mendakap sahabat baik yang sekian lama tidak ditemuinya itu.

Mereka berdua tersenyum melihat hasil seni tradisional yang dipersembahkan dikagumi oleh orang luar. Arjuna rasa impiannya untuk memperkenalkan seni bina tradisional warisan keluarga mereka sudah tercapai, namun dia berazam untuk membawa impian dan cita-cita ini lebih jauh ke hadapan sehingga  dikenali di mata dunia. 

 

# #penulisbaharu# cerpen# kejayaan# kesihatan mental# seni melayu
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (3) #dbpselatan (12) #karyasastera (14) #komsas (2) #penulis (4) #penulisbaharu (14) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (4) #puisialam (3) #puisijawi (5) #puisimoden (13) #sasteramelayu (7) #sasteramoden (3) #sasterasabah (3) #Tunanetra (2) #wadahdbp (4) abuyon (3) adie abd gani (3) anak (2) bengkel (2) budaya (2) cerpen (9) dbpcawangansabah (4) dbpcawangansarawak (16) dbpsarawak (2) dbpwilayahtengah (4) dbpwilayahutara (2) Gurindam (4) Ketuhanan (2) Kopi (4) palestin (2) pantun (2) pantun Melayu (2) penulis sarawak (8) puisi (23) Puisi Islam (7) Puisi Jawi (4) puisi kehidupan (7) rindu (3) roslanjomel (2) sajak (8) Sarawak (2) stephaniejuanitaahlee (3) Tuhan (2) warisan (2) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

عالم
Puisi Moden

عالم

  • 20 November 2024
  • 5
Katakanlah Aku Ingin Pulang
Puisi

Katakanlah Aku Ingin Pulang

  • 5 Julai 2024
  • 135
  • 4.4
Telur
Cerpen

Telur

  • 20 Januari 2025
  • 246
  • 4.5
Lia
Cerpen

Lia

  • 20 Ogos 2024
  • 142
  • 4.9

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2025 © WadahDBP