Skip to content
Biografi Tokoh IPM: Menjenguk di Luar Jendela
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
  • Utama
  • Titisan Pena
    • Bicara Bahasa
    • Bicara Sastera
    • Sejarah dan Budaya
    • Tokoh
  • Lentera Kreatif
    • Cerpen
    • Puisi
  • Tinta Jawi
    • Puisi Moden
    • Puisi Tradisional
  • Cuit Minda
  • Lensa
  • Info
    • Manual Pengguna
> Titisan Pena > Bicara Bahasa dan Sastera > Bicara Bahasa > Biografi Tokoh IPM: Menjenguk di Luar Jendela
Biografi Tokoh IPM: Menjenguk di Luar Jendela
Bicara Bahasa

Biografi Tokoh IPM: Menjenguk di Luar Jendela

  • Ismail Hashim
  • 5 April 2026
  • DBP Wilayah Tengah
  • 90
  • 5

Penulis Ikatan Persuratan Melayu (IPM) Melaka masih berbisa dalam berkarya setelah naskhah bertajuk Menjenguk di Luar Jendela berjaya dilancarkan bersempena dengan Seminar Perhimpunan Penulis Sastera Wanita Se-Nusantara yang bertemakan “Kepengarangan Wanita dalam Era Baharu” baru-baru ini.

Pelancarannya berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Melaka anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Gabungan Penulis Nasional (GAPENA ) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Menjenguk di Luar Jendela mengandungi biografi tokoh-tokoh sasterawan dan budayawan IPM berserta ulasan karya yang pernah diterbitkan untuk panduan pembaca buku. Naskhah ini juga penting kepada pengkaji bahasa dan sastera hari ini dan masa depan.

Menjenguk di Luar Jendela menampilkan 17 orang tokoh IPM yang prolifik dan telah menghasilkan pelbagai karya sastera berbentuk buku serta rekod pencapaian yang membanggakan.

Mengetengahkan tulisan yang dihasilkan tokoh IPM seperti A. Razak Adam (Ketua Satu IPM) dengan tulisan yang bertajuk “Peranan dan Cabaran Penulis Persatuan Penulis, khususnya IPM dalam Memartabatkan Sastera Melayu”.

A. Razak Adam juga menghasilkan “Masyarakat Maritim dalam Cerpen Belayar ke Negeri Segantang Lada” yang bersumberkan ilham cerpen yang dihasilkan oleh Maslinda Ngadiman yang bertajuk “Belayar ke Negeri Segantang Lada” yang tersiar dalam Dewan Siswa tahun 2018.

Diikuti dengan Dr. Hanita Haji Hassan yang meninjau karya Zubaidah Ishak,  “Pertemuan Musim Semi” yang banyak menyentuh sastera kembara Islam yang dihasilkan oleh penulis berkenaan.

 Selain menulis novel, Dr. Hanita yang juga pernah menjadi wartawan penyiaran di stesen televisyen terkenal turut menyentuh tentang “Integriti Politik yang Kompleks dalam Mahkota Duka Sirna Si Peterana” yang dihasilkan Zamidah Hashim.

Dr. Hanita turut memperkatakan karya yang dihasilkan Profesor Arbak Othman dengan tajuk tulisannya “Arbak Othman dan Puisi-puisinya”.  Selain itu, Dr. Hanita turut memperkatakan “Hayat  sebagai Penulis dari Perspektif Penulis Ismail Hashim”.

Turut menghasilkan penulisan mereka ialah Profesor Arbak Othman  yang menghasilkan karyanya bertajuk “Simbolisme Sosiobudaya dalam Puisi A. Rani Embi” dalam Kumpulan Puisi Bulan Atas Menara Masjid: Suatu Kritikan Makrifat.

Penulis lain yang turut menyumbangkan karyanya ialah Mohamed Nasser Mohamed dengan karyanya yang bertajuk “Degup Jantung Usman Awang 1929-2001”.

Basri Zakaria pula menghasilkan tulisan yang berjudul “Kritikan Sosial dalam novel Nenek” karya bekas Ketua Satu IPM, Razali Endun.

Tulisan Basri Zakaria juga menyentuh analisisnya tentang novel seram Maria Kajiwa. Penulis Norasmah Mohd. Noor pula  memperkatakan tajuk “Menyusuri Jejak A.Ghani Abdullah dalam dunia Sastera Melayu”.

Jameah Mohd Salleh menulis “Permata Sasterawan Melaka: Mana Tumpahnya Mokhtar Yassin”.  Ismail Hashim pula menghasilkan tulisan yang berkaitan dengan Aladin Mohamad, Sastera Negeri Melaka yakni dorongan sasterawan ini mula menulis.

Selain itu, Jameah Mohd Salleh juga menceritakan Tuah A. Razak Adam, hasil sayembara yang membawa penulis itu melihat negara orang. Ismail Hashim juga menyentuh karya Dr. Hanita Hassan dalam novel sayembaranya  Hambat Martabat, yang memperjuangkan nasib bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tanah air.

Ismail Hashim juga berkongsi cerita dengan penulis veteran Djazlam Zainal tentang cerpen pertama yang dihasilkannya dan menjadi obor penggerak penulis veteran itu yang  terus menulis hingga sekarang.

Karya AC Jaffrie yang bertajuk “Sejarah Penubuhan dan Perkembangan IPM 1950 – 2025” juga terdapat dalam buku Menjenguk di Luar Jendela.

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penilaian purata / 5. Kiraan undi:

Tiada undi setakat ini! Jadilah yang pertama menilai kiriman ini.

    Kongsi

Tag

#cerpendbp (12) #cerpenkehidupan (6) #dbpselatan (17) #karyasastera (27) #kedah (3) #komsas (3) #penulis (8) #penulisbaharu (30) #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza (6) #puisialam (4) #puisijawi (7) #puisimoden (23) #sasteramelayu (9) #sasteramoden (3) #sasterasabah (6) #Tunanetra (4) #wadahdbp (12) abuyon (4) adie abd gani (4) anak (3) bengkel (2) cerpen (13) dbpcawangansabah (10) dbpcawangansarawak (27) dbpsarawak (3) dbpwilayahtengah (5) dbpwilayahutara (5) Esei (4) Gurindam (5) Guru (3) hari guru (3) Ketuhanan (4) Kopi (6) palestin (3) penulis sarawak (13) puisi (33) Puisi Islam (8) Puisi Jawi (5) puisi kehidupan (12) Puisi Tradisional (3) rindu (3) sajak (11) Sarawak (5) stephaniejuanitaahlee (3) Warisan Tak Ketara (3)

Ruangan Wadah DBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Yang Berkaitan

Merencana Bijaksana
Puisi

Merencana Bijaksana

  • 20 Ogos 2024
  • 65
  • 3
Di Hujung Noktah
Cerpen

Di Hujung Noktah

  • 20 Julai 2024
  • 164
  • 4.8
اكو ايڠين كمبالي
Puisi Moden

اكو ايڠين كمبالي

  • 20 Februari 2025
  • 4
ݢوريندم موسيم تڠكوجوه
Puisi Moden

ݢوريندم موسيم تڠكوجوه

  • 5 Februari 2024
  • 5

Ruangan WadahDBP

  • Titisan Pena
  • Lentera Kreatif
  • Tinta Jawi
  • Cuit Minda
  • Lensa

Pautan Penting DBP

  • Laman Web DBP
  • PRPM
  • Klik Web
  • Akademi DBP
  • eJurnal DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • JendelaDBP

Media Sosial DBP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram

Hubungi Kami

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

03-2147 9000

[email protected]

Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP